February 2018 - Faiq Najmi

28 February 2018

Ceria Megastar Bakal Menceriakan Setiap Jumaat Anda
February 28, 2018 13 Comments

Buat pertama kalinya, pihak Astro mengembalikan seramai 18 orang peserta yang lahir dari program-program pencarian bakat terbitan Astro dan rakan penyiaran yang lain seperti Ceria Popstar, Ceria i-Star, Ceria All Star dan Bintang Kecil akan disatukan diatas satu pentas yang besar dalam sebuah program terbaru terbitan Astro iaitu "Ceria Megastar". Program ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula pada 2 Mac 2018 jam 9 Malam di Astro Cera (611), Astro Prima (105), Astro Maya HD (135) dan di Astro Go. 

JURI TETAP
Setiap persembahan peserta akan dinilai oleh dua orang Juri Tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi dan Johan. Seorang selebriti akan diundang setiap minggu sebagai juri jemputan.


PENGACARA
Pelawak, pengacara dan pelakon tersohor, Nabil Ahmad diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai Pengacara.



PESERTA-PESERTA CERIA MEGASTAR

Seramai 18 orang peserta akan berentap di atas satu pentas besar untuk bergelar Juara. Antaranya ialah:

ALYSSA (IG: @alyssa_dezek_official)
Memperkenalkan Alyssa yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria All Stars berumur 10 tahun.



ANIQ (IG: @aniq._official)
Memperkenalkan Aniq yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar berumur 12 tahun.



CHUBB-E
Memperkenalkan Chubb-E JoMeGo yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar 2 berumur 19 tahun.



DAYANG (IG: @izyanzawanie)
Memperkenalkan Dayang yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar 3 berumur 18 tahun.



IQMAL (IG: @fikry_official)
Memperkenalkan Iqmal yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria All Stars berumur 18 tahun.



HAZRIQ (IG: @hazriq_ceriaallstars)
Memperkenalkan Hazriq yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria All Stars berumur 11 tahun.



HAZURY (IG: @hazuryamin)
Memperkenalkan Hazury yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria i-Star 2017 berumur 13 tahun.



IQBAL (IG: @iqbalbaqiiqnada)
Memperkenalkan Iqbal yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar 2 berumur 18 tahun.



JUN (IG: @cps4_junaidah)
Memperkenalkan Jun yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar 4 berumur 16 tahun.



KASHIKA (IG: @kashikaselvam)
Memperkenalkan Kashika yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar 2 berumur 10 tahun.



FIKRY
Memperkenalkan Fikry yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar 3 berumur 14 tahun.



MASYA (IG: @masyitah_masya)
Memperkenalkan Masya yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar 2 berumur 18 tahun.



REZZA (IG: @muhdshahrezza)
Memperkenalkan Rezza yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar 4 berumur 16 tahun.



SYEIKH BASEER
Memperkenalkan Syeikh Baseer yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar 2 berumur 16 tahun.



SYIFA
Memperkenalkan Syifa yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria i-Star berumur 9 tahun. Ini adalah satu-satunya peserta dari Indonesia.



VANESSA
Memperkenalkan Alyssa yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar 3 berumur 18 tahun.



WARISSA (IG: @wafiy_aan & @esstee_puteri)
Memperkenalkan Wafiy & Erissa yang dilahirkan dari rancangan realiti Ceria Popstar 1&2 berumur 15 tahun.



NANA (IG: @nanaquemar)
Memperkenalkan Nana yang dilahirkan dari rancangan realiti Bintang Kecil 2017 berumur 12 tahun.



FORMAT PROGRAM

18 orang peserta Ceria Megastar akan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada enam peserta setiap kumpulan dimana setiap kumpulan akan bertanding pada setiap episod selama tiga episod berturut-turut. Hanya 8 orang peserta yang terbaik akan dipilah berdasarkan purata markah paling tinggi yang diberikan oleh juri untuk layak ke peringkat seterusnya. Keputusan tersebut akan diumumkan pada episod keempat. Daripada segi pemarkahan pula, peserta akan dinilai sepenuhnya oleh barisan juri daripada episod 1 sehingga episod 9 (separuh akhir). Manakala episod akhir pula, 50% oleh barisan juri, 30% menerusi undian atas talian dan 20% menerusi sistem undian SMS penonton. Episod pertama sehingga episod sembilan (separuh akhir) merupakan episod rakaman. Manakala episod akhir akan bersiaran secara langsung.

Siapakah peserta yang anda nanti-nantikan persembahan beliau? Jom kongsikan di ruangan komen.
Reading Time:

09 February 2018

Sejarah Lagu Lingsir Wengi
February 09, 2018 19 Comments
Bagi peminat filem-filem Indonesia bertemakan "Horror", siapa yang tidak mengetahui mengenai lagu "Lingsir Wengi"? Lagu ini pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu yang dinyanyikan oleh pelakon Indonesia iaitu Julie Estelle yang berperan sebagai Samantha didalam filem "Kuntilanak". Setelah menjadi fenomena, timbul satu pendapat yang mengatakan bahawa lagu tersebut berbau mistik dan negatif. Banyak yang mempercayai bahawa lagu tersebut boleh memanggil makhluk halus.

Sejarah Lagu Lingsir Wengi

Lingsir Wengi telah diciptakan oleh Raden Said atau di Indonesia lebih dikenali sebagai Sunan Kalijaga. Sunan Kalijaga ini adalah seorang wali yang menyebarkan agama Islam dengan cara budaya jawa, seperti wayang kulit, gamelan dan lain-lain. Lingsir Wengi bermaksud Penolak Makhluk Halus. Namun, ramai yang menyalah ertikan maksud lagu ini menjadi Pemanggil Makhluk Halus. Lagu ini diciptakan untuk menolak dari gangguan makhluk halus.

Lagu ini asalnya bertemakan "Percintaan". Lagu ini digunakan Sunan Kalijaga selepas solat malam yang berfungsi untuk menolak bala atau mencegah dari terkena gangguan makhluk halus. Selain itu, makna tersirat dalam lagu ini ialah menyatakan doa kepada Tuhan. Pada zaman dahulu, lagu Lingsir Wengi ini sering dinyanyikan oleh ibu-ibu untuk menidurkan anaknya.

Lirik Lagu Lingsir Wengi

Lirik Asli Lingsir Wengi :


Lingsir Wengi
Lingsir Wengi
(Menjelang tengah malam)
Sepi durung biso nendro
(Sepi tidak bisa tidur)
Kagodho mring wewayang
(Tergoda bayanganmu)
Kang ngeridhu ati
(Dalam Hatiku)
Kawitane
(Permulaannya)
Mung sembrono njur kulino
(Hanya bercanda kemudian terjadi)
Ra ngiro yen bakal nuwuhke tresno
(Tidak mengira akan jadi cinta)
Nanging duh tibane aku dewe kang nemahi
(Kalau sudah saatnya terjadi pada diriku)
Nandang bronto
(Jatuh cinta)
Kadung Loro Sambat Sambat sopo
(Aku harus mengeluh pada siapa)
 Rini wengi
(Siang dan Malam)
Sing tak puji ojo lali 
(Yang saya cinta jangan lupakanku)
Janjine mugo biso tak ugemi
(Janjinya kuharap tak diingkari)

Sedangkan Lingsir Wengi yang dinyanyikan dalam filem Kuntilanak seperti ini


Lingsir wengi sliramu tumeking sirno
(Menjelang malam bayanganmu mula sirna)
Ojo Tangi nggonmu guling
(Jangan terbangun dari tidurmu)
Awas jo ngetoro
(Awas jangan memperlihatkan diri)
Aku lagi bang wingo wingo
(Aku sedang gelisah)
Jin setan kang tak utusi
(Jin setan kuperintahkan)
Dadyo sebarang
(Jadilah apa jua)
Wojo lelayu sebet
(Namun jangan membawa maut)


Perkara ini perlu dijelaskan bahawa pandangan mereka itu adalah salah. Lagu ini diciptakan bukan untuk memanggil makhluk halus. Apabila diperhatikan dengan teliti lagu ini mengingatkan kita supaya mendekatkan diri kepada Tuhan agar tidak diganggu oleh makhluk halus. Jadi, anggaplah lagu ini sebagai lagu yang mendekatkan kita kepada Tuhan kita bukan pemanggil makhluk halus.

Sumber : Berbagai Reviews
Reading Time:

05 February 2018

Pembelian No.Pin UPU Boleh Di Buat Sekarang
February 05, 2018 6 Comments

Permohonan melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Institut Latihan Kemhiran Awam, dan Kolej Komuniti untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) boleh dibuat sekarang.  

Pemohon yang ingin membuat permohonan disarankan terlebih dahulu untuk menyenaraikan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi berdasarkan lulusan pengajian pemohon sebelum ini.

Sebagai makluman, untuk mengemukakan permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU Online, setiap pemohon Wajib membeli no. pin unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jualan no. pin unik ID UPU dengan harga RM 15.60

PANDUAN MEMBELI NO.PIN UNIK ID UPU DI BSN

1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Anda boleh pergi dimana-mana cawangan BSN dengan membawa Kad Pengenalan dan Duit Bayaran sebanyak RM 15.60

2. ATM ( Automated Teller Machine)


  • Masukkan Kad dan No.Pin anda
  • Pilih Urusan 'Beli Pin'
  • Klik Jenis Permohonan - 'IPTA'
  • Pilih Jenis Program IPTA - 'SPM' atau 'STPM'
  • Masukkan No Kad Pengenalan
  • Semak Maklumat
  • Klik 'SETUJU' untuk meneruskan urusan atau klik 'BATAL' untuk membatalkan urusan
  • Cetak resit tersebut


KATEGORI PERMOHONAN

KATEGORI SPM / SETARAF 

- SPM
Sila Klik ➤ Maklumat Kategori Permohonan Lepasan SPM/Setaraf

KATEGORI STPM / SETARAF

- STPM
Sila Klik ➤ Maklumat Kategori Permohonan Lepasan STPM/Setaraf

CARA MEMBUAT PERMOHONAN UPU

1. Pergi ke Portal Rasmi UPU : https://online.mohe.gov.my/upu/UPUOnline/


2. Klik "Daftar Akaun Baru" dan isikan maklumat yang diminta. Setelah diisikan klik "Daftar".




3. Sila Isikan No Kad Pengenalan Anda dan kata laluan anda.



4. Sila klik "Seterunya" untuk meneruskan permohanan.



5. Isikan semua maklumat yang diminta. Pilih jenis permohonan anda dan klik "Seterusnya".
*Jenis Permohonan: Universiti Awam/ Politeknik
                                  Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA
*Bagi lepasan SPM tahun sebelum pilih kategori B



6. Isikan Maklumat diri anda yang diminta dengan Betul. Klik "Seterunya" untuk melanjutkan permohonan.



7. Isikan Maklumat Keluarga anda dengan Betul. Klik "Seterusnya" untuk meneruskan.



8. Pilih jenis sekolah anda. Klik "Seterusnya" untuk menerukan.



9. Pilih program pengajian untuk Universiti Awam mengikut keutamaan anda. Klik "Seterusnya" untuk meneruskan.
*Calon WAJIB mengisi lima program pengajian. Calon juga digalakkan mengisi semua.




10. Pilih program pengajian untuk Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA mengikut keutamaan anda. Klik "Seterusnya" untuk meneruskan.
*Bahagian Ini, anda boleh isi dan boleh juga tidak isi.
*Permohonan ini akan diproses sekiranya permohonan ke Universiti Awam tidak berjaya.



11. Tandakan Maklumat yang ditanyakan dengan Betul. Klik "Seterusnya" untuk meneruskan.



12. Pastikan anda menyemak semua maklumat yang telah diisikan adalah Betul. Klik "Seterusnya" untuk mengesahkan dan menghantar permohonan.




Reading Time:

03 February 2018

Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi 2018
February 03, 2018 18 Comments

Hai semua. Jom join segmen ini. Ini adalah segmen kedua yang Faiq adakan untuk blog ini dan segmen ini juga segmen pertama bagi tahun 2018. Faiq buat segmen ini bagi memudahkan Faiq untuk blogwalking ke blog anda semua. Faiq ingin mencari 10 buah blog yang bertuah untuk diletakkan dalam bloglist di blog Faiq Najmi. 

Syarat - Syarat Untuk Menyertai "Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi"

1. Follow Blog Faiq Najmi *wajib
2. Follow IG @heyfaiq Like Faiq Najmi *wajib
3. Subscribe Channel Faiq Najmi *wajib
4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi"
5. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini
6. Comment username Instagram & link entry penyertaan anda di bawah.

Tarikh  Tutup Penyertaan : 17 Feb 2018

Faiq berharap segmen kali ini mendapat sambutan dan ramai yang berminat untuk menyertai. 

SENARAI PESERTA

Reading Time:

02 February 2018

Segmen: Jari Jemari Menari Bloglist
February 02, 2018 6 Comments
Klik Banner Untuk Join

Faiq nak beri sedikit komen/pandangan mengenai blog JJM . Bagi Faiq dari segi template & design sangat okay simple but nice dengan menggunakan kombinasi warna Pink & Putih. Bagi widget untuk "Archive" pula sangat panjang, so Faiq cadangkan better buat scroll bar untuk "Archive Widget" lagi nampak tersusun. Seterusnya, font size untuk entry bagi Faiq kecil maybe boleh dibesarkan sedikit. Rasanya itu sahaja yang perlu diperbaiki, but yang lain sangat terbaik.

Reading Time:

01 February 2018

Shiha Zikir Berduet Bersama Raja Dangdut Indonesia
February 01, 2018 2 Comments

Pada tanggal 30 Januari 2018 yang lalu, pihak Indosiar telah mengadakan satu acara untuk meraikan hari ulang tahun Indosiar yang ke 23 tahun dan membuat satu konsert untuk Raja Dangdut Indonesia iaitu Konser Luar Biasa Vol 2 Bergadang Bersama Rhoma Irama. Rhoma Irama atau lebih mudah disapa sebagai Pak Haji ialah seorang yang dikenali sebagai Raja Dangdut oleh semua rakyat Indonesia mahupun Asia. Acara tersebut menampilkan ramai penyanyi-penyanyi dangdut seperti Ikke Nurjanah dan Erie Suzan, malah acara tersebut dimeriahkan lagi oleh para alumni-alumni D'Academy & D'Academy Asia. Antara alumninya ialah, Reza, Putri, Weni, Irwan, Subro, Danang dan alumni D'Academy Asia 1 dari Malaysia iaitu Shiha Zikir. 

Shiha Zikir Di Jemput Sebagai Artis Undangan



Shiha Zikir telah diundang oleh pihak Indosiar untuk menjadi salah seorang artis undangan untuk memeriahkan lagi Konser Luar Biasa Vol 2 Bergadang Bersama Rhoma Irama. Shiha telah membawakan pelbagai lagu untuk menghiburkan para penonton antaranya lagu Jera secara solo dan lagu Hatimu Hatiku secara berduet bersama salah seorang alumni D'Academy Asia 3 iaitu Reza DA2.

Shiha Berduet Bersama Raja Dangdut Indonesia Rhoma Irama


Sudah sekian lama berhasrat ingin berjumpa dengan Raja Dangdut Indonesia Pak Haji Rhoma Irama, akhirnya hasrat Shiha Zikir telah tertunai pada konsert tersebut. Shiha menjadikan moment ini sebagai salah satu moment paling indah dalam hidupnya. Shiha juga sempat berkongsi cerita pada Pak Haji Rhoma Irama dan berasa sebak apabila pertama kali berjumpa dengan beliau. Menurut Shiha Pak Haji Rhoma Irama ialah salah satu artis yang diminati oleh arwah abahnya, malah Shiha berkata "Kalaulah arwah masih ada, confirm dialah orang yang ada dengan Shiha waktu Konsert" caption Instagram Shiha Zikir. Bukan sahaja dapat berjumpa, malah Shiha juga dapat berduet bersama Pak Haji Rhoma Irama di atas satu pentas yang sama. Shiha berduet membawakan lagu "Do Mi Sol"


Reading Time: