December 2017 - Faiq Najmi

26 December 2017

SEGMENT: INCREASE YOUR FOLLOWERS

21 December 2017

Mas Idayu Menang Moment Terheboh Di D'Academy Asia 3
December 21, 2017 2 Comments

Pada tanggal 20 Dec 2017 pihak Indosiar telah mengadakan satu acara penganugerahan untuk semua pengisi acara D'Academy Asia 3 yang diberi nama Kosert Favourite Social Media D'Academy Asia 3" tadi malam. Penonton dikehendaki mengundi pengisi acara yang diminati di social media Twitter, Facebook dan Instagram. Sebanyak 8 kategori yang bertanding. Antara kategori yang bertanding ialah:

1. Finalis Pria Terfavotit Pilihan Social Media (Fildan DA4)
2. Finalis Wanita Terfavorit Pilihan Social Media (Putri DA4)
3. Penampilan Finalis Terfavorit Pilihan Social Media (Ya Magnoon - Reza DA2)
4. Host Terfavorit Pilihan Social Media (Irfan Hakim)
5. Moment Terheboh Pilihan Social Media (Mas Idayu Menegur Keras Baby Shima) 
6. Komentator Terfavorit Pilihan Social Media (Soimah)
7. Juri Terfavorit Pilihan Social Media (Mayuni Omar Singapura)
8. Selebriti Tersosmed Pilihan Social Media (Rizki & Ridho)

Mas Idayu telah menjadi "Tular" disebabkan menegur keras Baby Shima di Konsert Wild Card yang lalu. Ketika memberi komen, Mas Idayu dengan nada tinggi bertanya apakah yang Baby Shima buat kerana persembahan dia dilihat paling teruk berbanding perserta dari negara lain. Netizen tidak bersetuju dengan kritikan dan komen Mas Idayu yang dianggap melampau dan memalukan negara nya sendiri. 

"Apa Shima buat malam ini? (Mummy) dengar, masuk 'pitching' jahanam semua"

Tetapi, malam tadi Mas Idayu telah diberi penghargaan oleh Indosiar di Konsert Favorit Social Media untuk kategori "Moment Terheboh". Ini disebabkan semua penonton mengundi beliau sebagai pemenang untuk kategori tersebut.


Beliau tidak menyangka bahawa perkara yang berlaku itu telah menjadikan beliau sebagai salah seorang penerima penghargaan pada malam itu. Kata beliau mengenai beliau memarahi salah seorang peserta Malaysia terlalu keras iaitu Baby Shima itu adalah tidak dibuat-buat atau di setting oleh pihak Indosiar untuk menambah rating. Ini ada secara ikhlas dari hati beliau yang memarahi Baby Shima.
Reading Time:

15 December 2017

One Forteen Tersingkir Di Konsert Result Show Top 6 D'Academy Asia 3
December 15, 20170 Comments

Setiap tahun pihak Indosiar menggelar satu program nyanyian peringkat asia dimana sebanyak 6 buah negara menghantar seramai 6 orang perwakilannya untuk mendapatkan gelaran "Juara Asia". Program ini diberi nama iaitu "D'Academy Asia". Mereka akan membawakan genre Irama Melayu dan Dangdut. Antara 6 buah negara yang terlibat ialah Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand dan Timor Leste.

Program ini telah berlangsung sejak tahun 2015 yang lalu dan perwakilan Indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Danang DA1, Naib Juara iaitu Lesti DA1 dan tempat Ketiga perwakilan Malaysia iaitu Shiha Zikir. Manakala pada tahun 2016 sekali lagi perwakilan indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Rani DA3, Naib Juara Irsya DA3 dan tempat Ketiga Weni DA3.


Perjuangan One Forteen untuk memasuki ke Top 4 pada 17 Disember 2017 tidak kesampaian disebabkan beliau harus tersingkir di Konsert Result Top 6 D'Academy Asia 3 yang berlangsung pada Rabu 14/12/2017. One Forteen gagal menampilkan secara maksimal ketika membawakan lagu Gala Gala untuk lagu pertama. Manakala lagu kedua beliau membawakan lagu Benang Biru dan mendapat dua "Standing Ovation" dari komentator Singapura iaitu Rosalina Musa dan komentator Indonesia iaitu Iyeth Bustami. Markah yang diperolehi beliau pada Konsert Show pada 13/12/2017 ialah sebanyak 542 dan berada diurutan ketiga. Pada malam result show, beliau mendapat markah sebanyak 547 dengan markah keseluruhan sebanyak 1089. Manakala peserta dari Indonesia mendapat markah tertinggi iaitu Fildan dengan markahnya sebanyak 1118 manakala Putri sebanyak 1107. Ini bermakna One Forteen haru tersingkir di babak ini.

AZIZUL HAQIM PESERTA MALAYSIA YANG TINGGAL


Hanya tinggal seorang sahaja peserta Malaysia yang berjuang di D'Academy Asia 3 untuk merebut gelaran Juara Asia iaitu Azizul Haqim. Azizul adalah salah seorang peserta yang ditakuti oleh semua peserta kerana setiap persembahan beliau sentiasa mendapat "Standing Ovation" dari kesemua komentator dan mendapat markah tertinggi mengalahkan Indonesia. Azizul bukan sahaja hebat dalam irama Melayu, malah beliau juga hebat dalam irama Dangdut. Semoga pada tahun ini Azizul Haqim dapat pergi ke Grand Final D'Academy Asia 3.

Bagi penonton dari Malaysia yang ingin menonton secara langsung di rumah anda, anda boleh memuat turun aplikasi "Vidio" di Google Play Store dan App Store untuk menonton saluran Indosiar. Program ini akan berlangsung setiap hari bermula jam 19.00 WIB, manakala waktu Malaysia pada 8.00 Malam. Mari sama - sama kita menonton dan menyokong peserta dari Malaysia.
Reading Time:

08 December 2017

Bienda Jaga Hati
December 08, 20171 Comments


Nor Razlinda binti Razli atau lebih dikenali sebagai Bienda ialah seorang penyanyipelakonpengacarapenyampai radio dan duta yang terkenal di Malaysia. Beliau ialah anak kedua daripada tiga adik-beradik dan ibunya merupakan penyanyi dangdut yang terkenal pada era 1990-an, iaitu Sheeda, serta ayahnya pula merupakan salah seorang ahli Kumpulan Desire iaitu Razli Hussein.


Setelah beberapa tahun tidak merakamkan single mahupun album, Puteri Pop Etnik ini begitu teruja untuk tampil dengan single terbaru sekaligus menjadikan single ini sebagai "comeback" dirinya dalam dunia industri hiburan tanah air. Nor Razlinda Razli, 32 atau lebih dikenali sebagai Bienda telah muncul dengan single yang bertajuk Jaga Hati hasil ciptaan penyanyi hiphop terkenal tanah air iaitu DJ Fuzz dan lirik oleh Alabbas . Menurut Bienda, single ini akan memaparkan sisi lain beliau daripada segi vokal. Rentak lagu masih mengekalkan genre yang menjadi "identiti" dirinya iaitu World Music (Irama Arab & Padang Pasir). Single ini telah release pada 8 Dec 2017.

Lirik Lagu Jaga Hati 

Perasaan tak menipu
Aku tahu
Rasanya aku tahu
Kasih yang ku berikan 
Tetap kepadamu
Hanya kamu, kamu satu

Walaupun jauh berlabuh
Belajarlah tuk setia
Walaupun jauh mengayuh
Jangan pernah kau mendua

Walaupun jauh berlabuh
Belajarlah tuk setia
Walaupun jauh mengayuh
Jangan pernah kau mendua

Jaga jaga jaga hati
Jaga jaga jaga kasih
Jangan jangan jangan nanti
Ku pergi engkau menyepi

Jaga jaga jaga hati
Jaga jaga jaga kasih
Jangan jangan jangan nanti
Kau tinggalkan ku sendiri

Mampukah aku percaya
Dirimu yang sebenarnya
Kau yang bersamaku
Kau yang bersamaku

Kasih yang kau berikan
Ku hargainya
Hanya kamu hanya Kamu

Walaupun jauh berlabuh
Belajarlah tuk setia
Walaupun jauh mengayuh
Jangan pernah kau mendua

Walaupun jauh berlabuh
Belajarlah tuk setia
Walaupun jauh mengayuh
Jangan pernah kau mendua

Jaga jaga jaga hati
Jaga jaga jaga kasih
Jangan jangan jangan nanti
Ku pergi engkau menyepi

Jaga jaga jaga hati
Jaga jaga jaga kasih
Jangan jangan jangan nanti
Kau tinggalkan ku sendiri

Persoalan dalam diam memburu
Cinta dan kasihku tetap begitu
Kau tunjuk makna setia
Berikan ku sinar cinta

Jaga jaga jaga hati
Jaga jaga jaga kasih
Jangan jangan jangan nanti
Ku pergi engkau menyepi

Jaga jaga jaga hati
Jaga jaga jaga kasih
Jangan jangan jangan nanti
Oh sayangku

Jaga jaga jaga hati
Jaga jaga jaga kasih
Jangan jangan jangan nanti
Ku pergi engkau menyepi

Jaga jaga jaga hati
Jaga jaga jaga kasih
Jangan jangan jangan nanti
Kau tinggalkan ku sendiri

Video Lirik Jaga Hati


Jaga Hati kini boleh didengar di semua platform muzik streaming seperti Spotify, Joox, Deezer, Yonder dan iTunes. Jangan lupa request lagu ini di radio kegemaran anda semua.

Bagi anda yang ingin mengetahui perkembangan Bienda, anda boleh mengikuti beliau di Instagram beliau:



Reading Time:

07 December 2017

SPM Sudah Habis!!!
December 07, 2017 2 Comments
Alhamdulillah saya telah menyelesaikan sesi persekolahan bagi tahun 2017 setelah 5 tahun sebagai pelajar sekolah menengah. Dalam masa 5 tahun, 2 sekolah menuntut ilmu. Awal persekolahan saya di tingkatan 1 bermula di SAM Tengku Ampuan Jemaah, Sungai Besar sehingga Tingkatan 3. Memasuki Tingkatan 4 saya telah berpindah ke SMK Sungai Besar sehingga ke tingkatan 5.

Entri kali ini saya akan meletakkan gambar-gambar pada hari terakhir saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Selepas tamatnya kertas 2 Perdagangan pada 4.30 p.m 23 Nov 2017 bersamaan hari Khamis yang telah lama saya nantikan. Selepas sahaja peperiksaan tamat, saya berasa lega kerana telah melewati peperiksaan yang menentukan hala tuju saya untuk masa depan.

Ini gambar ketika tamat kertas 1 Perdagangan

Saya akan merindui semua rakan yang telah saya kenali di SMK Sungai Besar sejak tahun 2016. Saya akan merindui gelagat mereka di dalam kelas atau di luar kelas. Semoga selepas ini dapat berjumpa kembali di saat mengambil keputusan SPM pada tahun hadapan.

Semua Pelajar Kelas 5 Reka Cipta

Pada tahun ini saya diberi tanggungjawab untuk mempin kelas 5 Reka Cipta. Saya ucapkan terima kasih kepada penolong ketua kelas iaitu Farah Bt Rosli yang telah membantu saya dalam menjalankan semua tanggungjawab dan ketika saya cuti accident.

Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas 5 Reka Cipta

Thank you everyone who entered in my life. Tipulah kalau tiada yang annoying dan menyakitkan hati, tapi when time goes on, all of it becomes a memory that surely, I'll missed it. Thank you sebab sabar dengan karenah aku yang korang sendiri tahu. All i want to create memories and cherish up the moments even though sometimes annoying. Terima Kasih juga kepada semua guru yang telah mendidik dan tak jemu melayan karenah saya di sekolah.

May Allah bless us, and strengthen our bond every single day. Good luck to start a new phase about a real life. I Love you all. I will miss you all.
Reading Time: