Ratu Dangdut Malaysia Keluar Dengan Single Terbaru - Faiq Najmi

24 December 2018

Ratu Dangdut Malaysia Keluar Dengan Single Terbaru


Selepas program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza 5 melabuhkan tirainya, Amelina yang telah mendapat tempat keempat di pertandingan tersebut telah muncul dengan single terbaru iaitu "Janda Anak Enam" hasil karya oleh Kucing Manja yang diterbitkan oleh Mind Order Management dan diedarkan oleh Indigital Sdn. Bhd. 

Selepas kemunculan semula beliau pada tahun 2015, ramai peminat yang menantikan single terbaru dari Ratu Dangdut Malaysia itu. Menurut Amelina, single ini adalah salah satu single untuk mengubati rindu para peminat yang inginkan single terbaru darinya. Single ini masih mengekalkan genre Dangdut. Amelina juga mengharapkan agar single terbarunya ini mendapat sambutan dari ramai peminat dan pendengar diluar sana.

Lirik Lagu Amelina - Janda Anak Enam


Telah ku putuskan aku untuk sudah
Telah ku putuskan untuk perpisahan
Hati takkan dapat untuk dipaksakan
Jiwa takkan dapat untuk disatukan

Ingat ingat dulu kau menghina diriku
Ingat ingat dulu kau merendahkan
Mungkin kini kesabaran telah hilang
Mungkin kini saatnya ku berpisah denganmu

Janda aku janda aku janda  anak enam 
Walau aku janda tapi hati aku senang
Janda aku janda aku janda  anak enam
Walau aku janda tapi hati aku tenang 
Ku korbankan perhubungan yg kita bina
Hanya untuk penuhi keinginan duniamu

Telah ku putuskan aku untuk sudah
Telah ku putuskan untuk perpisahan
Hati takkan dapat untuk dipaksakan
Jiwa takkan dapat untuk disatukan

Ingat ingat dulu kau menghina diriku
Ingat ingat dulu kau merendahkan
Mungkin kini kesabaran telah hilang
Mungkin kini saatnya ku berpisah denganmu

Janda aku janda aku janda  anak enam 
Walau aku janda tapi hati aku senang
Janda aku janda aku janda  anak enam
Walau aku janda tapi hati aku tenang 
Ku korbankan perhubungan yg kita bina
Hanya untuk penuhi keinginan duniamu

Janda aku janda aku janda anak enam 2X

Ku korbankan perhubungan yang kita bina
Hanya untuk penuhi keinginan duniamu


Yeayyyy

Lirik Video Amelina - Janda Anak Enam



Untuk pengetahuan semua, single ini telah pun dilancarkan di semua platform muzik digital seperti Joox, Spotify, Deezer, Itunes dan sebagainya. Anda juga boleh jadikan lagu ini sebagai Caller Ring Tones telefon anda. Jangan lupa request lagu Janda Anak Enam ini di radio-radio kegemaran anda.

2 comments: