In Hiburan

Single Pertama Zulin Aziz Terbiar


Pelakon, pelawak dan penyampai radio Zulin Aziz telah muncul dengan single sulung berjudul Terbiar. Lagu ciptaan dan lirik oleh Aiyad Sakti yang berentak bossa balada itu telah dilancarkan pada 8 Mac 2017 lepas. Untuk menjadi seorang anak seni yang serba boleh beliau ingin terus mencabar dirinya dengan menjadi seorang komedian dimana beliau telah menyertai program Liga Lawak Superstar TV3 dan dinobatkan sebagai Naib Juara. Beliau juga menyertai program Juara Parodi 2015 terbitan Astro, di mana  program ini  menggabungkan  penyanyi dan pelawak popular tanah air untuk berentap di pentas dengan konsep gabungan nyanyian dan komedi. Bakat beliau bukan hanya disitu. Kini…beliau memperluaskan bakat sedia ada di dalam  bidang nyanyian pula.  Seperti ramai yang sudah sedia maklum beliau memiliki suara yang merdu apabila beliau telah memuat naik video nyanyiannya di laman sosial Instagram dengan mendapat sambutan diluar dugaan.


video

Khas buat peminat Zulin Aziz, lagu ‘Terbiar’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd  ini boleh dimuat turun di semua digital platform iTunes, Apple Music, Spotidy, JOOX, Yonder dan KKBox.


Related Articles

1 comments: