Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2016 (Selangor)

Saya ingin berkongsi kepada pembaca blog saya mengenai contoh jawapan kerja kursus Geografi PT3 2016. Tahun ini mereka mendapat tugasan mengenai "Pengangkutan". Contoh jawapan yang saya akan kongsikan ini bukan hasil ciptaan saya. Saya juga mengambil di blog yang lain. Ini sekadar pengkongsian kepada semua sahaja.


TAJUK KAJIAN

PENGANGKUTAN AWAM
DI
KEPALA BATAS
SEBERANG PERAI UTARA
PULAU PINANG


RUMUSAN

Pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya ialah bas Pengangkutan  awam adalah penting di pekan Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan.
 Kepentingan lain ialah mengangkut penumpang, menjimatkan kos dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Walaubagaimanapun, penduduk di Kepala Batas ini menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti jangka masa lama, pencemaran udara dan pencemaran bunyi.
Saya mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah-masalah tersebut seperti menguatkuasakan undang-undang, menganjurkan kempen alam sekitar, dan berkongsi kenderaan ke tempat kerja.
Saya berharap pihak yang terlibat akan perihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penumpang di pekan Kepala Batas ini. Saya bangga kerana pihak terbabit berusaha memperbaiki perkhidmatan bas di pekan Kepala Batas ini.


PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menengah Rendah 2016, saya selaku pelajar Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi di sekolah. Saya telah mendapat tajuk Pengangkutan Awam Di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Saya telah mendapat tajuk Pengangkutan Awam (bas) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kawasan Kepala Batas ini dipilih sebagai kawasan kajian saya kerana di kawasan ini terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Di kawasan Kepala Batas ini menyediakan bas Rapid ke sekitar kawasan kajian. Kawasan kajian ini padat dengan penduduk yang sangat memerlukan dan bergantung kepada pengangkutan awam untuk pergerakan harian mereka.
            Saya Berjaya melengkapkan kajian ini dalam masa sepuluh minggu dengan menulis laporan kajian dengan lengkap bermula dari bulan Mac hingga bulan Mei.


OBJEKTIF KAJIAN
Kajian tentang pengangkutan awam di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ini adalah untuk mencapai objektif berikut:

  •          Mentakrif Konsep pengangkutan awam
  •          Menyata dan menghuraikan Jenis-jenis pengangkutan awam
  •          Menyata dan menghuraikan Kepentingan perkembangan pengangkutan awam
  •          Menyenarai dan menghuraikan Masalah perkembangan pengangkutan awam
  •          Mencadang dan menghuraikan Cadangan untuk mengatasi masalah perkembangan pengangkutan   awam
         Memupuk Nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.


8.3 Kepentingan Pengangkutan Awam
Perkhidmatan pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Antaranya ialah :

1. Mengangkut barangan 
Perkhidmatan bas Rapid juga mengangkut barang seperti bungkusan akhbar/majalah dan barang-barang lain atas permintaan pelanggan untuk dihantar ke destinasi yang diingini.

2. Mengurangkan kesesakan 
Perkhidmatan bas Rapid Penang di kawasan Kepala Batas ini telah mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar ini.

3. Mengangkut penumpang 
Daripada pagi hingga malam, perkhidmatan bas Rapid Penang telah mengangkut penumpang yang terdiri dari pelajar sekolah dan pekerja.
 
4. Sumber pendapatan 
Perkhidmatan bas awam seperti Bas Rapid Penang merupakan sumber pendapatan kepada pemandu bas tersebut dan pemilik bagi syarikat bas tersebut.

5. Peluang pekerjaan 
Tidak dinafikan perkembangan pengangkutan awam seperti bas Rapid Penang telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar seperti bekerja sebagai pemandu bas ataupun atendan bas.

6. Meningkatkan mobiliti penduduk 
Kekerapan bas Rapid Penang mengunjungi laluan setiap 30 minit memudahkan penduduk untuk bergerak. Bas yang berhawa dingin juga lebih selesa.

7. Menjimatkan masa 
Laluan yang berjadual dan setiap 30 minit oleh bas Rapid Penang telah menjimatkan masa penduduk. Penduduk tidak perlu membazirkan masa menunggu lama sebagaimana sebelum ini, mereka terpaksa menunggu bas selama 1 jam.

8. Menjimatkan kos 


 Kos juga lebih murah iaitu tambang sebanyak RM2.00 orang awam dan RM1.00 kepada pelajar sekolah, penuntut kolej, institusi pengajian tinggi untuk semua laluan bas Rapid Penang amat berbaloi.

8.4 Masalah Pengangkutan Awam
Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh pengguna pengangkutan awam ialah :

1. Keselamatan penumpang terancam
 Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas  telah membawa padah kepada penumpang. Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
2. Jangka masa lama
 Sebelum dilancarkan Rapid Penang, pengguna terpaksa menunggu perkhidmatan bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak tentu juga menyukarkan penumpang yang menggunakan khidmat bas ini. 

3. Kos Bahan Api Meningkat 
Harga minyak yang semakin meningkat menyebabkan tambang pengangkutan awam khususnya bas meningkat. 

4. Kenderaan lama
 Perkhidmatan bas atau van sekolah adalah kenderaan lama yang telah berdaftar 10 hingga 15 tahun. Tempat duduk dan kondisi bas juga tidak selesa.

5. Pencemaran udara 
 Pengangkutan awam khususnya bas menggunakan minyak diesel yang boleh mencemarkan udara. Udara dicemari dengan gas karbon monosida dan asap hitam yang berjelaga yang mencemarkan udara.

6. Pencemaran bunyi 
Kondisi bas yang lama boleh menimbulkan suasana yang membingitkan telinga dengan bunyi enjin kenderaan yang bising atau kuat. Situasi ini boleh mengganggu ketenangan penumpangnya.
Bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang, sering terganggu dengan bunyi bising enjin  kapal terbang yang sedang mendarat atau kapal terbang yang sedang berlepas.



8.5 Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam
Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah :-

1. Kuat kuasa undang-undang 
Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut. Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum 
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter 
Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.
4. Mengurangkan kos operasi 
Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif
Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria. 

6. Kursus pemanduan berhemah 


Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

KAEDAH KAJIAN

            Terdapat tiga kaedah kajian yang telah saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan kerja kursus Geografi pada tahun ini.
            Antara kaedah kajian yang saya lakukan ialah soal selidik. Saya telah mengedarkan sebanyak 20 helai borang soal selidik kepada para penumpang yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sebagai kenderaan harian.
            Kaedah penyelidikan yang seterusnya yang saya lakukan ialah dengan melayari internet. Saya telah melayari laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Rapid_Penang sebagai salah satu sumber yang membekalkan maklumat tentang pengangkutan awam.
            Kaedah kajian yang terakhir ialah temuramah. Saya telah menemuramah dengan Encik Ismail Bin Halim iaitu seorang pemandu bas Rapid Penang yang selalu mengangkut penumpang yang berpusat di pekan Kepala Batas.

MENTAKRIF KONSEP

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feriteksi dsb. — mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.
Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan.


You Might Also Like

0 comments