Fenomena Baru Bakal Muncul Di Gema Gegar Vaganza

Buat pertama kalinya, Astro Oasis akan membawakan sebuah program nyanyian berkonsep "Islamik" iaitu "Gema Gegar Vaganza" yang akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada setiap hari Sabtu bermula 8 April 2017, jam 9.00 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD. Program ini merupakan salah satu inisiatif Astro Oasis untuk mengangkat dunia nyanyian yang bertemakan Islam ke tahap yang lebih tinggi.



Seramai 10 barisan peserta (solo dan berkumpulan) bakal menggegarkan malam minggu anda dengan persembahan mingguan yang hebat. Barisan peserta ini bukan calang-calang orang yaa... Mereka semua pernah mendapatkan nama dalam industri muzik tanah air dan mempunyai peminat yang tersendiri. Antaranya, Saujana, Hafiz Hamidun, Ana Raffali, UNIC, Wani, Izam EYE, Mirwana, Azmi Caliph Busker, Bienda dan Hijjaz. 



Pengacara untuk Gema Gegar Vaganza ini ialah Fikri Lawak Solo, Achey Bocey dan Siti Nordiana. Program ini diadili oleh dua juri tetap iaitu Farihin Fatah dan Oki Setiana Dewi. Tagline untuk program ini ialah "Dakwah Kini Lebih Hip". Siapa peserta pilihan anda? Jangan Lupa saksikan.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. wahhh macam best je. kena record nie hikhik

    BalasPadam
  2. Hai, terima kasih atas penyertaan anda untuk Uyul Rosli 1st Giveaway. Tahniah kepada yang telah berjaya, dan kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa. Jika di masa akan datang ada rezeki lebih, Uyul akan adakan lagi Giveaway/Segmen. InshaaAllah.

    ****************************************
    Sila semak senarai pemenang. >>>>>
    Senarai Pemenang | Blonolog Blogger Picisan
    ****************************************

    Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan... singgah sini :)

    BalasPadam
  4. Tak tengok pun... Tak de Astro...

    BalasPadam
  5. macam best. hahahha astro dah takde. nampak gaya tengok online jela mampu

    BalasPadam
  6. Wahhh, ada UNIC dan Hijjaz la <3

    BalasPadam
  7. Memang semua legends-lagends....

    BalasPadam

  8. You can get the best of mobile download from waptrick.com if you have been downloading mobile apps, music and movies.
    http://www.kikguru.com/waptrick-videos-games-mp3-www-waptrick-com/

    BalasPadam