2014 - Faiq Najmi

30 December 2014

Segmen #5AplikasiAndroidPilihanSaya
December 30, 20141 Comments
Assalamualaikum,

Today Faiq nk kongsi dgan korang aplikasi pilihan Faiq yg x rugi download. Tpi x tau la bg korg rugi ke x? Terpulang diri sendiri. Untuk kali ni Faiq akan share 5 Aplikasi Pilihan Faiq antaranya:-

1. Waktu Solat Malaysia


Details: Kita boleh tahu bila masuk waktu solat . Kita boleh membaca YASSIN di dalam App ni. Boleh tgok arah kiblat x kira dimana kita berada.


2. Youtube

Details: App ni bagi saya sgat best sbb boleh tgok video favourite kita x kira kat mane pon kita berada.

3. Retrica


Details: App ni untuk selfie sgat best sbb effect dia bnyak.

4. Waze


Details: App ni sgat berguna untuk saya dan korang sbb app ni kalau kita x tau arah nk pegi ke mana-mana destinasi anda hanya search tempat tu. Automatic dia akan bawa anda.

5. Whatsapp


Details: Faiq rase korang dah tau ape function bende ni. So x yah la Faiq nak terangkan. Hehehehe.. :)


Tagged blogger:

Reading Time:

28 December 2014

Majlis Perkahwinan Kamarul&Farah
December 28, 20140 Comments
Assalamualaikum, hai . Start ari Jumaat smpai hari Ahad(ari ni) . Faiq busy dgan persiapan wedding maksu Faiq (Norfarahin Bt Hj Dzimyati) . Tahniah Faiq ucapkan untuk Uncle Kamarul dgan Auntie Farah. Moga bahagia hingga ke jannah keyh.. Moga dapat anak ramai. Hehehehe. Btw Alhamdulillah majlis perkahwinan korg brjalan dgan lancar. Senyum selalu jgan muram je. K ahh bye.












Reading Time:

14 December 2014

Reunion SKSL 2012
December 14, 20140 Comments
Assalamualaikum, hai ni faiq post gmba td REUNION SKSL 2012 kat KFC Sg Besar. Rasa happy giler sbb dapat jmpe kawan lme, dah lain sgat muka mereka. HAhaha . Btw x best sgat sbb x sporting. Semua malu2 kucing. Bdak perempuan smbg sendri lelaki smbg sendiri. Hahaha. Tpi rasa happy gak la. Dh dpt lpas rindu dkat diorg. Ad yg makin comel, cantik, hensem. K lah stop kat sini je ty smbong dgan post yg lain. Bye
Reading Time:

03 December 2014

Kejadian Di Parit 9 Sg Besar
December 03, 20140 Comments
Assalamualaikum, td saya telah di khabarkan ad kejadian di Parit 9 Sg Besar, Selangor Darul Ehsan. Sepasang kekasih yang akan bernikah bulan depan ditemui mati berpelukan dalam tali air di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur, Sungai Besar, dekat sini pagi tadi.
Mangsa dipercayai lemas dalam tali air itu selepas motosikal dinaiki mereka terbabas semalam.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mayat pasangan itu ditemui 8 pagi tadi oleh orang awam.
Menurutnya, kedua-dua mangsa menaiki motosikal dan dipercayai terbabas sebelum masuk ke tali air berkenaan ketika hujan lebat semalam.
Beliau berkata, mangsa dikenali Intan Norliyana Mohammed, 18, dari Parit Changkat dekat sini dan Mohammad Azizul Ariffin, 21, dari Kampung Baru Nelayan.
Menurutnya, keluarga Mohammad Azizul membuat laporan polis melaporkan kehilangannya 9.30 malam tadi.
Difahamkan kedua-duanya akan bertunang bulan ini dan mendirikan rumah tangga bulan depan.






Takziah buat keluarga mangsa. Al Fatihah.
Reading Time:
Gegar Vaganza Kembalikan Populariti Artis Senior
December 03, 20140 Comments



Assalamualaikum, apa khabar lama dah x update blog ni. Penyertaan artis-artis senior menerusi program baharu Astro Ria iaitu Gegar Vaganza bukan mahu merendah-rendahkan kredibiliti mereka sebaliknya bertujuan mengembalikan kegemilangan masing-masing.

Juara Gegar Vaganza akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan naib  juara akan menerima RM30,000.
Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak  RM15,000 dan RM5,000.
Gegar Vaganza akan bersiaran bermula 16 November ini setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).






Program ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Reading Time:

20 September 2014

Kelebihan Solat Sunat Dhuha
September 20, 20140 Comments

Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. [al-zariyat: 56]
Allah S.W.T. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.
Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang.
[Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi]
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.
Kelebihan
Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat. Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : "Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha." [HR : Muslim]
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini adalah :
1)      Sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.
2)      Sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.
3)      Pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten.
Hal ini diterangkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka. [HR : Muslim]
Bilangan rakaat
Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam).
Ini bersandarkan hadis Aishah menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. [HR: Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih]
Ada riwayat lain menyatakan solat Dhuha berjumlah enam rakaat (tiga kali salam) seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. [HR: Imam al-Tabarani]
Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak. [HR : al-Tirmizi]
Ayuh, marilah sama-sama kita tunaikan solat sunat Dhuha  yang sangat di tuntut dalam agama kita ini, mudah-mudahan amal yang buat berterusan ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya.
Reading Time:

16 September 2014

Aplikasi Salam Muslim Untuk Android Phone
September 16, 20140 Comments
Assalamualaikum, Faiq nk ckp aplikasi "Salam Muslim" sangat berguna untuk diri Faiq. Kerana kandungan aplikasi ini sangat best. Aplikasi Salam Muslim merupakan platform utiliti untuk umat Islam memuatkan pengisian Islam dari Astro Oasis dan utiliti Islamik. Aplikasi Salam Muslim ini mempunyai fungsi seperti peringatan waktu solat dan juga kandungan dari program saluran Astro Oasis, seperti artikel, video dan audio.
Ciri-ciri aplikasi Salam Muslim:
• Waktu Solat seluruh Malaysia dan peringatan solat
• Arah Kiblat
• Tasbih Digital
• Kalendar Gregorian ke Hijrah atau sebaliknya
• Kalendar tahunan tarikh penting dalam Islam
• Nasihat serta kata-kata hikmah islamik dari tokoh Islamik Malaysia
• Artikel, video dan audio eksklusif dari Astro Oasis
• Jadual Rancangan dan peringatan program Astro Oasis
• Kalkulator Zakat
Sumber pengisian aplikasi Salam Muslim:
• Waktu Solat: e-Solat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
• Takwim Islam: Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


DOWNLOADLAH APLIKASI SALAM MUSLIM (TEKAN SAHAJA GAMBAR)


Reading Time:

30 July 2014

Raya 2014
July 30, 20140 Comments
Assalamualaikum, lmbat upload la gmba raya first tahon ni... Tahon ni kuarga Faiq carca marba xd tema. Rumah pertama Faiq pg umah nenek at Parit 3 Sg Besar pastu umah nenek at Sg Limau Sg Besar. Raya tahon ni macam xd mood nk beraya sbb dah besarkan. Tapi Faiq rasa sgat happy sbb dapat beraya bersama kuarga.. ok lah sampai disini je saya kongsi raya first... bye... :)
Reading Time:

23 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri
July 23, 20140 Comments
Assalamualaikum, apa khabar pengunjung blog faiq? Harap sehat selalu. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI pada 28 Julai 2014. Sebelum itu Faiq ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf salah dan silap yg pernah Faiq buat selama ni. Jadikan raya tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini. Raya tahun ni macam biasa Faiq akan beraya di Parit 3 Timur , Sg Besar& Kampung Sg Limau , Sg Besar. Okayhh la bye...
Reading Time:

30 May 2014

SENARAI COKLAT TIDAK HALAL DAN HARAM DIMAKAN
May 30, 2014 3 Comments


Setelah dua jenis coklat keluaran Cadbury disahkan tidak halal dan mempunyai DNA babi, kini banyak lagi jenis coklat didedahkan “TIDAK HALAL” dan mempunyai unsur DNA babi.
Sebelum ini kecoh di laman sosial mengenai dua jenis produk keluaran Cabdbury iaitu Cadbury Dairy Milk dengan Kacang Hazel dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam disahkan mempunyai DNA babi.
Makluman ini disahkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hasil daripada analisis ke atas dua jenis produk keluaran Cadbury itu.
Terbaru, terdapat beberapa keping lagi gambar keputusan analisis ke atas  coklat lain yang popular di Langkawi. Coklat yang dikesan mengandungi DNA babi adalah coklat jenama Frey, Mars, Hershey’s, dan Whittaker’s. Kesemua jenis coklat ini tidak mempunyai logo halal dan dijual di kawasan bebas cukai, Langkawi.
Jika sesiapa pernah ke Langkawi mungkin pernah terbeli salah satu senarai coklat tidak halal ini bukan? Sebelum ini tidak ada lagi timbul isu mengenai DNA babi atau lemak babi dan kita mungkin terlepas pandang perkara ini. Setelah timbul isu mengenai perkara ini kita seharunya lebih berhati-hati bagi mengelakkan lagi termakan makanan yang haram.
Satu langkah mudah untuk membeli coklat adalah meneliti dahulu logo halal pada sesuatu coklat itu. Jika tiada logo halal jangan memberanikan diri untuk membeli juga kerana dikhuatiri tidak halal dan mempunyai unsur haram.
Jika diteliti hasil analisis ini, syarikat yang mengimport coklat ini adalah dari syarikat milik Orang Melayu yang beragama Islam iaitu Perniagaan Hj Ismail Sdn Bhd. Persoalan disini, adakah syarikat yang mengimport coklat ini tidak meneliti dahulu kehalalan sesuatu produk itu?




Reading Time:

07 May 2014

Panduan Solat Qasar Dan Jama
May 07, 20140 Comments
Agama Islam itu sangat indah kerana memberikan kelebihan kepada para musafir untuk melakukan Solat Qasar dan Jama'. Jadi kita tiada alasan untuk tidak melaksanakan rukun islam yang kedua ini. 


Di sini saya ingin kongsikan Panduan Solat Qasar Dan Jama' yang disediakan oleh pihak JAKIM untuk pembaca blog ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Solat Qasar
  • Maksud Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
  • Jarak dibenarkan Qasar 2 marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
  • Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut :
Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud :  
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” 
Al-Sunnah yang bermaksud :
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
  
Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu)
iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna)
v. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
Contoh niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
Solat Jama’
  
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat Solat Jama’ Taqdim
i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
Syarat Solat Jama’ Ta’khir
i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Contoh niat Jama' Taqdim
i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Jama’ Taqdim Berserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
Contoh niat Jama’ Ta’khir
i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
ii. Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Reading Time: