Lirik Lagu Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah

Beberapa hari yang lepas lagu "Lelaki Teragung" ini telah mendapat tempat Juara di Anugerah Juara Lagu 31 yang dinyanyikan oleh penyanyi tempatan iaitu Dayang Nurfaizah. Beliau juga memenangi Vokal Terbaik di AJL 31. Lagu ini pernah menjadi lagu OST untuk drama 7 Hari Mencintaiku yang menjadi fenomena suatu masa dahulu. Lagu ini di buat oleh Natasyah manakala liriknya pula di tulis oleh Iman Imran. Iman Imran juga menulis lirik lagu "Di Pintu Syurga".


Lirik Lagu Lelaki Teragung

Ku sesali 
Kerna pernah cuba
Sakiti hatimu
Sedang diri ini 
Tidak mampu
Untuk hidup tanpa 
Cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
Oh kekasih

Kembalikan 
Cinta yang pernah ada
Dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia 
Dan di syurga

Meskipun kesetiaan 
Yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku
Padaku

Kasih
Pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku
Oh sayangku

Cinta lelaki teragung
Membuat diriku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia
Dan di syurga


Video Lagu Lelaki Teragung


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Lagu yang tngah menjadi kegilaan rmai skrang ini, tema dari drama 7 hari mencintaiku....

    BalasPadam