Dan Ketika Itu Trending No 1 Di Malaysia


Penyanyi Zulin Aziz terharu single terbarunya "Dan Ketika Itu" mendapat tempat pertama di carta Trending dalam masa 3 hari setelah dimuatnaik di Youtube.

Menurut Zulin, dia sengaja merakamkan pengalaman pahit itu sebagai satu kenangan buatnya, sekali gus ingin memberi semangat kepada insan lain yang senasib dengannya supaya tidak tewas dengan kegagalan. Sebelum ini Zulin pernah menghasilkan single, Terbiar dan Keliru. 

Klik Untuk Lebih Lanjut : Single Pertama Zulin Aziz Terbiar

Menurutnya single terbarunya ini pada awalnya dicipta sebagai lagu tema majlis perkahwinanya yang sepatutnya berlagsung bulan lepas. Selepas impian Zulin tidak menjadi kenyataan, lirik lagu tersebut ditukar sedikit. 

Lirik Lagu Dan Ketika Itu - Zulin Aziz


Ketika itu aku mengadu
Ya Allah dengar rintihanku
Ketika itu aku merayu
Ya Allah kabulkan doaku
Aku pasrah dan aku berserah
Yang terbaik hanyalah darimu
Dalam Tahajudku aku mohon padamu
Temukan aku dengan jodohku
Dalam Tahajudku aku pinta padamu
Tunjukkan jalanku ke syurgamu
Ya Allah ya tuhan ku
Yang maha mendengar
Semua dengan izinmu
Pohon keredhaan
Ketika itu hilang arahku
Ya Allah lindungilah aku…
Dalam Tahajudku aku mohon padamu
Temukan aku dengan jodohku
Dalam Tahajudku aku pinta padamu
Tunjukkan jalanku ke syurgamu
Tunjukkan jalanku ke syurgamu
Music Video Dan Ketika Itu - Zulin Aziz

Zulin bersyukur single terbarunya itu mendapat komen positif dari para pendengar dan membuatkannya kembali bersemangat untuk meneruskan hidup seperti biasa.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Lagu ni dalam masa 2 hari je dh hit 1M views kan...

    BalasPadam
  2. Good lirik.. begitulah sepatutnya jika Kita Ada sebarang kesukaan maka mengadulah pada allah

    BalasPadam