Siapa Malindo Airways?

Korang kenal tak dengan nama Malindo ni? Pernah dengar atau naik Malindo Airways? So kat sini aku nak cerita serba sedikit pasal Malindo. Malindo Air adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Petaling Jaya. Ia adalah kerjasama diantara National Aerospace & Defense Industries (NADI), Malaysia dengan Lion Air, Indonesia. Nama “Malindo” pula berasal daripada nama negara masing masing: Malaysia dan Indonesia. Kalau korang naik Malindo Air ianya lebih kepada konsep Batik. Termasuklah pakaian yang dipakai oleh stewardess.


Stewardess Malindo ni sangat sporting dan peramah. Kalau korang nak ajak selfie diorang okay je Cuma janganlah ajak selfie time diorang busy kerja nanti tak pasal-pasal kena tangkap sebab menganggu diorang, dah spoil nak pergi bercuti. Respect tau guys!!! Malindo Air menyediakan perkhidmatan luggage percuma sebanyak 30kg tau. Kaunter check in akan buka seawal 3 jam sebelum penerbangan jadi sebaiknya korang datang awal untuk daftar masuk. Tak ada lah kelam kabut dan terkejar-kejar, lagipun lebih baik korang rancang setiap perjalanan supaya lebih teratur dan tidak terlepas kapalterbang dah menyesal tak sudah. Pekerja kaunter akan daftar masuk untuk korang dan akan memaklumkan pintu penerbangan mana tapi mesti diingatkan korang kena juga lihat flight notice board yang disediakan di KLIA untuk melihat pintu penerbangan yang sebenar.


Sementara menunggu korang boleh lihat pemandangan kawasan penerbangan diruang menunggu, boleh tengok pekerja Malindo Air tengah penyelenggaraan untuk penerbangan. Teringin nak belajar tentang kapalterbang tau, sesuatu yang mencabar yelah kena check dengan betul kerana ianya membawa nyawa orang kan. Ruang tempat duduknya pun luas tau, selesa lah walaupun ianya sediakan untuk 3 penumpang satu baris (sebelah). Keluasan setiap tempat duduk adalah 32” bagi kelas ekonomi dan 42″ untuk kelas perniagaan. Keluasan yang agak selesa dan korang nak bergerak pun mudah.


Menarik di Malindo Air juga adalah In-Flight Entertainment yang disediakan bagi setiap penumpang. Antara yang disediakan ialah tayangan movie, muzik, permainan dan sebagainya. Juga korang boleh charger telefon tau tapi pastikan korang off atau mode flight ye. Ikut arahan tau untuk keselamatan bersama. Untuk movie dan muzik yang disediakan mempunyai kategori tau contoh movie ada movie dari filem Inggeris, Tamil, Hindustan dan sebagainya.


Yeah siap ada makanan tau disediakan, boleh lah korang makan sambil tonton movie. Fuh memang sangat selesa dan rasa mewah lah hihi.. Mula diorang akan berikan biskut dan air mineral sebagai alas perut, kemudian baru diorang berikan meal utama. Sajian utama pula korang boleh pilih, selalunya ada 2 pilihan menu. Panas-panas lagi makan yang diorang berikan. Air juga ada beberapa pilihan samada korang nak air yang tidak bergas atau yang bergas. Ada juga beberapa kemudahan lain yang disediakan oleh Malindo Air seperti wifi dalam kapalterbang based kepada model kapal terbang yang korang naik, perubatan, dan bantuan lain seperti wheelchair.

Dengan competition antara 3 airlines di Malaysia ni setiap Airline company ada pro dan cons dia. Korang boleh buat perbandingan sendiri based kepada servis, harga, promotion yang diberikan. So far bagi aku, semuanya best dan ada pro yang tersendiri. So choose wisely guys but Malindo always no 1 dalam hati aku. Sebagai warganegara Malaysia kita kena support our own product. Cewaah.

Malindo Air sesuatu pengalaman yang baru memberikan satu kepuasan hati dengan penerbangan yang selesa. So kalau korang berminat korang boleh book tiket Malindo Air di Traveloka sebab kat sana korang boleh dapat harga yang best dengan promotion yang ada. Selain tu korang boleh tengok destinasi yang menarik yang korang boleh gunakan servis Malindo ni. Kebanyakkannya tempat yang korang boleh pergi tu, Malindo boleh bawa korang. Dengan harga yang lebih murah dari airline besar yang lain korang boleh dapat servis yang sama. So why not fly dengan Malindo kan? So guys pack your bags, its time to travel with Malindo.

Catat Ulasan

0 Ulasan