February 2017 - Faiq Najmi

25 February 2017

Resepi : Kek Coklat Lapis Cheese Kukus
February 25, 2017 8 Comments
Resepi kali ini sangat simple dan senang untuk dilakukan tetapi rasa coklat pekat ditambah cheese membuat terliur apabila melihatnya. 


Bahan Cheese
  1. 250 gram cream cheese
  2. 60 gram gula halus
  3. 1 sudu tepung gandum
  4. 1 biji telur
  5. 1 sudu besar air

Cara penyediaan
  • Pukul cream cheese bersama gula halus
  • Selepas itu masukkan telur, tepung gandum dan air. Kemudian pukul dan gaul sehingga sebati.
  • Biarkan sekejap.

Bahan Kek
  1. 3 sudu besar serbuk koko 👍
  2. 1 sudu kecil baking soda 👍
  3. 1 cawan tepung gandum 👍
  4. 1/2 sudu kecil baking powder 👍
  5. 2 biji telur
  6. 1 sudu kecil esen vanilla
  7. 1 cawan gula halus
  8. 1/2 cawan minyak masak/jagung
  9. 1/2 cawan susu cair
  10. 1/2 cawan air didih
  11. sedikit garam

Cara Penyediaan
  • Semua bahan yang bertanda 👍 dicampurkan.
  • Sediakan bekas berlainan untuk memukul telur bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
  • Masukkan susu, minyak dan air panas. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Gaul sehingga sebati.

Cara Membuat Kek Coklat Lapis Cheese
  • Panaskan pengukus dan balut dengan kain pada penutupnya. Gunakan api sederhana sahaja.
  • Sapukan sedikit minyak masak atau margerin di sekeliling bahagian loyang dan alas dengan kertas minyak. kemudian tuang adunan coklat dan tutup loyang dengan aluminium foil. kukus selama lebih kurang 20 minit.
  • Buka aluminium foil. Kemudian tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula gunakan aluminium foil dan kukus kembali selama lebih kurang 15 minit.
  • Selepas itu tuang adunan coklat selebihnya dan tutup lagi menggunakan aluminium foil. Kukus kembali lebih kuran 20 minit.
  • Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk. 
  • Potong dan hidangkan.

Resepi ini saya dapat dari Blog Blogopsi .
Reading Time:

24 February 2017

Pencarian Bloglist stnrsyfh Sesi March 2017
February 24, 2017 4 Comments
Harini saya ingin menyertai satu segmen yang di anjurkan oleh S.K iaitu "Pencarian Bloglist stnrsyfh Sesi March 2017". Anda semua teringin untuk menyertai segmen ini? Mudah sahaja.


KLIK BANNER UNTUK MENYERTAI !!

Reading Time:

18 February 2017

Sukan Sekolah SMK SG Besar 2017
February 18, 2017 11 Comments
Pada tanggal 18 Feb 2017 bersamaan hari Sabtu, sekolah telah mengadakan program tahunan iaitu Sukan Tahunan. Sebanyak enam buah rumah sukan yang bertanding iaitu Hydron (hijau) Musytari (merah) Uranus (ungu) Beta (biru) Kapela (kuning) dan Orion (oren). Sukan kali ini bertemakan "Pahlawan Angkasa". Majlis ini dirasmikan oleh YB Budiman B Zohdi dan Dato' Ramli B Dorani.







HIASAN RUMAH SUKAN









ACARA LARIAN












PERBARISAN RUMAH HYDRON









PERBARISAN RUMAH KAPELA











PERBARISAN RUMAH ORION










PERBARISAN RUMAH URANUS










PERBARISAN RUMAH BETA












PERBARISAN RUMAH MUSYTARI







ACARA TARIK TALI ANTARA URANUS VS HYDRON






PENYAMPAIAN HADIAH










Reading Time:

12 February 2017

Blog Faiq Najmi Berwajah Baru
February 12, 2017 16 Comments
Saya telah mengetahui bahawa tempahan design blog telah dibuka oleh Sis Hawa, saya terus mengunjungi blog beliau dan melihat pakej yang ditawarkan. Pakej yang ditawarkan oleh beliau amat berpatutan dengan harga dan hasilnya amat menakjubkan. Setelah memilih pakej yang diinginkan saya terus menghubungi beliau melalui Facebook agar mudah berkomunikasi dan berbincang. Saya telah diberi respon yang agak cepat. Selepas pembayaran dibuat, beliau terus menjalankan tugas untuk membuat design blog yang saya tempah. Tidak sampai 24 jam design blog saya telah disiapkan. Pasti korang tertanya-tanya bagaimana wajah blog saya sebelum dan selepas. 


SEBELUM

Sebelum ini saya masih menggunakan template blog yang banyak di internet. Saya hanya mengedit sedikit untuk melihatkan bahawa itu adalah template saya iaitu Sora Templates. Header blog pula saya edit sendiri dengan meletakkan gambar saya, nama blog dan link blog. Background berwarna kelabu.




SELEPAS

Itu adalah perubahan design blog saya yang terbaru yang telah siap ditempah. Background berwarna hitam. Manakala background untuk entry berwarna putih. Mempunyai warna biru sedikit di bahagian header dan bahagian copyright. Design ini agak simple tapi nice. 

Untuk semua yang ingin membuat tempahan boleh pergi ke blog http://rosbirumuda.blogspot.my/p/service-editdesigncostumize-blog.html anda boleh memilih pakej yang mana diinginkan. Setelah memilih anda boleh terus menghubungi beliau untuk urusan selanjutnya.

Reading Time:

10 February 2017

Ibu Bapa Perlu Mengamalkan 12 Doa Untuk Anak
February 10, 2017 2 Comments
Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredai. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semula jadi memiliki sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji kesabaran. Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang Muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian. Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.


Dalam Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati. Doa juga memainkan peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga. Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan anak dan tidak mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa.

1. Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Cara membantu anak untuk mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:
“Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”
Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
4. Banyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.
5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.
6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”
7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud:
“Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:
“ Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”
9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
10. Saat anak-anak bergaduh baca surah al-Baqarah, ayat 102, yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
11. Anak-anak pandai belajar baca surah al-Anbiyaa, ayat 79, yang bermaksud:
“Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.”
12. Anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran baca surah al-Anbiyaa, ayat 69, yang bermaksud:
“Kami berfirman, hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.”
Reading Time:

09 February 2017

Senarai Peserta MLM 2017
February 09, 2017 2 Comments
Maharaja Lawak Mega kembali dengan menampilkan 15 pelawak daripada Maharaja Lawak Mega, Raja Lawak, Skool Of Lawak dan Lawak Solo. MLM 2017 kali ini bertemakan "Empayar Lawak" dan sekaligus memasuki musim yang keenam. Rancangan ini akan ditayangkan di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) bermula 17 Februari 2017, setiap Jumaat 10.00 Malam.


Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2017

1. Joras



2. Shiro

3. Zero

4. Abioso

5. Dzawin

6. Mamu

7. Puteh

8. Pistol

9. XOXO

10. Mad

11. Danial

12. Masin

13. Hobit

14. Nice

15. Bocey 


Reading Time: