Tiada Straw Lagi Di Mc Donald's Mulai Esok - Faiq Najmi

31 July 2018

Tiada Straw Lagi Di Mc Donald's Mulai Esok

Bagi peminat makan makanan segera seperti Mc Donald's, pihak Mc Donald's tidak akan menyediakan penyedut minuman (straw) dan tidak akan jumpa lagi bekas penyimpanan straw mulai 1 Ogos 2018 ini. Ini kerana pelaksanaan Kempen "Say No To Straws" oleh Mc Donald Malaysia.


Apa yang dilakukan oleh pihak Mc Donald's Malaysia ini bukan lah sesuatu yang baru, malahan di luar negara terdapat banyak restoran - restoran yang turut berkempen untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik.

Plastik adalah satu bahan yang merosakkan bumi untuk jangka masa yang panjang. Ia merupakan bahan yang sukar untuk terurai. Jika hari ini anda buang plastik di halaman rumah anda, lagi 100 tahun ia mungkin masih ada di situ dalam keadaan yang baik. Kerana itu kempen ini dijalankan untuk mengurangkan penggunaan plastik.



Sebagai permulaan, cara mudah yang dilakukan adalah dengan tidak menyediakan dan menggunakan straw yang dibuat dari plastik.


Walaupun kenyataan rasmi oleh syarikat tersebut belum dikeluarkan untuk kempen ini, tetapi terdapat beberapa cawangan restoren ini telah menayangkan poster kempen tersebut. Kebanyakkannya di Pulau Pinang dan di sekitar Lembah Klang.



3 comments:

  1. jadi apa langkah untuk ganti straw ? by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe #204

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, terima kasih sudi singgah :)

      Delete
  2. Saya singgah mcD mst minta straw juga sbb susah nak minum, lagipun cup dia kertas.. takut tumpah. Done follow sini, harap sudi ke blog saya juga.

    ReplyDelete

@way2themes