GEMPAR Tiangong-1 Bakal Terhempas Di Kuala Lumpur



Tiangong-1 adalah stesen angkasa milik China yang dilancarkan pada 29 September 2011 dan pada September 2016, Penolong Pengarah di China Manned Space Engineering (CMSE), Wu Ping mengumumkan bahawa stesen angkasa berkenaan akan jatuh ke atmosfera bumi pada penghujung 2017, selepas misi selama enam tahun. Tiangong yang bermaksud ‘Istana Langit’ ini adalah usaha Beijing dalam menyiarkan simbolik kuasa politik negara komunis itu dalam dunia penerokaan angkasa. 


Ini adalah berikutan laporan dalam dua akhbar berbahasa Cina tempatan, Oriental Dailydan Sin Chew, menyatakan bandar raya Kuala Lumpur antara disenarai menjadi lokasi serpihan stesen itu dijangka terhempas. Malah dalam laporan terkini pihak Agensi Angkasa Eropah (ESA) mengatakan stesen angkasa sepanjang 10.4 meter itu bakal menuju ke daratan antara bulan Januari dan Mac 2018 depan.
Sumber Gambar Dari Google

Pada September, Beijing mengesahkan spekulasi bahawa stesen angkasa Tiangong-1 telah disahkan tidak dapat dikawal dan akan gugur perlahan-lahan dari orbit ke dalam atmosfera Bumi pada separuh kedua 2017. Namun stesen angkasa itu kini dilaporkan telah menyusut kepada 310 km pada penghujung Oktober 2017. Ia akan terus menyusut dari orbit sehingga ia menempuh kembali atmosfera bumi sekitar hujung Mac 2018. Sasaran impak hanya dapat dikenal pasti apabila stesen tersebut menempuh kembali atmosfera bumi dan dalam jarak beberapa hari, ia akan terus jatuh di bawah pengaruh graviti. 
Jadi persoalan yang sering menjadi keluh-kesah ialah adakah Malaysia sememangnya merupakan salah satu sasaran impak satelit berkenaan?
Menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad, kemungkinan Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah. “Berdasarkan kiraan, luas kawasan yang dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan melibatkan banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia, khususnya Kuala Lumpur, Singapura, Sydney, Florida dan Beijing.“Kebarangkalian untuk Kuala Lumpur menjadi tempat jatuhnya serpihan adalah kecil iaitu kira-kira 0.0000699 peratus dan Malaysia pula hanyalah 0.09 peratus,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, kebanyakan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar semasa pergeseran dengan atmosfera dan risiko untuk serpihan itu mendatangkan kerosakan terhadap aktiviti di bumi termasuk penerbangan adalah sangat rendah.Penyusutan Tiangong-1 sedang diperhatikan secara teliti oleh pelbagai agensi seperti ESA, NASA, JAXA dan CNSA.
x

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ada jugak baca benda ni haritu tapi harapnya dapat la diselamatkan. KL dah lah kecil je. Kalau terhempas banyak benda terjejas

    BalasPadam