Mas Idayu Bergelek Di Anugerah Meletop Era 2018



Pada 8 April 2018 Astro telah mengadakan satu program iaitu Anugerah Meletop Era 2018. Sebanyak 17 kategori dipertandingkan dan pemenang dipilih melalui undian para peminat. Tahun ini bertemakan "Yang Lit Yang Legend".

Anugerah Meletop Era 2018 menampilkan pelbagai persembahan yang menarik daripada artis-artis baharu dan artis-artis lama. Antaranya ialah Altimet, Francissca Peter, Noh Hujan, KOOL, Erni Zakri, Syamel, UNIC, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, GERSANG, Dato Ramli Sarip, Virgoun, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ruffedge, Mas Idayu dan Upiak Isil.

Persembahan penutup dipersembahkan oleh Mas Idayu dengan membawakan lagu popularnya sebanyak 4 buah lagu antaranya Selangit, Robek Hatiku, Cintaku 100% dan Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan. Persembahan ini membuatkan satu Axiata Arena, Bukit Jalil berdiri sambil beryanyi bersama dan membuktikan bahawa irama dangdut masih diterima oleh semua penggemar muzik.


Ramai yang beranggapan bahawa kemunculan Mas Idayu di AME 2018 akan mengembalikan semula irama dangdut ke industri muzik tanah air yang sudah sekian lama menghilang.

Kami penggemar muzik berharap Irama Dangdut akan kembali terdengar dicorong-corong radio semula seperti tahun 90an dahulu. 



Pemenang kategori Artis Top Top Meletop Lelaki jatuh kepada Khai Bahar manakala Artis Top Top Meletop Wanita pula jatuh kepada Neelofa. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    BalasPadam
  2. Mas idayu memang best. Sgt suka performance nyer. Outstanding!

    BalasPadam