January 2016 - Faiq Najmi

16 January 2016

Merentas Desa SAMTAJ 2016
January 16, 20160 Comments
Assalamualikum..

Pada 15 Jan 2015 bersamaan hari Jumaat sekolah saya telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa 2016. Semua pelajar terlibat dalam kejohanan ini kecuali yang berpenyakit. Pada kejohanan kali ini saya tidak lari kerana diarahkan untuk menjaga checkpoint untuk Persatuan Bulan Sabit Merah. Rasa lega tak lari... Hahahaha... Dalam masa itu juga ada juga sedikit gambar yang saya dapat tangkap ketika mereka lari, tetapi saya hanya dapat tangkap gambar pelajar lelaki sahaja keran saya menjaga checkpoint laluan lelaki. Alhamdulillah ferqah yang saya masuk dapat no 2 untuk merentas desa kali ini.. Selalunya no last sahaja.. Tahun ini dah naik dah. Antara gambarnya...










PBSM yang ditugaskan untuk menjaga..




Menunggu Pelajar yang lain..


Penyediaan pingat..



Johan Kejohanan Merentas Desa Lelaki Bawah 14 Thn..


Kelima Kejohanan Merentas Desa Lelaki Atas 15 Thn..

Reading Time:

15 January 2016

Ilmu Peperangan
January 15, 20160 Comments
"Sayyidina Umar Al-Khattab رضي الله عنه وأرضاه berkata; "Hendaklah kamu mencari kebaikan dalam setiap musibah yang menimpa diri kamu. Dan latihlah diri kamu bersabar dalam menghadapi orang yang mengganggu kamu." Ketahuilah Makhluk yang paling sabar yang mengganggu ialah syaitan."

"Orang kafir juga banyak bersabar dan berusaha untuk mengganggu kaum muslimin. Latih diri bersabar dalam sabar adalah lebih berat. Allah سبحانه وتعالى menyuruh umat Islam bersabar, dan sabar dalam bersabar. Kita selalu mengatakan sabar ada batasnya, tetapi sabar tiada penghujung, kita yang membatasinya."

"Malaikat nanti akan menyeru kepada orang yang berjaya masuk syurga dengan kesabaran mereka. Ketahuilah Allah سبحانه وتعالى bersama dengan orang-orang mukmin yang sabar. Latih diri bersabar dalam sabar adalah lebih berat. Allah سبحانه وتعالى menyuruh umat Islam bersabar, dan sabar dalam bersabar."

"Dan kita sekarang berada didalam peperangan. Bukan bermaksud bersedia seperti kuda yang bersedia untuk bergerak masuk kemedan perang. Bukan. Tapi perang hari ini bukanlah perang seperti zaman dahulu. Dahulu, cabarannya dari segi kekuatan, jadi umat Islam bersedia dengan kekuatan."

"Dahulu mereka guna kekuatan pedang, kita sediakan pedang dan panah. Tapi perang hari ini tidak sama dengan perang zaman dulu. Perang kita sekarang ialah berbentuk idealogi, berbentuk pemikiran, bersifat ingin mengganggu aqidah kaum muslimin. Perang pemikiran, perang ilmu."

"Mereka meracuni kaum muslimin dengan pemikiran dan kerohanian. Maka, kita kena bersedia dengan senjata yang sesuai, iaitu membentengi fikiran dengan ilmu. Mereka sudah ‘fedup’ dengan perang kekuatan dan telah rugi banyak harta dan nyawa."

"Mereka ketahui jika dengan berperang melalui fizikal dengan kaum muslimin, mereka tidak berjaya. Mereka tak berjaya melalui kekuatan, akan tetapi mereka masih ingin memperhambakan umat Islam. Tapi mereka tak perlu lagi guna senjata, hanya menggunakan peperangan melalui pemikiran."

"Ini yang dilakukan mereka daripada dulu. Ditimbulkan satu isu, ditaburkan fitnah, ditimbulkan sifat taksub mazhab, ditimbulkan sifat padangannya yang paling benar, dan kemudian diberi senjata kepada si fulan dan si fulan dan di suruh gaduh, lalu mereka tengok saja."

"Jadi, Tak perlu lagi dihantar kekuatan untuk mengalahkan umat Islam, cukup mereka menjadikan puak-puak yang bergaduh sebagai boneka tontonan mereka dan mereka hanya melihat umat islam bertelagah sesama sendiri. Apa puncanya peperangan yang berlaku di banyak tempat kaum muslimin sendiri?"

"Puncanya idealogi, sebab orang-orang tidak bersedia untuk memperkayakan diri mereka dengan ilmu yang dibawa Rasulullah ﷺ. Pentingnya ilmu agar tidak mudah terpedaya dan menyerap pemikiran yang merosakkan mereka. Terpedaya dengan fitnah akhir zaman."

"Oleh itu bersiap-sedialah untuk menghadapi perang idealogi di zaman kita sekarang yang lebih tajam berbanding perangnya senjata. Yang bergaduh sesama kaum muslimin itu sendiri. Bilamana pemikiran sudah kacau, apa saja boleh dilakukan, senjata apa pun boleh masuk pistol, jet, sembelih, semuanya boleh."

"Perjuangan kamu adalah untuk sabar, dan sabar dalam bersabar. Dan bersiap-sedia menghadapi cabaran musuh. Mempersiapkan diri kamu dengan ilmu. Bertaqwalah kepada Allah سبحانه وتعالى, mudah-mudahan dapat berada didalam jalan kebenaran, yakni jalan yang diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Reading Time:

14 January 2016

Lirik Lagu "Warna Cinta" Aliff Aziz Dan Kilafairy
January 14, 20160 Comments

Assalamualaikum W.B.T

Pada masa kini, rakyat Malaysia telah dilanda demam DILWALE. Filem DILWALE yang dilakokan oleh Shah Rukh Khan dan Kajol mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Lagu yang dinyanyikan didalam filem ini sangat seronok untuk didengari. Antaranya, Gerua dan Janam-Janam. Saya ingin berkongsi lirik lagu Gerua dalam bahasa melayu yang dinyanyikan oleh Aliff Aziz dan Kilafairy.


Sinar mentari menusuk maya
Pertemuan kita menghenti masa
Langit pun murung umpama kaca
Lalu bersebati mengukir wajahmu

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya

Oh kau pemula kau hujungnya
Bagaikan sufi keasyikan
Aku karavan engkau tujuan
Setiap haluan kepadamu

Ikatan kita menghubung segala
Kabus dalam jiwa lenyap kernanya

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya

Oh kehidupan keasingan
Suran kelam tanpa dikau
Aku bukan hanya raga
Namun kini punya jiwa

Semua ikatan menjadi lemah
Berdepan ikatan yang kita ada

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya





Reading Time: