Selamat Jalan Julia Perez



Selepas menjalani pembedahan pada Khamis yang lalu, pelakon, penyanyi dangdut dan pengacara terkenal dari Indonesia iaitu Yuli Rahmawati atau Julia Perez atau lebih dikenali Jupe telah meninggal dunia ketika berusia 36 tahun pada Sabtu 10 Jun 2017 pada 11.12 WIB (hari ini). Beliau melawan penyakit yang dihidapinya iaitu kanser serviks tahap keempat selama 3 tahun.

Antara program yang diacarakan oleh beliau ialah Konsert Dangdut Indonesia dan Dahsyat. Beliau semakin popular apabila lagu Aku Rapopo meningkat naik. Beliau seorang yang tidak ingin menunjukkan penyakitnya terhadap orang lain.

Pemergian Jupe mulai diketahui selepas adiknya, Anggitha Perez mengumumkan perkara tersubut di akaun Instagram miliknya kira kira pukul 1 tengah hari tadi.



Julia Perez memulakan carrier beliau sebagai artis melalui menjadi salah seorang model seterusnya pelakon dan sebagai penyanyi. Beliau telah menghasilkan empat buah album iaitu Kamasutra, Aku Rapopo, Dangdut Galau dan The Best Of Julia Perez. Beliau disahkan menghidap kanser serviks pada tahun 2014 dan telah menjalani kimoterapi di Singapura dan Indonesia.
Secara jujurnya, saya amat meminati beliau dan sentiasa mendengarkan lagu - lagu beliau. Beliau seorang yang "Multi Talented". Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau dan memohon agar amal ibadahnya akan diterima oleh Allah S.W.T.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. penyakit kanser memang membahayakan.. agak trauma dengan penyakit ni.. huhuhu

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/07/giveaway-nurul-friends.html

    BalasPadam