March 2017 - Faiq Najmi

27 March 2017

Fenomena Baru Bakal Muncul Di Gema Gegar Vaganza
March 27, 2017 12 Comments
Buat pertama kalinya, Astro Oasis akan membawakan sebuah program nyanyian berkonsep "Islamik" iaitu "Gema Gegar Vaganza" yang akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada setiap hari Sabtu bermula 8 April 2017, jam 9.00 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD. Program ini merupakan salah satu inisiatif Astro Oasis untuk mengangkat dunia nyanyian yang bertemakan Islam ke tahap yang lebih tinggi.



Seramai 10 barisan peserta (solo dan berkumpulan) bakal menggegarkan malam minggu anda dengan persembahan mingguan yang hebat. Barisan peserta ini bukan calang-calang orang yaa... Mereka semua pernah mendapatkan nama dalam industri muzik tanah air dan mempunyai peminat yang tersendiri. Antaranya, Saujana, Hafiz Hamidun, Ana Raffali, UNIC, Wani, Izam EYE, Mirwana, Azmi Caliph Busker, Bienda dan Hijjaz. 



Pengacara untuk Gema Gegar Vaganza ini ialah Fikri Lawak Solo, Achey Bocey dan Siti Nordiana. Program ini diadili oleh dua juri tetap iaitu Farihin Fatah dan Oki Setiana Dewi. Tagline untuk program ini ialah "Dakwah Kini Lebih Hip". Siapa peserta pilihan anda? Jangan Lupa saksikan.
Reading Time:

23 March 2017

Ifa Raziah Terus Terang
March 23, 2017 7 Comments
Image result for terus terang ifa raziah lirik

Diva dangdut negara yang baharu sahaja memenangi kategori Artis Versatil Popular di Anugerah Bintang Popular 29 iaitu lfa Raziah. Selain itu, beliau juga adalah Presiden Bintang Dangdut Malaysia yang telah ditubuhkan tidak lama dahulu. Beliau popular dengan lagu Ser Ser Ser. Kini beliau telah kembali dengan single terbarunya yang berjudul ‘Terus Terang’. Lagu ini dicipta oleh komposer terkenal iaitu DJ Fuzz. Lagu ini masih mengekalkan genre dangdut. Alhamdulillah lagu ini sentiasa diputarkan oleh radio-radio seperti HotFM, KoolFM, SinarFM dan EraFM.

Lirik Lagu Terus Terang


Menyala api cinta
Di dadaku membara
Lena dibuai asmara

Setidak-tidaknya
Hatiku sudah mengakui
Cinta mengaburi
Asyiknya mengagumi
Mengejar masa
Moga sempat aku lalui
Menanggung harapan
Berperang dengan naluri

Kau misteri
Bukan ku damba wajah
Cuma mata terpanah
Akalku hilang arah
Akan tetapi
Sukar ku gambar rasa
Walau tidak mengalah
Tidak juga ku memaksa

Lama ku pendam perasaan
Semakin ku tidak keruan

Terus terus terang saja
Terus terus terang saja
Cinta dan kasihku
Tak pernah kurang
Tak pernah kurang

Terus terus terang saja
Terus terus terang saja
Apa di hatiku
Tak pernah kurang
Tak pernah kurang

Pandanganku jadi tak menentu
Buah fikiranku pecah seribu
Ku paksa hadapi dengan senyuman
Cuba bertahan penatku tiada keluhan
Di sini ku mahu engkau mengerti
Rasa kasih sayang tapi ku juga menyepi
Kau takkan faham
Jangan pula salah faham
Benih cinta sedih
Bila engkau salah tanam

Lama ku pendam perasaan
Semakin ku tidak keruan

Terus terus terang saja
Terus terus terang saja
Cinta dan kasihku
Tak pernah kurang
Tak pernah kurang

Terus terus terang saja
Terus terus terang saja
Apa di hatiku
Tak pernah kurang
Tak pernah kurang

Berikan ku ruang
Untuk denganmu 
Walaupun seketika
Berikan peluang
Hidup denganmu
Meniti bahagia

Lama ku pendam perasaan
Semakin ku tidak keruan

Terus terus terang saja
Terus terus terang saja
Cinta dan kasihku
Tak pernah kurang
Tak pernah kurang

Terus terus terang saja
Terus terus terang saja
Apa di hatiku
Tak pernah kurang
Tak pernah kurang

Terus terus terang saja
Terus terus terang saja
Cinta dan kasihku
Tak pernah kurang
Tak pernah kurang

Terus terus terang saja
Terus terus terang saja
Apa di hatiku
Tak pernah kurang
Tak pernah kurang

Video Lagu Terus Terang


’Terus Terang’ boleh dimuat-turun di iTunes dan boleh stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotily dan Yonder Music.

Baca disini mengenai Kembalinya Bintang Dangdut Malaysia
Reading Time:

19 March 2017

Jadual Peperiksaan UPSR, PT3 & SPM 2017
March 19, 20170 Comments


Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan jadual waktu peperiksaan awam bagi tahun 2017. Calon peperiksaan awam boleh melihat jadual dibawah ini.


UPSR








PT3







SPM



jadual spm 2017 1
jadual spm 2017 2
jadual spm 2017 3
jadual spm 2017 4
jadual spm 2017 5
jadual spm 2017 6
jadual spm 2017 7




Reading Time:

17 March 2017

UYUL ROSLI 1ST GIVEAWAY
March 17, 2017 11 Comments

JOM KLIK BANNER DI ATAS

Cara Menyertai: 

1: Follow blog UYUL ROSLI  Add to circle Google + UYUL ROSLI  Like Fanpage FB UYUL ROSLI OFFICIAL  Follow IG UYUL ROSLI Subcribe Youtube UYUL ROSLI
2: Buat entry bertajuk " Uyul Rosli 1st Giveaway"
3: Copy banner di atas dan backlink ke entry 
4: Tinggal URL di entri Uyul
5: Giveaway akan bermula jam 1:00pm, 17 Mac 2017 (Jummat) dan tamat pada 11:59pm, 24 Mac 2017 (Jumaat)

Senarai hadiah untuk yang bertuah
3 x 100pcs Name card (T&C)
2 x RM10 Topup
2 x RM5 Topup

YANG BERTUAH AKAN DIPILIH SECARA RANDOM.
Reading Time:
Anugerah Meletop Era 2017 Kembali Lagi !
March 17, 2017 3 Comments

Anugerah MeleTOP ERA merupakan rancangan anugerah khusus untuk industri hiburan yang dianjurkan oleh rancangan MeleTOP & ERA FM. Anugerah MeleTOP ERA merupakan anugerah yang dipilih oleh para peminat untuk mengiktiraf selebriti terkemuka dan bakat dalam industri hiburan tempatan. Anugerah MeleTOP ERA ini akan bersiaran pada 23 April 2017 jam 9 malam di Stadium Melawati, Shah Alam. Sebanyak 17 Kategori Anugerah dipertandingkan dan akan diputuskan oleh para peminat melalui undian:


    Muzik
  1. Lagu MeleTOP ERA
  2. Penyanyi MeleTOP
  3. Grup/Duo MeleTOP
    Radio
  1. Penyampai Radio MeleTOP
  2. Program Radio MeleTOP
    Filem
  1. Filem MeleTOP
  2. Bintang Filem MeleTOP
    TV/Online
  1. Drama MeleTOP
  2. Program MeleTOP
  3. Pelakon TV MeleTOP
  4. Hos MeleTOP
  5. Bintang Online MeleTOP
    Selebriti
  1. Artis Baharu MeleTOP
  2. Artis Lawak MeleTOP
  3. Couple MeleTOP
  4. Fesyen MeleTOP
  5. Si Cilik MeleTOP
Anda boleh membuat undian di laman web rasmi http://www.astrogempak.com.my/anugerah-meletop-era . Satu undian, satu kategori, satu hari. Anda perlu log masuk akaun Facebook anda untuk mengundi calon yang anda pilih. Undian bermula 21 Feb hingga 19 Mac 2017. Jangan terlepas... Undi Sekarang...

Berikut adalah cara mengundi:



Reading Time:

09 March 2017

Single Pertama Zulin Aziz Terbiar
March 09, 20171 Comments

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Zulin Aziz telah muncul dengan single sulung berjudul Terbiar. Lagu ciptaan dan lirik oleh Aiyad Sakti yang berentak bossa balada itu telah dilancarkan pada 8 Mac 2017 lepas. Untuk menjadi seorang anak seni yang serba boleh beliau ingin terus mencabar dirinya dengan menjadi seorang komedian dimana beliau telah menyertai program Liga Lawak Superstar TV3 dan dinobatkan sebagai Naib Juara. Beliau juga menyertai program Juara Parodi 2015 terbitan Astro, di mana  program ini  menggabungkan  penyanyi dan pelawak popular tanah air untuk berentap di pentas dengan konsep gabungan nyanyian dan komedi. Bakat beliau bukan hanya disitu. Kini…beliau memperluaskan bakat sedia ada di dalam  bidang nyanyian pula.  Seperti ramai yang sudah sedia maklum beliau memiliki suara yang merdu apabila beliau telah memuat naik video nyanyiannya di laman sosial Instagram dengan mendapat sambutan diluar dugaan.



Khas buat peminat Zulin Aziz, lagu ‘Terbiar’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd  ini boleh dimuat turun di semua digital platform iTunes, Apple Music, Spotidy, JOOX, Yonder dan KKBox.


Reading Time:

01 March 2017

15 Fakta Menarik Tentang Senyuman
March 01, 2017 6 Comments
 

Senyuman ibarat lukisan rahsia hati, ianya tidak menyakitkan hati tetapi menjadi penawar hati yang sakit. Senyuman banyak memberi makna kepada setiap orang yang ada disisi kita.memberikan senyuman itu bukannya susah, kita hanya mengukir satu senyuman mungkin akan memberikan satu atau lebih keceriaan kepada orang yang sedang dalam kesusahan ataupun dalam kesedihan. Hal ini menunjukkan bahawa senyuman itu satu penawar yang sangat mujarab dan berguna. Saya ingin berkongsi 15 fakta menarik mengenai senyuman.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Reading Time: