Azie Kini Kembali Selepas 20 Tahun Menyepi

Hampir 20 tahun menyepikan diri dari Industri Muzik tanah air, penyanyi yang pernah popular dengan lagu "Pelamin Anganku Musnah" dan "Kau Tetap Dalam Anganku" kini kembali aktif menghiburkan para peminat dengan single terbaru.


Bercakap mengenai kehilangannya dari insudtri seni, Azie menjelaskan dia masih lagi aktif menyanyi terutamanya di Sarawak. Cuma beliau kurang membuat persembahan di Semenanjung Malaysia.

Perkembangan Terbaru Azie


Mengenai perkembangan terbarunya, Azie telah muncul dengan sebuah single terbaru hasil ciptaan Rosli Ahmad dan Eddy Sulaiman yang berjudul "Anganku Terhenti Di Sini". Menurut beliau, single ini juga akan dimuatkan dalam sebuah album kompilasi "6 Artis Suara 90-an" yang menggabungkan seramai 6 orang artis 90-an iaitu Azie, Mac Ruhayu,  Azura Aziz, Norlie Tamam, Adilla Idris dan Haslinda yang akan dilancarkan September ini.

Lirik Video : Anganku Terhenti Di Sini - Azie


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. and i dont actually know her

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia adalah penyanyi terkenal suatu ketika dahulu dengan lagu Pelamin Anganku Musnah :)

      Padam