August 2017 - Faiq Najmi

26 August 2017

24 Orang Bekas Pelajar Akademi Fantasia Kembali Berentap Di AF Megastar 2017
August 26, 20171 Comments

Akademi Fantasia kini kembali dengan format baharu yang menapilkan 24 orang peserta terbaik daripada alumni rancangan tersebut. Daripada jumlah bekas pelajar Akademi Fantasia selama 13 musim, seramai 96 orang bekas pelajar yang menghadiri sesi ujibakat untuk Akademi Fantasia Megastar, tetapi hanya 24 orang yang terbaik dipilih. 8 Orang Juara Akademi Fantasia musim lalu tersenarai dalam top 24 tahun ini.

Program ini diacarakan oleh pengacara no 1 Malaysia iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, manakala persembahan setiap peserta akan diadili oleh 2 juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Syafinaz. Program ini akan bersiaran setiap hari Ahad jam 9.00 Malam bermula pada 3 September 2017. Persembahan peserta bukan hanya diadili oleh juri malahan 60% dari juri dan 40% dari undian peminat.

Berikut adalah 24 orang peserta Akademi Fantasia Megastar 2017:


1. ZAHID AF 2
2. FAIZAL RAMLY AF 4
3. MILA JIRIN AF 5
4. SHAHIR AF 8
5. FAIZUL SANY AF 2013
6. FIRMAN AF 2014
7. SUFI RASHID AF 2015
8. AMIR JAHARI AF 9
9. ROSMA AF 1
10. BOB AF 2
11. ADAM AF 2
12. ANDING AF 2
13. MARSHA MILAN AF 3
14. AMYLEA AF 3
15. IDAYU AF 3
16. NUBHAN AF 6
17. ARIL PILUS AF 7
18. ADIRA AF 8
19. AMIR AF 2016
20. AZHAR AF 2013
21. INDAH RUHAILA AF 2013
22. EWAL AF 2014
23. SYAMEL AF 2015
24. ARA AF 2016

Program realiti tv ini akan bersiaran secara langsung di Royal Theatre,Shah Alam selama lapan minggu. Jangan Lupa saksikan. Jom kongsikan persembahan siapa yang anda ingin nanti-nantikan. Tulis di ruang komen dibawah.

Reading Time:

11 August 2017

Panduan Sebelum Menghadapi Peperiksaan
August 11, 20170 Comments

Bagi anda yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini, saya ingin kongsikan sedikit Panduan Sebelum Menghadapi Peperiksaan. Mudah-mudahan dengan panduan ini anda akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Amin. 

Sehari sebelum peperiksaan

1. Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.


2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.

3. Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.


4. Mohon ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.

5. Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.

Semasa hari peperiksaan

1. Bangun awal dan lakukan solat hajat.


2. Jangan lupa untuk bersarapan.


3. Pastikan anda membawa :
a) Peralatan untuk menjawab / menulis 
b) Kad pengenalan / lesen memandu
c)  Slip peperiksaan


4. Salam dan cium tangam ibu bapa. Mohon mereka mendoakan kejayaan anda.

5. Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

Di dewan/kelas peperiksaan

1. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda. 

2. Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

3. Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan. 

4. Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.  


5. Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab. Sekiranya anda terlupa, jangan panik. Tarik nafas dan berselawatlah. Insya'Allah boleh ingat semula.




Selepas peperiksaan

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan, elakkan untuk berbincang tentang soalan atau jawapan dengan rakan-rakan. Ini bagi mengelakkan anda rasa kurang yakin untuk menjawab kertas peperiksaan seterusnya.

Reading Time:

@way2themes