Dahlia Hati Dari Mas Idayu Untuk Peminat


Hampir 10 tahun tidak tampil dengan single terbaru, penyanyi yang memiliki jolokkan "Ratu Gelek 45 Darjah" ini kini tampil dengan sebuah single terbaru yang bertajuk "Dahlia Hati". 

Ketika merakamkan single yang dikawal oleh Azizul Haqim

Single ini masih mengekalkan irama yang di perjuangkannya sejak tahun 1990an iaitu Dangdut tetapi ada beberapa bahagian yang di nyanyikannya mempunyai sedikit unsur Traditional dan Ballad. Menurutnya, "Keseluruhan lagu ini tidak sepenuhnya Dangdut, tetapi sesiapa pun boleh menyampaikannya dengan sepenuhnya Dangdut. Mummy ingin membuat satu kelainan supaya belajar banyak dalam lagu ini". Mas Idayu telah merakamkan single ini pada 10 Februari 2019 yang lalu di studio Pak Ngah Production dan telah siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Mac. 


Mas Idayu bersama Arya Bhima

Mas Idayu memberi sepenuh kepercayaannya untuk single terbarunya ini kepada komposer muda dari Indonesia iaitu Arya Bhima sebagai komposer dan penulis lirik. Selain itu, Vicky sebagai music arrangement dan diedarkan oleh Suara Production.


Mas Idayu Bersama anaknya Nur Dayini Asyiqah


Dahia Hati ini beliau tujukan khas untuk ibu-ibu yang mempunyai anak perempuan, apatah lagi anak pertama mereka adalah seorang perempuan. Bagaimana rasa bahagia dan terharunya bila cahaya mata yang di nanti-nantikan selama ini dilahirkan. Menurut Mas Idayu juga, "Mummy hanya membayangkan satu-satu nya anak mummy iaitu Nur Dayini Asyiqah dari awal mummy mengandungkan sehingga saat-saat kelahirannya dialah satu-satunya Dahlia Hati mummy".

Bagi sesiapa yang ingin mendengarkan single terbaru dari Mas Idayu bertajuk Dahlia Hati, boleh terus ke Youtube Channel MasIdayu1001 Official atau boleh mendengarkannya di kesemua platform muzik digital seperti Spotify, Joox, iTunes dan KKBox.


Lirik Video


Muzik Video


Catat Ulasan

1 Ulasan