Uyaina Arshad Juara Puteri Muslimah Asia 2018


Malam tadi telah berlangsungnya malam kemuncak bagi Puteri Muslimah Asia 2018 yang dianjurkan oleh stesen televisyen swasta di Indonesia iaitu Indosiar. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dan mencari ikon muslimah seantero Asia. Antara negara yang menghantar wakilnya untuk berentap mendapatkan gelaran Puteri Muslimah Asia 2018 ialah Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Timor Leste dan Turki. Malaysia menghantar seramai 3 orang Puteri Muslimah antaranya, Nurain Zamri, Syifa Melvin dan Uyaina Arshad.


Dalam pertandingan itu, perwakilan dari Malaysia iaitu Uyaina Arshad telah meraih gelaran Juara Puteri Muslimah Asia 2018. Uyaina telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 30 000, tiara dan trofi. Detik - detik kemenangan ini telah disaksikan oleh Primadona Malaysia iaitu Erra Fazira yang bertindak sebagai juri dari Malaysia.

Menurut Uyaina, "Ini adalah penglibatan pertama dalam program ini dan telah memenanginya. Ia membuatkan kemenangan ini cukup manis dan bermakna dalam hidup saya.Diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018 pastinya saya cuba memikul tanggungjawab ini untuk mengangkat martabat wanita Islam agar menjadi pemangkin kepada masyarakat."


Pemenang bagi tempat kedua ialah perwakilan dari Indonesia iaitu Hanifah Razan manakala temapat ketiga iaitu Avida Lale perwakilan dari Turki.

You Might Also Like

4 comments