One Forteen Tersingkir Di Konsert Result Show Top 6 D'Academy Asia 3


Setiap tahun pihak Indosiar menggelar satu program nyanyian peringkat asia dimana sebanyak 6 buah negara menghantar seramai 6 orang perwakilannya untuk mendapatkan gelaran "Juara Asia". Program ini diberi nama iaitu "D'Academy Asia". Mereka akan membawakan genre Irama Melayu dan Dangdut. Antara 6 buah negara yang terlibat ialah Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand dan Timor Leste.

Program ini telah berlangsung sejak tahun 2015 yang lalu dan perwakilan Indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Danang DA1, Naib Juara iaitu Lesti DA1 dan tempat Ketiga perwakilan Malaysia iaitu Shiha Zikir. Manakala pada tahun 2016 sekali lagi perwakilan indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Rani DA3, Naib Juara Irsya DA3 dan tempat Ketiga Weni DA3.


Perjuangan One Forteen untuk memasuki ke Top 4 pada 17 Disember 2017 tidak kesampaian disebabkan beliau harus tersingkir di Konsert Result Top 6 D'Academy Asia 3 yang berlangsung pada Rabu 14/12/2017. One Forteen gagal menampilkan secara maksimal ketika membawakan lagu Gala Gala untuk lagu pertama. Manakala lagu kedua beliau membawakan lagu Benang Biru dan mendapat dua "Standing Ovation" dari komentator Singapura iaitu Rosalina Musa dan komentator Indonesia iaitu Iyeth Bustami. Markah yang diperolehi beliau pada Konsert Show pada 13/12/2017 ialah sebanyak 542 dan berada diurutan ketiga. Pada malam result show, beliau mendapat markah sebanyak 547 dengan markah keseluruhan sebanyak 1089. Manakala peserta dari Indonesia mendapat markah tertinggi iaitu Fildan dengan markahnya sebanyak 1118 manakala Putri sebanyak 1107. Ini bermakna One Forteen haru tersingkir di babak ini.

AZIZUL HAQIM PESERTA MALAYSIA YANG TINGGAL


Hanya tinggal seorang sahaja peserta Malaysia yang berjuang di D'Academy Asia 3 untuk merebut gelaran Juara Asia iaitu Azizul Haqim. Azizul adalah salah seorang peserta yang ditakuti oleh semua peserta kerana setiap persembahan beliau sentiasa mendapat "Standing Ovation" dari kesemua komentator dan mendapat markah tertinggi mengalahkan Indonesia. Azizul bukan sahaja hebat dalam irama Melayu, malah beliau juga hebat dalam irama Dangdut. Semoga pada tahun ini Azizul Haqim dapat pergi ke Grand Final D'Academy Asia 3.

Bagi penonton dari Malaysia yang ingin menonton secara langsung di rumah anda, anda boleh memuat turun aplikasi "Vidio" di Google Play Store dan App Store untuk menonton saluran Indosiar. Program ini akan berlangsung setiap hari bermula jam 19.00 WIB, manakala waktu Malaysia pada 8.00 Malam. Mari sama - sama kita menonton dan menyokong peserta dari Malaysia.

Catat Ulasan

0 Ulasan