Mas Idayu Menang Moment Terheboh Di D'Academy Asia 3


Pada tanggal 20 Dec 2017 pihak Indosiar telah mengadakan satu acara penganugerahan untuk semua pengisi acara D'Academy Asia 3 yang diberi nama Kosert Favourite Social Media D'Academy Asia 3" tadi malam. Penonton dikehendaki mengundi pengisi acara yang diminati di social media Twitter, Facebook dan Instagram. Sebanyak 8 kategori yang bertanding. Antara kategori yang bertanding ialah:

1. Finalis Pria Terfavotit Pilihan Social Media (Fildan DA4)
2. Finalis Wanita Terfavorit Pilihan Social Media (Putri DA4)
3. Penampilan Finalis Terfavorit Pilihan Social Media (Ya Magnoon - Reza DA2)
4. Host Terfavorit Pilihan Social Media (Irfan Hakim)
5. Moment Terheboh Pilihan Social Media (Mas Idayu Menegur Keras Baby Shima) 
6. Komentator Terfavorit Pilihan Social Media (Soimah)
7. Juri Terfavorit Pilihan Social Media (Mayuni Omar Singapura)
8. Selebriti Tersosmed Pilihan Social Media (Rizki & Ridho)

Mas Idayu telah menjadi "Tular" disebabkan menegur keras Baby Shima di Konsert Wild Card yang lalu. Ketika memberi komen, Mas Idayu dengan nada tinggi bertanya apakah yang Baby Shima buat kerana persembahan dia dilihat paling teruk berbanding perserta dari negara lain. Netizen tidak bersetuju dengan kritikan dan komen Mas Idayu yang dianggap melampau dan memalukan negara nya sendiri. 

"Apa Shima buat malam ini? (Mummy) dengar, masuk 'pitching' jahanam semua"

Tetapi, malam tadi Mas Idayu telah diberi penghargaan oleh Indosiar di Konsert Favorit Social Media untuk kategori "Moment Terheboh". Ini disebabkan semua penonton mengundi beliau sebagai pemenang untuk kategori tersebut.


Beliau tidak menyangka bahawa perkara yang berlaku itu telah menjadikan beliau sebagai salah seorang penerima penghargaan pada malam itu. Kata beliau mengenai beliau memarahi salah seorang peserta Malaysia terlalu keras iaitu Baby Shima itu adalah tidak dibuat-buat atau di setting oleh pihak Indosiar untuk menambah rating. Ini ada secara ikhlas dari hati beliau yang memarahi Baby Shima.

Catat Ulasan

2 Ulasan