May 2016 - Faiq Najmi

17 May 2016

Kembalinya Bintang Dangdut Malaysia!
May 17, 20160 Comments

Pada zaman kini, irama muzik dangdut semakin pudar dengan tiada lagi artis-artis dangdut seperti dahulu. Lagu irama dangdut juga kurang di mainkan di radio-radio.
Ifa Raziah adalah antara artis dangdut yang masih bergiat dalam industri muzik tanah air. Beliau penyanyi asal lagu " Ser Ser Ser". Beliau telah menubuhkan satu kelab yang disertai oleh semua artis dangdut yang sudah sekian lama menghilangkan diri selama 15 tahun. Antara artis dangdut yang sertai adalah Ifa Raziah, Amelina, Mas Idayu, Linda Eva, Liena Hangat, Linda Mamat, Anis Aneesa, Shikin, Sheeda, Ani Maiyuni, Salwa Abd Rahman, Tushee, Papa J, Haiza dan Intan Maya. Kelab ini diberi nama "Persatuan Bintang Dangdut Malaysia".
Pada 17 Mei (Selasa) kelab ini akan membuat sidang media seterusnya melancarkan Persatuan ini. Ia akan bertempat di FLORA TERRACE HAMPSHIRE KUALA LUMPUR jam 3 petang hingga 6 petang. Turut sama kehadiran Raja Gelek,  Ratu Dangdut Malaysia dan peserta Dangdut Star untuk memeriahkan lagi majlis pelancaran ini. Mari kita memeriahkan lagi majlis ini. Datang beramai-ramai.
Dengan adanya kelab seperti ini irama muzik dangdut akan lebih didengari di radio-radio. Muzik ini juga akan dikenali dan digemari ramai pendengar diluar sana kelak. Nantikan kehadiran mereka....
Reading Time:

14 May 2016

Tema Hari Guru & Lirik Lagu Tema Hari Guru 2016
May 14, 20160 Comments
Assalamualikum......

Hari Guru akan disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini disambut oleh semua guru dan semua murid. Pada hari sambutan, guru-guru akan dirai oleh murid-murid atas jasa guru yang telah dicurahkan kepada murid-murid.




Tema Hari Guru untuk tahun ini: Guru Pembina Negara Bangsa

Lirik Lagu " Guru Pembina Negara Bangsa"


Bersedia melangkah megah 
Walaupun sukar baktiku curah 
Demimu ibu pertiwi 
Sumpah ku lafaz janji kukota 



Berikrar eratkan bangsa 
Kukuhkan cinta kepada Negara 
Berjasa terus berjasa 
Menyebarkan ilmu tiada batasnya 



Guru Pembina Negara Bangsa 
Gagah perjuangkan visi Negara 
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa 
Demi agama dan nusa tercinta 



Guru Pembina Negara Bangsa 
Tetap unggul senadakan suara 
Sehaluan menggapai matlamatnya 
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia



Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid 
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin 
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Sumber CikLaili


Guru Pembina Negara Bangsa



Terima Kasih kepada semua guru yang telah mengajar saya dari prasekolah hingga ke sekolah menengah:-




Reading Time:

09 May 2016

Firmware For Samsung
May 09, 20160 Comments
Assalamualaikum,

Pernah dengar phone anda kena format (factory reset)?  Ini terjadi apabila phone anda terkena virus. Masalah seperti ini berlaku terhadap diri saya sendiri, dan saya mula terfikir bagaimana ingin format? Kalau menghantar phone ke kedai untuk menformat sudah tentu duit akan keluar dalam lingkungan RM30/RM35. Nampak sedikit tetapi berharga boleh beli banyak dengan duit tu bukan? So, saya mula search di internet bagaimana cara untuk format phone samsung. Setelah research dibuat saya sudah tahu bagaimana untuk mendapatkan firmware untuk phone samsung.




Itu adalah website yang menyediakan firmware untuk segala jenis phone yang berjenama SAMSUNG. Dengan hanya mengisi model phone anda, anda akan mendapatkan semua latest version untuk phone samsung anda. Saya akan menunjukkan cara download melalui website SamMobile . 

CARA DOWNLOAD FIRMWARE SAMSUNG


1. Anda isikan nama model phone anda. (GALAXY GRAND PRIME- SM-G530H)


2. Sudah anda isikan, ada cari country Malaysia, dan click.


3. Sudah keluar seperti gambar itu. Anda click "Regular Download".


4. Pilih yang free dan click "Join". Jika anda belum mempunyai account SamMobile , anda perlu "Register" dulu untuk meneruskan download


5. Sudah "Register" anda perlu refresh semula website ini dan mulakan langkah 1-4. Kemudian button untuk "Download" akan keluar.

CARA UNTUK FORMAT PHONE SAMSUNG

1. Extract (unzip) file frimware yang anda telah download itu tadi.
3. Extract file Odin
4. Buka Odin v3.10.7
5. Matikan phone anda dan tekan (press and hold Home + Power + Volume Down Buttons) untuk memasuki Download Mode.
6. Connect phone anda dan tunggu sehingga keluar "Blue Sign" di Odin.
7. Tambah file firmware di AP/PDA
8. Pastikan "Re-Partition" TIDAK di tick.
9. Click button start dan tunggu sehingga keluar tulisan "Pass!"
10. Phone anda akan restart dan format selesai.

Setakat ini yang saya boleh bantu anda untuk menformat phone model samsung sendiri tanpa menghantar kedai. Sila pastikan anda membuat ikut step by step dengan betul untuk mengelakkan dari berlaku masalah.

(SEKIRANYA BERLAKU APA-APA MASALAH SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB)




Reading Time: