Bienda Bakal Keluar Single Jaga Hati




Setelah beberapa tahun tidak merakamkan single mahupun album, Puteri Pop Etnik ini begitu teruja untuk tampil dengan single terbaru sekaligus menjadikan single tersebut sebagai "comeback" dirinya dalam dunia industri hiburan tanah air. 


Nor Razlinda Razli, 32 atau lebih dikenali sebagai Bienda akan muncul dengan single yang bertajuk Jaga Hati hasil ciptaan penyanyi hiphop terkenal tanah air iaitu DJ Fuzz tidak lama nanti. Menurut Bienda, single ini akan memaparkan sisi lain beliau daripada segi vokal. Rentak lagu masih mengekalkan genre yang menjadi "identiti" dirinya iaitu World Music (Irama Arab & Padang Pasir). 


Bienda juga baru-baru ini telah mengikuti program realiti nyanyian yang dianjurkan oleh Astro Oasis iaitu Gema Gegar Vaganza. Bagi beliau, kemunculan di pentas GGV itu adalah satu platform baru beliau agar lebih dikenali ramai. Pada konsert GGV pertama berlangsung, beliau membawakan lagu beliau sendiri iaitu Penantian, manakala untuk konsert yang kedua beliau membawakan lagu Sejati yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Namun, gegaran beliau terhenti di minggu kedua.

Bintang Gema Gegar Vaganza 2017 itu juga berharap agar single terbaru beliau Jaga Hati mampu menambat hati setiap pendengar yang mendengarkan lagu ini tidak kira lapisan usia kerana lagu tersebut sesuai dengan trend masa kini.

Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan karier beliau boleh ke instagram beliau :


Untuk menjadi salah seorang dari fans club beliau anda boleh ke insta fans club beliau :


Catat Ulasan

0 Ulasan