6 Peserta Bakal Bertanding Di D'Academy Asia 4 Mewakili Malaysia


Setiap tahun pihak Indosiar akan menggelar satu program nyanyian peringkat asia dimana sebanyak 6 buah negara yang terlibat akan menghantar seramai 6 orang perwakilannya untuk mendapatkan gelaran "Juara Asia". Program ini diberi nama "D'Academy Asia". Mereka akan membawakan genre Irama Melayu dan Dangdut. Antara 6 buah negara yang terlibat ialah Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand dan Timor Leste.

Setiap negara menghantar seorang mentor sebagai komentator di D'Academy Asia 4. Antara komentator yang terlibat ialah Soimah (Indonesia) , Rita Sugiarto (Indonesia), Iis Dahlia (Indonesia), Elvy Sukaesih (Indonesia), Nassar (Indonesia), Mas Idayu (Malaysia), Rosalina Musa (Singapura), DJ Daffy (Brunei Darussalam), Kun Yee (Thailand) . Manakala untuk penjurian ialah Hendro Saky (Indonesia), Hetty Koes Endang (Indonesia), Zul 2by2 (Malaysia), Kerry (Thailand), Hans Anuar (Brunei Darussalam), Mayuni Omar (Singapura), Didinho (Timor Leste)

Program ini telah berlangsung sejak tahun 2015 yang lalu dan perwakilan Indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Danang DA1, Naib Juara iaitu Lesti DA1 dan tempat Ketiga perwakilan Malaysia iaitu Shiha Zikir. Manakala pada tahun 2016 sekali lagi perwakilan Indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Weni DA3, Naib Juara Rani DA3 dan tempat Ketiga Irsya DA3. Tahun 2017, sekali lagi perwakilan Indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Fildan DA4.



Pada tahun ini, seramai 6 orang peserta terdiri daripada 4 orang peserta wanita dan 2 orang peserta lelaki yang dipilih mengikut keunikan suara dan kualiti suara untuk bertanding di D'Academy Asia 4.

Senarai Peserta D'Academy Asia 4 (Malaysia)

1. Fauziah Gambus



2. Tyka





3. Wani Kayrie





4. Sarah Fazny





5. Zam Ryzam



6. Ariff Adli





Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan program ini pada hari pertama DAA4 ini berlangsung boleh ke laman instagram DAA4 untuk Malaysia.



Bagi penonton yang ingin menonton secara langsung dari rumah anda, anda boleh memuat turun aplikasi "Vidio" untuk menonton saluran Indosiar. Program ini akan berlangsung pada 22 Oktober ini pada jam 19.30 WIB, manakala waktu Malaysia pada 8.30 Malam. Mari sama - sama kita menonton dan menyokong peserta dari Malaysia.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    BalasPadam