Baby Shima Terkenal Di Indonesia - Faiq Najmi

07 January 2018

Baby Shima Terkenal Di Indonesia



Nor Ashima Ramli atau lebih dikenal sebagai Baby Shima adalah seorang penyanyi bergenre pop dance di Malaysia. Beliau berasal dari Johor baharu. Baby Shima terkenal dengan jolokan "Ratu Smule" kerana sering bernyanyi di Smule. 

Baby Shima Menyertai D'Academy Asia 3




Baru-baru ini Baby Shima mencuba untuk keluar dari genre yang beliau sering bawakan dengan  menyertai satu salah satu program nyanyian bertingkat asia di Indonesia iaitu D'Academy Asia 3 yang digelar oleh Indosiar untuk menjadi salah seorang peserta perwakilan Malaysia. Baby Shima menjadikan program ini sebagai salah satu platform untuk meletakkan nama beliau di Indonesia sebagai seorang penyanyi dangdut. Perjuangan Baby Shima untuk mendapat gelaran Juara hanya sampai di Top 15 sahaja.  


Single Terbaru Baby Shima




Baby Shima mempunyai 4 single yang bergenre pop dance dan terkenal di Malaysia antaranya Tak Sabar dan Nombor Dua iaitu keluaran KRU Music. Pada tahun 2017 Baby Shima ingin mencuba satu perkara baru iaitu dengan menyanyikan genre berlainan dari asal iaitu Dangdut. Kini beliau menjadi salah seorang artis dibawah label NAGASWARA Music iaitu salah satu label dari Indonesia. Baby Shima memilih genre Dangdut sebagai salah satu single terbarunya. Single terbarunya telah diciptakan oleh salah seorang komposer terkenal dari Indonesia iaitu Yogi yang bertajuk Makan Hati. Proses rakaman sepenuhnya dilakukan di Indonesia. Baby telah mereleasekan single terbarunya di Indonesia dan Malaysia. Beliau berharap agar lagu ini dapat diterima oleh semua lapisan bangsa.

Lirik Lagu Makan Hati




tiap kali kita bertemu
kamu sembunyikan hpmu
kau marah marah melarang aku
tuk melihat isi hpmu


sudah lama aku curiga
ada cinta selain aku
ternyata benar yang ku takutkan
kau selingkuh di belakangku


ku tak mau makan hati
kau bohongi berkali-kali
ku selalu diam tapi ku tahu
yang kau sembunyikan dariku


ini cinta atau dusta
bila banyak bersandiwara
aku tak mau terus begini
lebih baik aku yang pergi



tiap kali kita bertemu
kamu sembunyikan hpmu
kau marah marah melarang aku
tuk melihat isi hpmu


sudah lama aku curiga
ada cinta selain aku
ternyata benar yang ku takutkan
kau selingkuh di belakangku

ku tak mau makan hati
kau bohongi berkali-kali
ku selalu diam tapi ku tahu
yang kau sembunyikan dariku


ku tak mau makan hati
kau bohongi berkali-kali
ku selalu diam tapi ku tahu
yang kau sembunyikan dariku


ini cinta atau dusta
bila banyak bersandiwara
aku tak mau terus begini
lebih baik aku yang pergi


Baby Shima Tercalon Sebagai Penyanyi Dangdut Pendatang Baharu



Single Makan Hati beliau diterima ramai sehingga membuat beliau tersenarai dalam satu Anugerah di Indonesia iaitu Anugerah Dangdut Indonesia 2017 yang lalu menerusi kategori Penyanyi Dangdut Pendatang Baru Terpopuler. Beliau amat terkejut atas pencalonan tersebut. Beliau tidak kecil hati apabila beliau tidak memenangi anugerah tersebut kerana beliau mengakui bahawa saingan beliau amat berat dan saingan beliau sangat popular malah beliau merasa bangga telah diberikan peluang sebagai salah seorang calon menerusi kategori itu. Anugerah tersebut telah diberikan kepada Tasya Rosmala. 

4 comments:

@way2themes