Peserta D'Academy Asia 3 Perwakilan Malaysia

Setiap tahun pihak Indosiar menggelar satu program nyanyian peringkat asia dimana sebanyak 6 buah negara menghantar seramai 6 orang perwakilannya untuk mendapatkan gelaran "Juara Asia". Program ini diberi nama iaitu "D'Academy Asia". Mereka akan membawakan genre Irama Melayu dan Dangdut. Antara 6 buah negara yang terlibat ialah Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand dan Timor Leste.

Setiap negara menghantar seorang mentor sebagai komentator di D'Academy Asia 3. Antara komentator yang terlibat ialah Soimah (Indonesia) , Rita Sugiarto (Indonesia), Iyeth Bustami (Indonesia), Iis Dahlia (Indonesia), Elvy Sukaesih (Indonesia), Nassar (Indonesia), Mas Idayu (Malaysia), Rosalina Musa (Singapura), DJ Daffy (Brunei Darussalam), Kun Yee (Thailand) . Manakala untuk penjurian ialah Hendro Saky (Indonesia), Hetty Koes Endang (Indonesia), Pak Ngah (Malaysia), Zul 2by2 (Malaysia), Kerry (Thailand), Hans Anuar (Brunei Darussalam), Mayuni Omar (Singapura), Didinho (Timor Leste)

Program ini telah berlangsung sejak tahun 2015 yang lalu dan perwakilan Indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Danang DA1, Naib Juara iaitu Lesti DA1 dan tempat Ketiga perwakilan Malaysia iaitu Shiha Zikir. Manakala pada tahun 2016 sekali lagi perwakilan indonesia telah mendapat gelaran Juara iaitu Rani DA3, Naib Juara Irsya DA3 dan tempat Ketiga Weni DA3.

Pada tahun ini, seramai 24 orang peserta telah menghadiri ujibakat di Studio Pakngah Production, tetapi seramai 6 orang peserta sahaja yang dipilih mengikut keunikan suara dan kualiti suara. Seramai 4 orang peserta yang dibawah naungan Pakngah Production iaitu Azizul, Waniey, One Forteen dan Farez Adnan.

Antara peserta yang terpilih untuk mewakili Malaysia ialah :



One Forteen


Baby Shima


Farez Adnan


Waniey Nini


Azizul Haqim


Darling


Bagi penonton yang ingin menonton secara langsung dari rumah anda, anda boleh memuat turun aplikasi "Vidio" untuk menonton saluran Indosiar. Program ini akan berlangsung pada 23 Oktober ini pada jam 19.30 WIB, manakala waktu Malaysia pada 8.30 Malam. Mari sama - sama kita menonton dan menyokong peserta dari Malaysia.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Salam singgah dan follow sini :)

    Anda dijemput join segmen GA sy,

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    BalasPadam