Zam Ryzam Banggakan Malaysia Di Indonesia


Zam Ryzam atau nama sebenarnya Naidatul Zamrizam 23, telah melakar semula sejarah untuk Malaysia yang bertanding di D'Academy Asia dengan menjadi pemenang tempat ketiga setelah berjuang melawan seramai 36 peserta dari 6 buah negara. D'Academy Asia musim pertama Shiha Zikir telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga. Manakala musim kedua dan ketiga tiada peserta Malaysia yang mara ke Final. D'Academy Asia 4 tahun ini Zam Ryzam telah membanggakan nama Malaysia yang menjadi peserta terakhir dari Malaysia yang berjaya melangkah ke pusingan Final. 


Berkas:Logo D Academy Asia.png

D'Academy Asia telah berlangsung selama 4 tahun berturut - turut yang membawakan konsep Dangdut dan Irama Melayu sebagai syarat pertandingan. Setiap tahun seramai 6 orang peserta akan dihantar untuk mewakili negaranya. Tahun ini Malaysia menghantar Wani Kayrie, Fauziah Gambus, Sarah Fazny, Adli Shazwi, Tyka Zatyka dan Zam Ryzam. 



Tyka Zatyka juga telah membanggakan nama Malaysia dengan menjadi pemenang tempat keempat D'Academy Asia 4 setelah Fitri Hiswady dari Malaysia mendapat tempat keempat juga pada musim pertama.

Konsert Kemuncak D'Academy Asia 4, para peserta diberi dua tugasan iaitu persembahan pertama akan berduet dengan Dato Sri Rossa dan persembahan kedua pula akan bernyanyi secara solo.



Persembahan pertama Zam Ryzam telah berduet dengan Dato' Sri Rossa dengan membawakan lagu Terlanjur Cinta yang dipopularkan oleh Rossa dan Pasha Ungu. Persembahan mereka telah mendapat 7 standing ovation dari para komentator dan 6 standing ovation dari para juri.



Manakala persembahan kedua, Zam Ryzam telah membawakan lagu Perjuangan Dan Doa yang dipopularkan oleh Rhoma Irama. Seperti persembahan pertama, Zam telah mendapatkan 7 Standing ovation dari komentator dan 6 standing ovation dari juri.

Zam Ryzam telah membawa pulang wang tunai sebanyak 50 Juta Rupiah (RM 14288.55) beserta Trofi dan Jam Tangan hadiah dari Mas Idayu sebagai tanda penghargaan untuk pemenang tempat ketiga. Selfi (Indonesia) menjadi Juara 1 manakala Rara (Indonesia) menjadi Juara 2 D'Academy Asia 4.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Selamat Zam Ryzam, semoga anda bisa menyatukan bangsa, Malaysia dan Indonesia.

    BalasPadam
  2. Good job.Semoga success terus

    BalasPadam