2015 - Faiq Najmi

29 October 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

07 August 2015

Sambutan Hari Raya Disekolah
August 07, 20150 Comments
Assalamualaikum,

Entry kali ini, saya tulis mengenai sambutan "Hari Raya" yang dijalankan di sekolah "SAMTAJ SG BESAR" pagi tadi. Sejak saya bersekolah di sekolah tersebut, tidak pernah lagi membuat sambutan yang amat meriah seperti sambutan pagi tadi. Semua gembira memakai baju raya tahun ini. Untuk kali ini, saya ingin kongsikan gambar semasa sambutan itu dijalankan.




Ini adalah gambar kesemua lelaki batch 00 tahun ini.


Bersama dengan Cikgu Azli


Kami menunjukkan kasut raya kami




Ini lelaki lelaki perkasa

Cukuplah sampai sini sahaja entry kali ini. Selamat membaca :)





Reading Time:

20 June 2015

IFTAR Bersama Rakan-Rakan
June 20, 20150 Comments
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pada hari ini ialah 3 Ramadhan bersamaan hari Sabtu. Saya bersama rakan-rakan kelas telah berbincang dan ingin mengadakan Majlis Berbuka Puasa(IFTAR). Kami telah bersetuju untuk membuat majlis itu. Saya bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang timbul. Pelbagai juadah yang dihidangkan untuk berbuka puasa. Kami diarahkan untuk membayar RM10 untuk membeli segala juadah untuk berbuka puasa. Antara juadahnya ialah, ayam percik, pajeri nenas dan sebagainya. Harapan saya untuk majlis ini ialah supaya selapas ini kami lebih berminat untuk membuat lagi berbuka puasa diluar. Dibawah ini antara gambar-gambar yang dapat saya kongsikan.








Reading Time:

10 June 2015

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA
June 10, 2015 2 Comments
Assalamualaikum W.B.T

Sudah lama menyepi kini, saya muncul dengan menyertai giveaway by MRS. PANDA.


Tekan banner di atas untuk menyertai bersama..

Good Luck :D
Reading Time:

15 May 2015

Hari Guru 2015
May 15, 20150 Comments
Assalamualaikum W.B.T
Untuk pengetahuan anda, Hari Guru akan disambut 16 Mei setiap tahun. Pada tarikh tersebut guru akan diraikan oleh para pelajar bagi mengingati jasa dan bakti yang telah dicurahkan. 

Sumber Gambar: Google Images


Terima kasih kepada semua cikgu yang telah mendidik saya dari sekolah rendah(Sek Keb Sungai Limau) hingga sekarang sekolah menengah (Samtaj Sg Besar). 

TEMA HARI GURU 2015 : GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK


IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Sumber http://www.ciklaili.com/2014/05/tema-hari-guru-ikrar-dan-lirik-lagu.html#ixzz3aC40A0Ey 
Reading Time:

08 May 2015

Tiada Aedes Tiada Denggi !
May 08, 20150 Comments
Semenjak beberapa hari ini, di kawasan perumahan yang saya tinggal sering berlaku semburan kabus (foging). Hal ini kerana, individu itu terkena demam denggi. Korang tahu tak, demam denggi ini sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan orang awam. Demam denggi paling bahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian seseorang individu di kebanyakan neagara. Demam denggi dibawa oleh nyamuk AEDES.
 
NYAMUK AEDES

Nyamuk aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasa dijumpai di kawasan tropika. Nama nyamuk ini diperoleh dari perkataan Greek aedes, yang membawa maksud "tidak menyenangkan". Antara ciri-ciri nyamuk aedes ialah, seuru badannya bewarna hitam putih. Nyamuk ini sentiasa menggigit pada awal pagi dan petang. Ia mampu terbang sejauh 100 meter.
sumber gambar : Google Image
Tempat pembiakan nyamuk aedes
Dalam Rumah :
  1. Akuarium
  2. Perangkap semut
  3. Timba
  4. Kolam (Kolah) mandi
  5. Tempat air peti sejuk
  6. Tempayan
Luar Rumah :
  1. Tayar buruk
  2. Tempurung kelapa
  3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
  4. Salur air hujan
  5. Tempayan
  6. Pokok pisang
  7. Pokok keladi
  8. Longkang yang tersekat
  9. Tangki septik (terdedah)
Marilah sama-sama menghapuskan denggi di rumah kita. Demam denggi boleh membawa maut. Banyak cara pencegahan yang boleh kita buat. 



"TIADA AEDES TIADA DENGGI"


Reading Time:

03 May 2015

Segman Cash RM 500 2015
May 03, 2015 23 Comments




{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :


1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com
Reading Time:

06 April 2015

Kem Kepimpinan Murid 2015 Di Sg Limau Resort
April 06, 2015 3 Comments
Assalamualaikum W.B.T
Entry kali ini saya nak kongsi pengalaman saya di "Kem Kepimpinan Murid 2015" yang bertempat di "Sungai Limau Resort, Sungai Besar". Kem tersebut di anjurkan oleh Unit bimbingan & Kaunseling saya "SAMTAJ". Seramai 100 orang pelajar yang menyertai kem ini. Pengalaman yang saya tidak boleh lupakan ialah berkubang di parit untuk melepasi cabaran. Seramai 7 orang fasilatator yang membantu kami untuk melakukan satu aktiviti. Pelbagai aktiviti telah di lakukan antara aktivitinya, Jungle Tracking, Inspirasi Hidup, Ice Breaking dan banyak lagi. Kami berkampung di kem itu selama 3 hari 2 malam. Dugaan yang kami tempuhi ketika berada di kem ialah masalah air yang berkurangan dan kadang-kala tidak keluar. Ini menyebabkan kami sukar untuk mandi. Antara gambar yang saya dapat kongsikan ialah:-













Reading Time:

27 March 2015

Segmen Kad Cinta#2
March 27, 20151 Comments
Assalamualikum W.B.T
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


http://rahsiahatikuyangtidakkufikirkan.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Ayat Cinta: 

Benar jodoh ada dimana-mana,
Kumbang Bukan Seekor,
Bungan bukan sekutum,
Tapi cinta pertama,
Tak sama dengan cinta kedua, ketiga dan seterusnya.

Tarikh Tutup: 1 April 2015
Reading Time:

25 March 2015

4 Cara Menyikat Rambut Mengikut Sunnah
March 25, 2015 2 Comments
Assalamualaikum W.B.T
Hari ini saya nak kongsi 4 cara menyikat rambut mengikut sunnah Rasulullah SAW. Saya baru sahaja baca tentang artikel ini, rupanya ada juga sunnah dari Rasulallah SAW kita tentang cara menyikat rambut dengan betul. Antaranya

1. Rasulullah SAW melarang menyikat rambut di dalam bilik mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.
2. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan menguatkan otot jantung dan mengelakkan daripada melakukannya secara berdiri.
3. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. SUBHANALLAH
4. Makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersalurkan perak.
Masyaallah indahnya sunnah Rasulallah SAW. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca.
Jom sama-sama kita amalkan.
Sekian Terima Kasih.
Reading Time:

18 March 2015

Siksa Meninggalkan Solat
March 18, 20150 Comments


Pernah berlaku di zaman Khalifah Bakar As-Sidiq terhadap seorang sahabat yang meninggal dunia. Setelah dimandi dan di kafankan, lalu diletakkan di satu sudut rumah untuk disholatkan. Semasa sholat hendak dimulakan, tiba-tiba mayat itu bergerak-gerak.Tampillah seorang daripada mereka untuk menghuraikan ikatan kafan karena menyangka mayat itu masih hidup.
Tatkala kafan itu terbuka, alangkah terperanjatnya mereka karena mayat itu di lilit dan digigit oleh seekor ular.
Lalu mereka mengambil kayu untuk memukul ular tersebut.
Sekali lagi mereka terkejut karena ular itu mengucap dua kalimah syahadat serta berkata :
"Apakah sebabnya kamu hendak membunuhku?. Aku tidak bersalah dan tidak pula menyakiti kamu.
Aku hanya menjalankan perintah Allah menyiksa mayat ini sehingga Hari Akhirat".
Para hadirin bertanya : "Apakah yang menyebabkan mayat ini disiksa?"
Ular tersebut menjawab : "Mayat ini selama hidupnya telah melakukan tiga kesalahan yaitu,
Pertama : Ia mendengar azan tetapi tidak diindahkan malah tidak pula mengerjakan sholat.
Kedua : Ia tidak mengeluarkan zakat hartanya.
Ketiga : Ia tidak mau mendengar nasihat yang baik-baik dari para alim ulama'.
Itulah yang menyebabkannya disiksa sedemikian rupa."
Ya Allah..Kami Memohon pada Engkau , Ampunilah dosa-dosa kami ,terimalah amal ibadah kami, dan matikanlah kami dalam keadaan khusnul khotimah,
Aamiin ya Rabbal'alamiin.

Reading Time:

17 March 2015

Giveaway Cash RM500 2015 By Emas Putih
March 17, 20151 Comments
Assalamualaikum W.B.T

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015

Syarat-syarat :

1. Tulis entry yang bertajuk Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih .
Reading Time:

16 March 2015

February Giveaway by Mellyareenza
March 16, 20150 Comments
Assalammualaikum.


klik untuk ke laman

Dengan besar hati menjemput rakan-rakan blogger untuk join giveaway yang akan berlangsung bermula dari tarikh 15 Februari hingga 15 March 2015.
Berpeluang memenangi hadiah berupa product Shaklee Osteomatrix dan buku mini menjemput rezeki,
bookmarks, topup/reload, Choco Rice, sweater comel dan lain-lain !

Syarat join :
  • Buat satu post baru yang bertajuk "February Giveaway by Mellya and Friends"
  • Sertakan link Instagram/Twitter/Fanpage
  • Tag at least 1 blogger lain.
  • Follow blog sponsor:
  • Follow Google+ sponsor: [SUE]
  • Like page sponsor:
       
  • KLIK VOTE entry sponsor dalam Ambank #givealittle contest ( kalau tak jumpa search di bahagian "url" category dan akan jumpa entry by MERLYN BAHIYAH HASHIM, click vote)

Reading Time:

05 March 2015

Kesalahan Ejaan Bahasa Melayu Yang kerap Berlaku
March 05, 20151 Comments
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ukhuwah fillah. Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan pembaca blog FaiqNajmi, mengenai kesalahan ejaan yang kerap dilakukan setiap individu ketika menjawab soalan atau sebagainya. Kesalahan ejaan antara kesalahan besar untuk Bahasa Melayu. Saya harap lepas perkongsian saya mengenai kesalahan ejaan, tiada lagi seseorang individu atau pelajar melakukannya. Saya mengaku saya juga baru tahu mengenai ini daripada perkongsian rakan rakan dan guru guru di sekolah. Benda ini wajib seseorang individu atau pelajar untuk mengetahuinya. Kerana setiap hari kita menulis dan mengeja. Cukup sampai disini perkongsian saya tentang kesalahan ejaan. sekian terima kasih.














Reading Time: