In Perkongsian

10 Benda Baru Pada Windows 10


Microsoft pada bulan Ogos tahun lalu telah memperkenalkan kemaskini Windows 10 Anniversary Update, iaitu kemaskini utama selepas setahun Windows 10 dilancarkan. Ia telah menawarkan pelbagai pembaharuan besar seperti kehadiran Windows Ink untuk penggunaan stylus selain hadir dengan sokongan extensions pada Microsoft Edge. Belum setahun, Microsoft kini memberikan kemaskini Creators Update yang fokus kepada penghasilan kreatif melalui Windows 10. Ia telah hadir dengan perubahan seperti kehadiran aplikasi penghasilan 3D, pengoptimasian untuk penggunaan Mixed Reality, dan kehadiran Game Mode untuk meningkatkan prestasi ketika memainkan game di komputer anda. Berikut adalah 10 perkara baru pada windows 10.

1. Penghasilan 3D


Penghasilan 3D, termasuk pengoptimasian beberapa aplikasi untuk memaparkan grafik 3D. Kemaskini Creators Update telah membawa satu aplikasi baru iaitu Paint 3D yang membolehkan pengguna menghasilkan grafik 3D dengan mudah, tanpa perlu mempelajari aplikasi yang bersifat professional.





2. Mixed Reality


Iaitu gabungan Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) dalam menawarkan interaksi yang lebih imersif kepada pengguna. Beberapa aplikasi di dalam Windows 10 telah diberikan pengoptimasian Mixed Reality, seperti Edge yang kini menyokong WebVR, termasuk sokongan hardware untuk teknologi ini secara natif.


3. Game Mode


Windows 10 Creators Update turut menekankan pengalaman game yang lebih sempurna melalui perkenalan Game Mode. Apabila diaktfikan, Windows 10 akan memberi ruang kepada game untuk mendapatkan prestasi yang lebih tinggi, berbanding aplikasi yang sedang berjalan di background. Namun buat masa ini, fungsi ini dilihat lebih dioptimasikan untuk game Windows Store dan bakal menyokong beberapa game desktop secara berperingkat.





4. Update Microsoft Edge


Pembaharuan pada Edge yang kini menawarkan pengalaman yang lebih pantas dan stabil melalui penukaran architecture yang diperbaharui. Ia juga membawa perubahan pada bahagian tab, yang kini hadir dengan paparan visual seumpama Internet Explorer pada Windows 8, dalam memudahkan anda mengurus tab yang sedang dibuka.





5. Update Cortana


Cortana kini telah dibuka kepada para pembangun untuk mengintegrasikan aplikasi mereka bersama fungsi pembantu maya ini. Ia membolehkan pengguna memberi arahan kepada Cortana untuk mengaktifkan sesuatu fungsi daripada aplikasi pihak ketiga, seperti memberi arahan untuk memainkan sesuatu filem daripada aplikasi Netflix.





6. Kawalan pada Windows Update


Ia membolehkan pengguna untuk pause sesuatu kemaskini selama 35 hari bagi pengguna Windows 10 Pro, Windows 10 Enterprise, dan Windows 10 Student. Untuk pengguna Windows 10 Home, Windows 10 Creators Update membolehkan anda untuk memilih waktu yang sesuai untuk memasang sesuatu kemaskini selepas proses muat-turun kemaskini di background selesai.





7. Custom


Fungsi Theme Management yang kini diletakkan pada ruangan Settings > Personalization > Themes, berbanding perletakkan fungsi ini pada Control Panel. Ia juga membolehkan pengguna menggunakan custom color untuk menukar warna title bar setelah dihadkan untuk warna yang disediakan sahaja pada sebelum ini.





8. Night Light


Menawarkan fungsi Night Light dalam membantu untuk mengurangkan cahaya biru pada skrin. Ia membuatkan anda lebih bersedia untuk tidur sebaik sahaja fungsi ini diaktifkan. Untuk mengaktifkannya, anda boleh pergi ke Settings > System > Display > Night Light Settings. Ia juga membolehkan anda mengubah kawalan warna dan tetapan masa untuk fungsi ini diaktifkan.





9. Dynamic Lock



Windows 10 kini membolehkan komputer dikunci secara automatik apabila pengguna tidak berhampiran dengan komputer . Perkara ini dijayakan melalui telefon atau fitness band yang telah “di-pair” melalui Bluetooth, jadi apabila anda berada di luar kawasan lingkungan Bluetooth selepas 30 saat, Windows akan mengunci komputer anda dengan serta merta. Fungsi ini boleh diaktifkan melalui Settings > Accounts > Sign-in Options.

10. Touchpad
Menawarkan fungsi virtual touchpad . Ia memudahkan mengakses cursor pada touchpad walaupun peranti tidak hadir atau dipasangkan dengan sebarang aksesori yang mempunyai sokongan touchpad fizikal. Dengan fungsi ini juga, anda boleh menjadikan tablet yang dihubungkan kepada external monitor sebagai touchpad untuk mengawal kursor pada paparan monitor tersebut. Fungsi ini boleh diaktifkan dengan membuat right-click (atau hold) pada taskbar > dan klik pada “Show touchpad button”.

Related Articles

2 comments:

  1. Hehehe kena belajar la manfaatkan windows 10 ni. satu pun tak tau.hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, belajar kak best guna windows 10 ni .. lagi mudah

      Delete