Album Raya Nada Gema Lebaran Legenda Kini Di Pasaran


Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, komposer terkenal Ajai tampil mengeluarkan album kompilasi lagu - lagu raya klasik yang diberi nafas baru menerusi album "Gema Lebaran Legenda".

Menerusi album tersebut, sebanyak 24 buah lagu raya klasik telah digubah mengikut arus lagu semasa tanpa mengubah muzik asal lagu tersebut. 



Segi pemilihan barisan penyanyi adalah mengikut julat suara penyanyi asal supaya dapat mengekalkan keaslian karya tersebut.

Antara barisan penyanyi yang terlibat dalam menghasilkan album kompilasi ini ialah Sanisah Huri, Salwa Abd Rahman, Salamiah Hassan, Ziana Zain, Ramlah Ram, Yusni Hamid, Salma Asis, Fazli Zainal, Hazama, Hael Husaini, Syamel & Haziq Rosebi.

Senarai Lagu Di Album Nada Gema Lebaran Legenda

Sanisah Huri - Aidilfitri
Salwa Abd Rahman - Balik Kampung
Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
Salamiah Hassan - Bila Takbir Bergema
Syamel - Cahaya Aidilfitri
Fazli Zainal - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Haziq Rosebi - Dendang Perantau
Hazama & Ziana Zain - Halaman Asmara
Salamiah Hassan - Doa Di Hari Mulia
Salamiah Hassan - Hari Yang Mulia
Haziq Rosebi - Musafir Di Aidilfitri
Sanisah Huri - Joget Aidilfitri
Ramlah Ram - Ku Mohon Restu Ayah Bonda
Syamel & Hazama - Lambaian Aidilfitri
Yusni Hamid - Manusia Miskin Kaya
Ziana Zain - Selamat Hari Raya
Yusni Hamid - Suasana Riang Di Hari Raya
Yusni Hamid - Selamat Hari Raya
Syamel & Ramlah Ram - Seloka Hari Raya
Salma Asis - Selamat Hari Raya
Ramlah Ram - Tibanya Syawal
Haziq Rosebi - Selamat Hari Raya
Fazli Zainal - Salam Aidilfitri
Hael Husaini & Ziana Zain - Suasana Di Hari Raya

Album ini diterbitkan oleh Eight Minarest Sdn. Bhd., manakala diedarkan oleh Universal Music Malaysia yang kini boleh didapati dengan harga RM25 setiap satu album. Album ini juga boleh didapati di semua platform digital bermula Isnin lalu.

Klik Link Di Bawah Untuk Mendengar Di Youtube :

https://www.youtube.com/playlist?list=PLSHX6qOO5dm5Nk3P7e_znv4JVl15ywovv

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. hai jom join http://shahirah-lee.blogspot.com/2018/06/sudden-comeback-with-segment.html

    BalasPadam
  2. wahhh bestnya, semua lagu hits dari kecik sampai sekarang

    BalasPadam
  3. wahh bestnya .. selalu tahu lagu je tak ingat tajuk

    BalasPadam