Pembelian No.Pin UPU Boleh Di Buat Sekarang


Permohonan melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Institut Latihan Kemhiran Awam, dan Kolej Komuniti untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) boleh dibuat sekarang.  

Pemohon yang ingin membuat permohonan disarankan terlebih dahulu untuk menyenaraikan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi berdasarkan lulusan pengajian pemohon sebelum ini.

Sebagai makluman, untuk mengemukakan permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU Online, setiap pemohon Wajib membeli no. pin unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jualan no. pin unik ID UPU dengan harga RM 15.60

PANDUAN MEMBELI NO.PIN UNIK ID UPU DI BSN

1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Anda boleh pergi dimana-mana cawangan BSN dengan membawa Kad Pengenalan dan Duit Bayaran sebanyak RM 15.60

2. ATM ( Automated Teller Machine)


  • Masukkan Kad dan No.Pin anda
  • Pilih Urusan 'Beli Pin'
  • Klik Jenis Permohonan - 'IPTA'
  • Pilih Jenis Program IPTA - 'SPM' atau 'STPM'
  • Masukkan No Kad Pengenalan
  • Semak Maklumat
  • Klik 'SETUJU' untuk meneruskan urusan atau klik 'BATAL' untuk membatalkan urusan
  • Cetak resit tersebut


KATEGORI PERMOHONAN

KATEGORI SPM / SETARAF 

- SPM
Sila Klik ➤ Maklumat Kategori Permohonan Lepasan SPM/Setaraf

KATEGORI STPM / SETARAF

- STPM
Sila Klik ➤ Maklumat Kategori Permohonan Lepasan STPM/Setaraf

CARA MEMBUAT PERMOHONAN UPU

1. Pergi ke Portal Rasmi UPU : https://online.mohe.gov.my/upu/UPUOnline/


2. Klik "Daftar Akaun Baru" dan isikan maklumat yang diminta. Setelah diisikan klik "Daftar".




3. Sila Isikan No Kad Pengenalan Anda dan kata laluan anda.



4. Sila klik "Seterunya" untuk meneruskan permohanan.



5. Isikan semua maklumat yang diminta. Pilih jenis permohonan anda dan klik "Seterusnya".
*Jenis Permohonan: Universiti Awam/ Politeknik
                                  Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA
*Bagi lepasan SPM tahun sebelum pilih kategori B



6. Isikan Maklumat diri anda yang diminta dengan Betul. Klik "Seterunya" untuk melanjutkan permohonan.



7. Isikan Maklumat Keluarga anda dengan Betul. Klik "Seterusnya" untuk meneruskan.



8. Pilih jenis sekolah anda. Klik "Seterusnya" untuk menerukan.



9. Pilih program pengajian untuk Universiti Awam mengikut keutamaan anda. Klik "Seterusnya" untuk meneruskan.
*Calon WAJIB mengisi lima program pengajian. Calon juga digalakkan mengisi semua.




10. Pilih program pengajian untuk Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA mengikut keutamaan anda. Klik "Seterusnya" untuk meneruskan.
*Bahagian Ini, anda boleh isi dan boleh juga tidak isi.
*Permohonan ini akan diproses sekiranya permohonan ke Universiti Awam tidak berjaya.



11. Tandakan Maklumat yang ditanyakan dengan Betul. Klik "Seterusnya" untuk meneruskan.



12. Pastikan anda menyemak semua maklumat yang telah diisikan adalah Betul. Klik "Seterusnya" untuk mengesahkan dan menghantar permohonan.




Catat Ulasan

6 Ulasan