Young And Gentleman Single Terbaru Haiza


Setelah 3 tahun menyepi tanpa mengeluarkan single solo terbaru, Rohaizah Binti Nordin atau lebih dikenali sebagai Haiza kini muncul dengan single terbaru hasil ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan yang berjudul "Young And Gentleman" dibawah terbitan My Own Entertainment Management dan keluaran Indigital Music SDN BHD.

 Haiza bersama Aizat Amdan (kiri) dan Mel Ramlan (kanan)

Lagu baru ini memberi peluang kepada Haiza untuk bekerjasama dengan Aizat Amdan iaitu seorang penyanyi dan komposer muda yang tidak pernah menciptakan lagu berentak Pop Dangdut. Menurut Haiza, lagu ini amat mencabar vokalnya kerana muzik dangdut yang lebih moden dan berbeza dari lagu-lagunya sebelum ini. 

Pertama kali bekerjasama dengan Aizat Amdan, Haiza berasa sangat teruja apabila Aizat juga berkongsi idea untuk Muzik Video lagu ini. Lagu ini adalah hasil ciptaan pertama Aizat yang berentak Pop Dangdut. Haiza telah melantik team untuk menjayakan pembikinan muzik video. Hasil kerja keras dan penat lelah oleh #TeamYoungAndGentleman, alhamdulillah muzik video telah berjaya dihasilkan. Haiza juga terlipat sepenuhnya dalam pembikinan muzik video tersebut. Dalam muzik video ini telah menampilkan pelawak senior iaitu Ropie dan Pengacara dan Instafamous muda Fazziq Muqris sebagai pelakon.


Lirik Lagu Young And Gentleman - Haiza

Pertama kali ku,
Bersua dengan mu,
Kau jenis lelaki yang lekas cemburu,

Bukan ku tak mahu,
Bercinta dengan mu,
Kau bukan lelaki jenis yang aku mahu,

Cukup cukup cukup cukup cukup jangan hubungi ku lagi,
Jangan jangan jangan jangan jangan kau cuba merayu ku lagi,
Simpan saja semua duit mu bukan itu yang ku mahu,
Aku mahu seorang lelaki young and gentleman

Bukan ku memilih,
Bukan ku mengada,
Ku hanya mahu yang terbaik untukku,
Cinta ku tak boleh di beli dengan harta,
Kau bukan lelaki jenis yang aku mahu,

Cukup cukup cukup cukup cukup jangan hubungi ku lagi,
Jangan jangan jangan jangan jangan kau cuba merayu ku lagi,
Simpan saja semua duit mu bukan itu yang ku mahu,
Aku mahu seorang lelaki young and gentleman

Cinta ku tak boleh di beli dengan harta,
Kau bukan lelaki jenis yang aku mahu,

Cukup cukup cukup cukup cukup jangan hubungi ku lagi,
Jangan jangan jangan jangan jangan kau cuba merayu ku lagi,
Simpan saja semua duit mu bukan itu yang ku mahu,
Aku mahu seorang lelaki young and gentleman
2x

Young and Gentleman
Young and Gentleman

Haiza berharap dengan terhasilnya single terbaru dan muzik video istimewa ini, dapat mengubati rindu buat semua peminat yang beliau cintai. Lagu ini telah berada di semua platform muzik digital seperti Joox, Spotify, iTunes dan KKbox.

Jangan lupa dengar dan request di radio kesukaan anda semua.

Catat Ulasan

1 Ulasan