Single Terbaru Linda EVA Bulan Rindu


Selepas 12 tahun berehat daripada bidang seni, Linda kini kembali menyanyi, malah beliau telah mengeluarkan single terbaru. Selain bertindak sebagai seorang pengurus kerjaya seni anak lelakinya iaitu Haziq yang merupakan Vokalis kumpulan Putera Band yang popular dengan lagu Tersiksa ketika ini.

Linda dahulunya pernah menjadi salah seorang ahli kumpulan dangdut pertama di Malaysia iaitu Kumpulan EVA yang popular dengan lagu Bulan Cinta & 1001 Cinta. Buat pertama kalinya Linda mengeluarkan Single pertamanya setelah beliau bergerak secara solo sebagai seorang penyanyi iaitu Bulan Rindu. Linda masih mengekalkan genre yang sama untuk single terbarunya iaitu genre Dangdut. Bulan Rindu adalah salah satu hasil ciptaan seorang komposer iaitu Rosli Selasih dan liriknya juga daripada Rosli Selasih.

Berikut adalah Music Video untuk Bulan Rindu :



Linda EVA juga adalah salah seorang ahli Persatuan Bintang Dangdut Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 2016 yang di ketuai oleh Ifa Raziah. 

Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan terbaru Linda anda boleh terus ke akaun rasmi Instagram beliau iaitu :


Catat Ulasan

0 Ulasan