September 2014 - Faiq Najmi

20 September 2014

Kelebihan Solat Sunat Dhuha
September 20, 20140 Comments

Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. [al-zariyat: 56]
Allah S.W.T. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.
Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang.
[Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi]
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.
Kelebihan
Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat. Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : "Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha." [HR : Muslim]
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini adalah :
1)      Sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.
2)      Sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.
3)      Pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten.
Hal ini diterangkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka. [HR : Muslim]
Bilangan rakaat
Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam).
Ini bersandarkan hadis Aishah menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. [HR: Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih]
Ada riwayat lain menyatakan solat Dhuha berjumlah enam rakaat (tiga kali salam) seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. [HR: Imam al-Tabarani]
Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak. [HR : al-Tirmizi]
Ayuh, marilah sama-sama kita tunaikan solat sunat Dhuha  yang sangat di tuntut dalam agama kita ini, mudah-mudahan amal yang buat berterusan ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya.
Reading Time:

16 September 2014

Aplikasi Salam Muslim Untuk Android Phone
September 16, 20140 Comments
Assalamualaikum, Faiq nk ckp aplikasi "Salam Muslim" sangat berguna untuk diri Faiq. Kerana kandungan aplikasi ini sangat best. Aplikasi Salam Muslim merupakan platform utiliti untuk umat Islam memuatkan pengisian Islam dari Astro Oasis dan utiliti Islamik. Aplikasi Salam Muslim ini mempunyai fungsi seperti peringatan waktu solat dan juga kandungan dari program saluran Astro Oasis, seperti artikel, video dan audio.
Ciri-ciri aplikasi Salam Muslim:
• Waktu Solat seluruh Malaysia dan peringatan solat
• Arah Kiblat
• Tasbih Digital
• Kalendar Gregorian ke Hijrah atau sebaliknya
• Kalendar tahunan tarikh penting dalam Islam
• Nasihat serta kata-kata hikmah islamik dari tokoh Islamik Malaysia
• Artikel, video dan audio eksklusif dari Astro Oasis
• Jadual Rancangan dan peringatan program Astro Oasis
• Kalkulator Zakat
Sumber pengisian aplikasi Salam Muslim:
• Waktu Solat: e-Solat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
• Takwim Islam: Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


DOWNLOADLAH APLIKASI SALAM MUSLIM (TEKAN SAHAJA GAMBAR)


Reading Time: