Deja Moss Kembali Dengan Menepis Rawan


Selepas 12 tahun menyepikan diri, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara iaitu Deja Moss kini kembali dengan lagu terbarunya Menepis Rawan. Lagu tersebut dihasilkan oleh penyanyi Asfan Shah dan liriknya pula ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya yang berentak Ballad yang diedarkan oleh Rusa Music.

Menurutnya, dia sanggup mengeluarkan duit simpanan untuk menghasilkan lagu Menepis Rawan ini kerana dia ingin bermula dari Industri Muzik dahulu. Selain itu, menurutnya juga lirik lagu ini mengisahkan kehidupannya yang dulu. 

Lirik Lagu Menepis Rawan - Deja Moss


dimana letaknya cinta

antara mimpi dan nyata
sakit pedih senyum tawa
aku pendam semuanya

kau yang bermain gelombang
hanyut aku tak terenang
lelah aku kelemasan
hilang punca menepis rawan

ruang kasihku rupanya singgahan
engkau tega mendustakan hati
yang setia tak percaya
mungkir akhirnya

dalam sengsara ku gapai cahaya
untuk rawat hati lara
dakapan di dunia hingga ke syurga
hanya tuhan yang tahu

dimana letaknya cinta
antara mimpi dan nyata
dalam tangis pasrah redha
aku temu jawapannya

ruang kasihku rupanya singgahan
engkau tega mendustakan hati
yang setia tak percaya
mungkir akhirnya

dalam sengsara ku gapai cahaya
untuk rawat hati lara
dakapan didunia hingga kesyurga
hanya tuhan yang tahu

rebah dan resah meniti takdirnya
aku tempuh ketentuan
gelora lukisan wajah
hanya tuhan yang tahu

tuk sekian kalinya
tuhan aku berserah

Lirik Video Menepis Rawan - Deja Moss


Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan terbaru dari Deja Moss boleh ke akaun Instagram beliau:

Klik Untuk ke @dmoss73


Lagu ini sudah berada di youtube dan disemua platform muzik digital seperti Joox, Spotify, KKBox, iTunes dan lain-lain.

Catat Ulasan

2 Ulasan