January 2015 - Faiq Najmi

30 January 2015

Rahmat Allah Turun Di Hari Jumaat
January 30, 20150 Comments
Assalamualaikum W.B.T
Salam sejahtera
Salam 1 Malaysia.
Ketika menunaikan Solat Jumaat Rahmat Allah turun dengan lebatnya. Sudah beberapa minggu tidak hujan, akhirnya Rahmat Allah turun membasahi bumi pada hari jumaat yang terakhir untuk bulan Januari. Alhamdulillah. Terserlah kemuliaan hari Jumaat kerana Allah menurunkan Rahmatnya ketika hambanya sedang khusyuk menunaikan solat jumaat beramai - ramai di masjid yang berdekatan. Saya sebagai hambamu Ya Allah amat bersyukur kerana kau telah turunkan hujan . Sudah beberapa minggu kami berpanas. Jadikan lah hari ini lebih baik dari semalam.
Sekian terima kasih.
Reading Time:

28 January 2015

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis
January 28, 2015 6 Comments
Assalamualaikum W.B.T
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Sejahtera Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

KLIK BANNER UNTUK JOIN !!!


Keputusan akan diumumkan setelah segmen tamat dengan bantuan encik Random ^__^ .
Seramai 20 orang yang bertuah akan dipilih. ^__^.

GOOD LUCK & HAPPY BLOGGING ❤❤
Reading Time:

27 January 2015

40 Kata-Kata Hikmah Kejayaan
January 27, 20150 Comments
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Sebut sahaja mengenai kejayaan pasti semua teruja untuk mendapatkan kejayaan . Sejak di bangku persekolahan lagi ibu bapa, guru dan masyarakat sering memberi semangat untuk mengejar kejayaan.

Sebelum kita berbicara lebih lanjut, lebih baik kita ketahui dahulu apa itu kejayaan yang sebenar?



Saya membuat kesimpulan bahawa kejayaan adalah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan oleh diri sendiri.

Dalam erti kata lain, kejayaan adalah satu standard piawaian yang telah ditetapkan oleh seseorang dan berjaya melepasinya.

Berhubung dengan kejayaan saya ingin kongsikan 40 Kata Kata Hikmah Kejayaan dalam entri kali ini.


Kata-Kata Hikmah Kejayaan

  1. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
  2. Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...
  3. Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
  4. Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.- Benjamin Disraeli
  5. Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius
  6. Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah. - Lao Tze
  7. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille
  8. Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.- Jose Joaquin Olmedo
  9. "Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
  10. Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.- Philip Massinger
  11. Kegagalan adalah asas kemenangan - Lao Tze
  12. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah - Lao Tze
  13. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse
  14. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad
  15. Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.- James Allen
  16. Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.- Confucius
  17. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi."
  18. "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
  19. "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
  20. "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
  21. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
  22. "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
  23. "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
  24. "Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
  25. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
  26. "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
  27. Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.- I. Salanter Lipkin
  28. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.- Samuel Johnson
  29. "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
  30. "Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
  31. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
  32. "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
  33. "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
  34. Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.- Charles Cahier
  35. "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
  36. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
  37. "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
  38. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
  39. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
  40. "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."
Reading Time:

26 January 2015

Sunnah Menggantung Rotan Di Rumah
January 26, 20150 Comments


Assalamualaikum, hari ini saya ingin menulis entri mengenai SUNNAH MENGGANTUNG ROTAN DI RUMAH (mengadabkan anak²)
عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.
- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.
- ورواه البخاري في الأدب المفرد.
- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر. 


Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda : 
Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.
- Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.
- Riwayat Al-Bazar dengan lafaz "letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh org yg khidmat bg mu".
- Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.
- Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.
_______________
Dalil Pukul Anak.
Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”. 
(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)
Pukul mendidik.. rotan tapak kakinya.. bukan pukul ikut nafsu.

Mari sama-sama kita renungkan. Sekian sampai disini sahaja.

Reading Time:

13 January 2015

Melawat Mangsa Banjir
January 13, 20150 Comments
Assalamualaikum, dengan kesempatan ini saya nak post entri tentang cuti saya. Saya bercuti degan melawat mangsa musibah banjir yang melanda negara Malaysia. Saya rasa amat kesian dan sedih melihat air telah naik sampai paras bumbung. Habis barangan elektronik sudah tentu kesemuanya rosak. Jadi saya dengan ini ingin memohon supaya sama-sama kita memberi bantuan tak kira apa jenis bantuan kepada mangsa musibah banjir ini. Dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih yang sudi memberi bantuan kepada mangsa banjir. Sekian sahaja entri saya.




Reading Time: