Terdahulu Perdana Menteri Malaysia telah membuat pembentangan Pakej Pemerkasa sebagai bantuan tambahan ketika wabak pandemik covid-19 ini. Dalam pembentangan tersebut, beliau telah mengumumkan bantuan kredit eBelia akan dinaikkan daripada RM100 ke RM150 seorang. Hal ini membuat golongan-golongan belia gembira. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Berapa Jumlah Bantuan e-Wallet PEMERKASA 2021?
Seperti sedia maklum sebelum ini, bantuan e-wallet untuk belia sebanyak RM100, kini bantuan kredit tersebut telah dinaikkan kepada RM150 seorang.
Tarikh Bantuan e-wallet Akan Dikreditkan
Untuk pengetahuan semua, pengkreditan ini akan dilakukan pada bulan 1 JUN 2021.
Syarat Permohonan e-Wallet PEMERKASA 2021
1. Golongan belia berumur antara 18-20 tahun (lahir tahun 2001 hingga 2003).
2. Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa di peringkat diploma di IPT tempatan yang berdaftar.
Cara Memohon Bantuan e-Wallet PEMERKASA 2021
Berikut saya kongsikan bagaimana untuk melakukan penebusan bantuan RM150. Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat penebusan di salah satu aplikasi e-Wallet dibawah ini.
TOUCH N GO E WALLET
1. Install aplikasi Touch n Go e-Wallet menerusi Google Play Store atau Apple App Store.
2. Setelah selesai install, anda perlu mendaftar dan verifikasi akaun anda menggunakan kad pengenalan diri.
3. Mengisi segala butiran yang diperlukan.
4. Anda sudah boleh menebus kredit e-wallet.
BOOST
1. Install aplikasi Boost menerusi Google Play Store atau Apple App Store.
2. Setelah selesai install, anda perlu mendaftar dengan memasukkan segala butiran diminta. Ikut arahan selanjutnya.
3. Upgrade akaun anda ke Boost Premium
5. Sahkan akaun Boost anda.
6. Klik "Claim".
GRABPAY
1. Install aplikasi Boost menerusi Google Play Store atau Apple App Store.
2. Aktifkan Grabpay anda.
3. Masukkan nama & nombor kad pengenalan diri anda
5. Tekan hantar. Jika berjaya anda akan menerima pengesahan.
6. Kemudian anda boleh menebus kredit e-wallet anda.
ShopeePay
1. Anda perlu "Install" aplikasi Shopee menerusi Google Play Store atau Apple Store.
2. Setelah selesai "Install", anda perlu mendaftar serta membuat verifikasi akaun anda.
3. Anda perlu mengaktifkan ShopeePay
4. Sila sahkan akaun ShopeePay anda menggunakan kad pengenalan.
5. Anda boleh menebus kredit eBelia RM150
Peringatan
Bantuan e-wallet ini akan diperolehi sekiranya anda layak pada awal Januari 2021. Sekiranya anda layak, bantuan ini boleh ditebus melalui verifikasi kad pengenalan diri.
34 Ulasan
dah boleh redeem ke 😍
BalasPadamsatu iniasitif kerajaan yang dapat mendekati golongan belia dan memberi impak ekonomi yang mana belia memang banyak menggunakan teknologi di zaman sekarang harapnya digunakan sebaik2nya la
BalasPadamMenarik ni, semoga bermanfaat untuk yang memerlukan. Ini untuk golongan belia yang masih belajar ke?
BalasPadamNanti nak bagitahu dekat anak2 buahlah , terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana prihatin. Sedikit pun tapi amat besar dan bermakna bagi mereka yang memerlukan dan kurang berkemampuan.
BalasPadamAla umur kita dah lebih tak ayak nak dapat bantuan ni hehehehe kalau dulu dapat lah RM30 jer wakakaka kali ni tengok banyak tu RM150 bantuan untuk remaja belajar lagi bagus...
BalasPadamAlaaa Umur dah tak berapa belia. Hahahaa tapi boleh share dkt adik ni. Sebab khai sendiri pun lupa caranya
BalasPadamAlaa Rawlins dah terlebih umur dah. Tapi alhamdulilah, besar bantuan kepada golongan pelajar ni. Moga digunakan dengan berhemat ye semua
BalasPadammenarik ni..nanti boleh suruh anak apply...dapat 150 besar dah tu
BalasPadamAnak-anak ada mohon gak, lupa nak tanya balik.. rasa dah dapat kot.. cuma tak bagitau Emaknya le tu hahahaa
BalasPadamThanks for sharing this information, it'll be really useful for those who are eligible for help.
BalasPadamPelajar IPT or IPTS boleh grab peluang ni. RM 150 tu banyak tau. Inisiatif murni dari kerajaan untuk belia. Sekarang takleh merentas negeri. Harap-harap bantuan ini bermanfaat.
BalasPadamBagusnya golongan Belia skrg kan.. Mcm2 benefit mereka boleh nikmati... Hopefully in future they will do their best to give back to the community too!
BalasPadamMereka yang disebutkan tu mohon la. Boleh la bagi bantuan kan?. Banyak juga apps yang boleh mohon tu. Yang mana satu pilihan hati?.
BalasPadamTerima kasih sharing info ni, bg anak2 muda belia blhlah refer kat sini jika hendakkan bantuan tsb
BalasPadamUntung golongan belia sekarang ni . So berbijaklah kalian dalam perbelanjaan . Gunakan untuk keperluan yang penting. Moga sukses golongan belia di Negara ini
BalasPadamoo baru tau pasal ni, nanti nak share dengan adik sepupu, bagus gak bantuan ni boleh digunakan untuk pendidikan
BalasPadamBenda free memang kene grab. Harap ramai yang tebus ni.. Kalau tak rugi ye.. Banyak juag 150 tu boleh buat belanja
BalasPadamWokeh..........this is a good service from the govt deh. Lebih kurang macam BR1M juga lah kan. Thank you for sharing this information with me. All the best to our govt deh.............
BalasPadammenarik ni.. baguslah ada tambah belanja untuk para belia.. harap semua belia layak dapat bantuan ni..
BalasPadamala tak boleh apply..dah terlebih umur hehe.. perkongsian yang bermanfaat untuk anak anak muda
BalasPadamBagus ada inisiatif macam ni, nak galakkan cashless transaction. lagi bagus kita yg ex student ni datang jugak kan. Hehe.
BalasPadamOk umur kita dh tak layak. Tpi bagus usaha kerajaan nk banty golongan belia dan pda masa sama memgalakkan pembelian secara online...
BalasPadamBoleh redeem ewallet untuk belia kan.. memang mudah urusan macam ni. Ada jugak duit extra online
BalasPadamAlamak, bila dengar belia, ingatkan sampai umur 35 tahun. Haha. Tapi bagus la, bantu golongan siswa yg memerlukan.
BalasPadamSenang ada bantuan macam ni...boleh bantu golongan pelajar yang memerlukan.
BalasPadamAla benci la.. Dah tak layak nak mohon. Tapi bagus la untuk mereka yang layak harap digunakan sebaik2nya
BalasPadamWalau nampak kecil jumlah tu, tapi kalau digunakan sebaik-baiknya, banyak manfaat yang kita boleh dapat tu
BalasPadamAlar takde chance nak apply lar sebab tak layak. LOL :D Still, this is a good opportunity for those who are eligible.
BalasPadamMenarik ni. Terima kasih share info ni. Boleh bagitau pada anak buah
BalasPadamThis really useful for those in need. Glad to know about this will share it out.
BalasPadamSatu inisiatif yang amat bagus dari kerajaan untuk golongan belia. Nak kasitau my anak buah laaa... Depa kekadang kurang alert. Gau main game jer. Hehee
BalasPadamvery informative & useful sharing at this time esp for this age groups, gonna sharing this out to my relatives & friends. cheers, siennylovesdrawing
BalasPadamokay baru tau! camni rupanya cara dia. rasanya aritu pun ada nampak kawan-kawan kongsi. ni bila dah baca baru teringat pasal bantuan ni. tqq share!
BalasPadambantuaan ni untuk yang memerlukan... thanks for sharing benda gini at least mereka tahu macam mana nak apply bantuaan ni nanti...
BalasPadam