Ifa Raziah & Sheeda Bergaduh?


Semalam warga net dikejutkan dengan satu video berdurasi 43saat yang dimuat naik oleh penyanyi Dangdut yang popular dengan lagu "Angkat Kaki" iaitu Sheeda di akaun Instagram nya yang menyerang seorang lagi penyanyi dangdut dan pelakon terkenal iaitu Ifa Raziah di parking lot sebuah pusat membeli-belah.

Mereka berdua sebelum bertikam lidah, mereka telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Menurut kapsyen video tersebut, Sheeda mendakwa bahawa Ifa Raziah adalah "plastik" dan telah memburuk-burukkan nya di pihak lain namun tidak berani untuk bersemuka apabila diminta.

Mereka berdua sebelum ini berada dalam persatuan yang sama yang memperjuangkan nasib penyanyi - penyanyi dangdut dan irama dangdut dalam Persatuan Bintang Dangdut Malaysia. Setelah berlaku beberapa konflik antara mereka berdua, Sheeda membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari Persatuan tersebut.

klik: Kenali Bintang Dangdut Malaysia , Kembalinya Bintang Dangdut Malaysia

Adakah ini satu gimik? Kita doakan yang baik-baik untuk mereka berdua supaya dapat selesaikan masalah dengan baik.

Saya sebagai peminat mereka berdua dengan lagu-lagu mereka berharap agar mereka berdua dapat menyelesaikan masalah ini dengan cara yang baik kerana Industri ini kecil mereka akan bertemu juga satu hari kelak. 

Catat Ulasan

2 Ulasan