January 2017 - Faiq Najmi

30 January 2017

Segment: Follower meningkat dengan mudah
January 30, 2017 2 Comments
Assalamualaikum W.B.T

Harini saya join satu segmen yang dikendalikan oleh Syahirah. So, korang boleh join segmen ini sama-sama saya. Nak join senang je. Korang klik tulisan di atas dan baca syarat-syarat untuk join.

Blog ID
5822074748865882516

Selamat mencuba semua !!
Reading Time:

28 January 2017

BLOGLIST FEBRUARI BY IRAZULKEFFELE

25 January 2017

Resepi : Roti Jala Versi Coklat
January 25, 2017 8 Comments
Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi resepi Roti Jala Versi Coklat . Sebelum ini ramai masak roti jala dengan hanya tepung dan ditambah pewarna makanan seperti hijau dan kuning. Cara untuk memasak resepi ini lebih kurang sama saja dengan resepi roti jala yang lain, yang membezakan ditambah serbuk koko.



Resepi Roti Jala Versi Coklat

Bahan - Bahan :

3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
3 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
2 sudu minyak masak
Air ikut kepekatan

Cara - Cara :

- Masukkan kesemua bahan-bahan tadi dalam satu bekas.
- Gaulkan sehingga sebati.
- Panaskan non stick pan. Leserkan dengan sedikit minyak.
- Masukkan adunan dalam acuan roti jala.
- Masak dengan api yang kecil. Bila permukaan roti jala dah pucat, hati-hati lipat seperti dalam gambar. Kemaskan dan alihkan ke pinggan.

*Roti Jala Coklat boleh dimakan dengan sos coklat atau susu pekat.




Selamat Mencuba.

Reading Time:

24 January 2017

Lirik Lagu Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
January 24, 20171 Comments
Beberapa hari yang lepas lagu "Lelaki Teragung" ini telah mendapat tempat Juara di Anugerah Juara Lagu 31 yang dinyanyikan oleh penyanyi tempatan iaitu Dayang Nurfaizah. Beliau juga memenangi Vokal Terbaik di AJL 31. Lagu ini pernah menjadi lagu OST untuk drama 7 Hari Mencintaiku yang menjadi fenomena suatu masa dahulu. Lagu ini di buat oleh Natasyah manakala liriknya pula di tulis oleh Iman Imran. Iman Imran juga menulis lirik lagu "Di Pintu Syurga".


Lirik Lagu Lelaki Teragung

Ku sesali 
Kerna pernah cuba
Sakiti hatimu
Sedang diri ini 
Tidak mampu
Untuk hidup tanpa 
Cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
Oh kekasih

Kembalikan 
Cinta yang pernah ada
Dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia 
Dan di syurga

Meskipun kesetiaan 
Yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku
Padaku

Kasih
Pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku
Oh sayangku

Cinta lelaki teragung
Membuat diriku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia
Dan di syurga


Video Lagu Lelaki Teragung


Reading Time:

23 January 2017

Keputusan Rasmi AJL 31
January 23, 20170 Comments
Keputusan rasmi pemenang Anugerah Juara Lagu ke 31 malam tadi 22 Januari 2017. AJL 31 tahun ini bertempat di Dewan Merdeka PWTC yang bertemakan "Cerita Dalam Lagu". AJL 31 buat pertama kalinya pembawa acara seramai 4 orang iaitu Fara Fauzana, Sarimah Ibrahim, Fizi HotFM dan Awal Ashaari. Seramai 12 peserta berentap pada malam itu.


KEPUTUSAN RASMI ANUGERAH JUARA LAGU 31

JUARA LAGU AJL 31 : Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah (RM 50,000 bersama Trofi)

NAIB JUARA AJL 31 : Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip (RM 35,000 bersama Trofi)

TEMPAT KETIGA : Sudah Ku Tahu - Projector Band (RM 20,000 bersama Trofi)

VOKAL TERBAIK : Dayang Nurfaizah (RM 12,000 bersama Trofi)

PERSEMBAHAN TERBAIK : Hang Pi Mana - Khalifah (RM 12,000 bersama Trofi)

Reading Time:

16 January 2017

Video Matematik Tingkatan 5
January 16, 2017 2 Comments
Assalamualaikum W.B.T

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa video mengenai subjek Matematik Tingkatan 5 untuk semua bab.  Saya harap dengan perkongsian video ini dapat membantu anda untuk lebih mahir dalam subjek Matematik. Untuk matematik tingkatan 5 mempunyai 10 Bab . Berikut adalah tajuk setiap bab dan video: 

 Bab 1: Asas Nombor


Bab 2 : Graf Fungsi II


Bab 3 : Penjelmaan III


Bab 4: Matriks


Bab 5 : Ubahan


Bab 6: Kecerunan dan Luas di bawah Graf


Bab 7 : Kebarangkalian II


Bab 8: Bearing


Bab 9 : Bumi sebagai Sfera


Bab 10: Pelan dan Dongakan


Reading Time:
PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com

14 January 2017

Papa J Meninggal Dunia Malam Tadi
January 14, 2017 2 Comments

Hilang lagi seorang penyanyi di dalam industri muzik tanah air.

Jamal Manap atau lebih dikenali sebagai Papa J meninggal dunia di Hospital Ampang malam tadi akibat pendarahan dalam kepala.

Jamal meninggal dunia pada jam 9.50 malam di sisi keluarganya. Dahulu, Jamal ditemui tidak sedarkan diri di depan pintu bilik air di rumahnya di Taman Kosas Ampang pagi semalam.

Jamal yang dikenali sebagai Papa J pernah menganggotai Asiarasa bersama seorang lagi penyanyi iaitu Khalid Ahmad. Mereka bernaung di bawah Ciku Records. Papa J juga adalah salah seorang ahli Bintang Dangdut Malaysia.

Persatuan Bintang Dangdut Malaysia juga turut merasa kehilangan salah seorang ahli yang sangat baik dan selalu memberi nasihat.




Reading Time:
10 Tips Untuk Meningkatkan Kelajuan Laptop
January 14, 2017 2 Comments


Pada entri kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tips untuk meningkatkan kelajuan laptop anda. Laptop anda selalu slow? Sudah tentu kerana laptop yang saya gunakan pun juga selalu slow. berikut adalah 10 tips untuk meningkatkan kelajuan laptop.


Gunakan software CCleaner. Anda boleh mendownload software ini di https://www.piriform.com/ccleaner/download . Setelah install, klik "Run Cleaner". Kemudian tekan "Registry" "Scan For Issue" "Fix Selected Issue" "No" "Fix All Selected Issues" dan klik "Ok".




Gunakan software CCleaner. Klik "Tools". Uninstall mana programs yang tidak digunakan.


Jika RAM anda 2GB kebawah, anda disarankan untuk menambah RAM ke 2GB ke atas.


Bila kali terakhir anda bersihkan habuk laptop?
Jika lebih 6 bulan, saya nasihatkan lebih baik buat servis Clean Dust untuk elakkan motherboard overheat dan kos repair dia mahal.





Gunakan software CCleaner. Anda boleh mendownload software ini di https://www.piriform.com/defraggler .


SSD ini 2 kali ganda laju dari HDD biasa.


Tekan "Start" taip "Run" . Kemudian taip "%TEMP%" dan enter. Select all file dan delete.



Laptop anda pasti mempunyai antivirus kan? Berapa kali anda scan?
Saya nasihatkan agar anda membuat scan seminggu sekali.


"Right Click Desktop" kemudian tekan "Personalize". Pilih "Windows Classic".


Tips ini saya dapat dari Facebook FRLaptopService . Untuk maklumat lanjut anda boleh ke Facebook page mereka. Saya hanya berkongsi.
Reading Time:

13 January 2017

Kenali Bintang Dangdut Malaysia
January 13, 20170 Comments
Pada suatu masa dahulu, irama dangdut amat digemari oleh semua pihak tidak kira usia. Meski dianggap sebagai muzik ‘second class’, namun tidak wajar sekiranya irama dangdut dilupakan begitu sahaja.Industri Muzik tanah air sebenarnya mempunyai ramai penyanyi dangdut suatu masa dahulu. Tambahan pula dengan kehadiran muzik tersebut benar-benar meninggalkan kesan buat peminat irama tersebut.



Buat julung kalinya, Persatuan Bintang Dangdut Malaysia (Bintang) ditubuhkan sebagai satu usaha untuk memartabatkan kembali irama dangdut di Malaysia. Persatuan tersebut mempunyai 22 orang ahli dan menjangkakan bilangan akan terus meningkat pada masa akan datang.

Antara Ahli Bintang Dangdut Malaysia :


IFA RAZIAH



Nama Penuh : Saripah Raziah Binti Mustapha 
Nama Komersial: Ifa Raziah
Umur : 40 tahun
Asal: Jitra, Kedah
Lagu popular: Ser Ser Ser / Terus Terang
Jawatan: Presiden

SHEEDA




Nama Penuh : Rashidah Binti Hamid
Nama Komersial: Sheeda
Asal: Kelantan
Lagu popular: Angkat Kaki
Jawatan : Timbalan Presiden

AMELINA




Nama Penuh : Norazlina Amir Sharipuddin
Nama Komersial: Amelina
Asal: Nilai, Negeri Sembilan
Lagu popular: Rindu / Asyik
Jawatan : Naib Presiden 1

MAS IDAYU


Nama Penuh : Masidayu binti Mesnun
Nama Komersial: Mas Idayu / Mummy / Ayu
Umur: 42 tahun
Asal: Kota Tinggi, Johor
Lagu popular: Senggol - Senggolan Cubit - Cubitan / Cintaku100%
Jawatan : Naib Presiden 2

INTAN MAYA



Nama Komersial: Intan Maya
Lagu popular: Bila Jatuh Cinta I Love You I Miss You
Jawatan : Bendahari

ANI MAIYUNI


Nama Komersial: Ani Maiyuni
Umur: 37 tahun
Lagu popular: Sedap
Jawatan : Setiausaha

LINDA (EVA)



Nama Komersial: Linda Eva
Lagu popular: Bulan Cinta / Bulan Rindu
Jawatan : Biro Sukan

ANIS ANEESA


Nama Komersial: Anis Aneesa
Lagu popular: Terusik
Jawatan : Biro Keahlian

IEDA MOIN


Nama Penuh : Siti Haida bt Abd Moin
Nama Komersial: Ieda Moin
Jawatan : Biro Fans Club

PAPA J



Nama Komersial: Papa J
Lagu popular: Gegar Goyang Berdansa
Jawatan : Biro Kebajikan

SHIKIN


Nama Penuh : Aishah Dahlan
Nama Komersial: Shikin
Lagu popular: Asyik Asyik
Jawatan : Biro Keagamaan

LEINA HANGAT



Nama Komersial: Leina Hangat
Lagu popular: Eh! Dangdut
Jawatan : Biro Keagamaan

HAIZA


Nama Penuh : Rohaiza Nordin
Nama Komersial: Haiza
Lagu popular: Dag Dig Dug
Jawatan : Ahli PBDM

SALWA ABD RAHMAN



Nama Komersial: Salwa Abd Rahman
Lagu popular: Satu Dua Kau / Cubit Cubit Sayang
Jawatan : Ahli PBDM

AYATI TASRIP



Nama Komersial: Ayati Tasrip
Lagu popular: Cinta Dangdut
Jawatan : Ahli PBDM

TUSHEE



Nama Komersial: Tushee Aris
Lagu popular: Amboi Malu
Jawatan : Ahli PBDM

HAIDA HAFIZ




Nama Komersial: Haida Hafiz
Lagu popular: Kekasihku Milik Orang
Jawatan : Ahli PBDM

ELDA SUSANTI



Nama Komersial: Elda Susanti
Lagu popular: Yang Ku Sayang
Jawatan : Ahli PBDM
Reading Time: