Malam BBQ TheLagent15 2016


Assalamualikum,

Pada 09 Feb 2016 kami telah mengadakan malam untuk mengumpulkan kembali rakan-rakan dari tingkatan 1 sehingga sekarang. Sekarang ramai rakan-rakan telah berpindah ke sekolah lain kerana ingin membuat haluan masing-masing. Kami bersyukur malam itu ramai juga rakan-rakan yang hadir terutama rakan kami yang pali jauh berada di Pahang. Dia meluangkan masa untuk berjumpa dengan kami. Kami amat gembira. Pada tahun ini BBQ kami tidak berlebihan hanya satu hidangan sahaja iaitu "Ayam Bakar". Hidangan itu bagi kami amat cukup kerana tidak kesemua ahli TheLagent15 hadir. Dengan cara seperti ini hubungan kami sebagai kawan boleh erat malahan kami boleh mengeratkan hubungan sillaturrahim antara jiran-jiran lain. Kalau masih dipanjangkan umur oleh ALLAH kami akan membuat lagi malam BBQ seperti ini lagi. Antara gambar yang saya ingin kongsikan kepada anda semua ialah :-






















Kami TheLagent 15 mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga En Azman yang memberikan kawasan ruang tamu di luarnya untuk kami membuat malam BBQ ini.

Sekian Terima Kasih.





Catat Ulasan

0 Ulasan