Juara Pertandingan Inovasi P&P Sempena Karnival STKI

Pada 18 & 19 Februari 2019, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Idris Shah, Sg Lang telah menganjurkan satu karnival iaitu Karnival Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam. Semua pelajar semester dua dibawah Jabatan Kejuruteraan Awam & Jabatan Kejuruteraan Elektrik mengambil bahagian. 


Sebelum Pertandingan Bermula

Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah Roket Air, Powtoon, Poster, Inovasi P&P dan Reka Cipta Barangan Terpakai. Saya bersama 8 lagi rakan kelas mengambil bahagian dalam pertandingan Inovasi Pengajaran & Pembelajaran (P&P).


Notis cara penggunaan

Kami menampilkan dua buah inovasi terbaru dalam pembelajaran. Pertama, kami menampilkan pembelajaran melalui Augemented Reality (AR). Kami menggunakan satu aplikasi percuma yang sedia ada sudah berada dalam Play Store dan Appstore iaitu "HP Reveal". Inovasi kedua kami iaitu kami membuat satu aplikasi terbaru yang diciptakan khusus untuk subjek Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Islam yang diberi nama "STKI e-Learning". Kami menggunakan aplikasi web yang sedia ada di Google iaitu "AppyPie". Aplikasi web tersebut memang diwujudkan untuk sesiapa yang ingin membuat satu aplikasi baru untuk kegunaan sendiri atau umum.

Dua Pensyarah Mencuba menggunakan aplikasi

Bermula jam 8.00 pagi kami sudah berkumpul untuk mendaftarkan diri sebagai peserta pertandingan. Sementara menunggu pertandingan bermula jam 10 pagi, ada beberapa Pensyarah yang singgah di meja kami untuk mencuba dengan inovasi yang kami buat. 


Menerangkan Inovasi kepada Juri

Tepat jam 10 pagi, pertandingan bermula. Kami mendapat kumpulan kedua untuk diadili oleh juri. Setelah kumpulan satu siap diadili, tiba masanya kumpulan kami pula diadili. Kami menerangkan satu persatu cara penggunaan dan tujuan inovasi kami diwujudkan.



Penyampaian Hadiah

Alhamdulillah tak sia-sia kami bertungkus lumus menyiapkan inovasi p&p dalam masa dua hari kerana ianya membuahkan hasil sehingga kumpulan kami diangkat menjadi juara dalam Pertandingan Inovasi P&P. Kami membawa pulang wang tunai sebanyak RM250 sebagai habuan.



Bergambar selepas majlis selesai

Kami mengucapkan jutaan terima kasih bagi semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan inovasi ini sehingga menjadi juara.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Wahh! Bestnya pandai buat app, tahniah Faiq & da team.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe tu pun masih belajar lagi buat apps. Btw thanks :)

      Padam
    2. Assalamualaikum
      Mohon bantuan

      Padam

  2. Ayo bergabung sekarang juga bersama kami ^_^
    Deposit yang sangat ringan cukup 50rb saja
    Anda sudah bisa bergabung bersama Fans^^83771nG $$ di add BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    Tersedia berbagai Permainan :
    * Sbobet Bola
    * Roulete / Bacarat
    * IBC
    * Ion Casino

    Support Bank : BCA , Mandiri , BNI , BRI , dan Danamon.
    Untuk lebih detail .. klik langsung ya : www,fansbetting,co :)

    BalasPadam
  3. WoW! hebat tahniah Faiq and team.

    BalasPadam
  4. Boleh saya hubungi mohon bantuan inovasi

    BalasPadam
  5. Thank you for content. I like it and my site is different for your site. please visit my site. เครดิตฟรี

    BalasPadam