Big Stage 2 Akan Kembali Tak Lama Lagi


Baru-baru ini pihak astro telah melancarkan satu sidang media memperkenalkan 12 Artis Baru yang bakal berentap di atas satu pentas dalam program Big Stage. Program ini bertujuan untuk memberi platform kepada Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) yang memiliki daya juang yang tinggi untuk membawa karya yang selama ini hanya dipertontonkan menerusi alam maya ke alam selebriti yang sebenar.


Seramai 12 orang artis BBNU bakal berentap di pentas "Big Stage" yang terdiri 6 Orang artis lelaki dan 6 orang artis wanita. Menariknya musim ini, Astro membuka gelanggang untuk 4 buah Negara luar seperti Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand dan Korea. Program ini akan bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam selama 8 minggu bermula pada Ahad 18 Ogos 2019  jam 9.00 malam hanya di Astro Ria dan Ria HD.

Antara peserta Malaysia yang bakal beraksi untuk meraih gelaran juara ialah Fieya Julia, Sheryl Shazwanie, Kucaimars, Neeta, Santesh, Syada Amzah dan Adzrin. Peserta dari Brunei Darussalam diwakili oleh Aziz Harun manakala dari Thailand bakal menampilkan Chaleeda. Dinda Permata pula bakal mewakili Indonesia dan Jang Han-Byul membawa nama Korea Selatan untuk bertanding.

Program ini masih mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap disamping dua penyanyi terkenal Indonesia Judika dan Cakra Khan yang akan menduduki kerusi juri secara bergilir-gilir setiao minggu. Manakala seorang juri jemputan akan diundang untuk mengadili persembahan peserta Big Stage Musim kedua ini.

Aliff Satar dan Sherry Alhadad akan kembali menggalas tugas sebagai hos Big Stage.

Juara program Big Stage bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100 000 beserta trofi sumbangan Astro.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Terimakasih, artikelya sangat menarik,.

    BalasPadam
  2. selamat berjuang kpd semua peserta...

    BalasPadam
  3. one thing about big stage ni yg aida suka is - aliff & sherry :)
    diorang sgt profesional dlm mengacara.
    best!

    BalasPadam