Artis Malaysia Berentap Di D'Academy Asia 2



Pada tanggal 23 Oktober 2016, pihak Indosiar (Indonesia) melangsungkan pertandingan nyanyian irama Dangdut yang mewakili 6 buah negara. Antara negara yang terlibat dengan pertandingan ini ialah Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Timor Laste dan Thailand. Setiap negara menghantar seramai 6 orang peserta untuk mewakili setiap negara. Jumlah semua peserta adalah seramai 36 orang. Antara komentator yang terlibat ialah Soimah (Indonesia), Inul Daratista (Indonesia), Iis Dahlia (Indonesia), Rita Sugiarto(Indonesia), Ivan Gunawan (Indonesia), Mas Idayu (Malaysia), Ifa Raziah (Malaysia), Rosalina Musa (Singapura) Hans (Brunei Darussalam), Anito Matos (Timor Laste), Khun Yee (Thailand). Selain itu, pengacara yang mengendalikan program ini ialah Andhika Pratama, Rina Nose, Irfan Hakim dan Ramzi.

Malaysia menghantar seramai 6 orang peserta antaranya, Asmidar , Elda Susanti (Dangdutstar), Syura Badron, Jiwa Firdaus (Dangdutstar), Rojer Kajol (Dangdutstar) dan Zizi Kirana (Dangdutstar). Mereka akan beraksi di pentas yang besar 2 kali iaitu Malam Konsert dan Konsert Result Show. Setakat ini, peserta dari Malaysia masih lengkap seramai 6 orang, tiada yang tersenggol/tersingkir.



BIODATA PESERTA MALAYSIA

1. Asmidar



Norhasmidar Ahmad (lahir pada 3 Mac 1986) atau lebih dikenali dengan nama pentas Asmidar,merupakan seorang penyanyi dari Malaysia. Asmidar mula dikenali di arus perdana semenjak memenangi Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa pada tahun 2011. Asmidar kini merupakan artis rakaman di bawah naungan Warner Music Malaysia.

2. Syura Badron



Zuraidah Badron atau lebih dikenali sebagai Syura ialah salah seorang penyanyi wanita Malaysia yang begitu sinonim dengan lagu-lagu pop tradisional.Sejak itu nama Syura terus meniti populariti hingga pernah digelar sebagai Noraniza Idris Junior. Syura terus digilap bakat hingga menjadi pengembang seni budaya tradisional Melayu. Beliau juga pernah memasuki program realiti TV Master Chef Selebriti.

3. Jiwa Firdaus



Muhd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Jiwa telah memasuki program realiti TV Dangdut Star dan bergelar pemenang tempat ketiga. Beliau berasal dari Pahang.

4. Zizi Kirana



Zizi Kirana adalah seorang penyanyi berkebangsaan Malaysia. Ia merupakan finalis pada acara reality show di Malaysia yakni Akademi Fantasia, Season 7. Beliau pernah bergabung dalam kumpulan The Fabalous Cat.

5. Elda Susanti



Elda susanti adalah seorang penyanyi dangdut Malaysia sewaktu masa dahulu.
Beliau popular dengan lagunya "Yang Ku Sayang". Beliau pernah menghilangkan diri selama 15 tahun dalam industri muzik Malaysia. Kini Elda membuat "come back" dengan menyertai program realiti TV Dangdut Star.

6. Rojer Kajol



Mohd Rozaidy Shukry atau lebih dikenali sebagai Rojer Kajol. Beliau adalah seorang penyanyi dan seorang anggota Polis. Beliau pernah menyertai program realiti TV Dangdut Star. Beliau berasal dari Johor.
Program D Academy Asia 2 ini akan berlangsung setiap hari jam 18.00 wib (waktu Jakarta) 7.00 PM (waktu Malaysia). Bagi penonton dari Malaysia boleh menonton di www.vidio.com . Mereka akan dibahagikan kepada 6 Group yang akan mewakili setiap peserta.


INSTAGRAM RASMI PESERTA DAN FANS
1. Asmidar


2. Syura Badron




3. Jiwa Firdaus



4. Elda Susanti



5. Zizi Kirana



6. Rojer Kajol



You Might Also Like

0 comments