Haida Hafiz Kini Muncul Menggegarkan Hujung Minggu Anda - Faiq Najmi

18 November 2017

Haida Hafiz Kini Muncul Menggegarkan Hujung Minggu Anda


Noor Haida atau lebih dikenali sebagai Haida Hafiz kini kembali muncul di kaca TV selepas selama 16 tahun tidak muncul di kaca TV. Haida Hafiz yang berumur 36 tahun seakan-akan hilang dari dunia nyanyian selepas tiga tahun mencipta nama suatu ketika dahulu. Haida Hafiz lebih dikenali melalui single duet bersama Kumpulan SENARIO dalam lagu Zapin Usik Mengusik. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Haida mempunyai satu album Pop Etnik dan satu album Balada. Malah mempunyai satu single dangdut hasil karya komposer dari Indonesia.


Pada 29 Oktober 2017, Haida Hafiz telah dipilih sebagai salah seorang peserta untuk menyertai Gegar Vaganza 4 pada tahun ini. Dalam program ini, Haida antara peserta yang dilihat bersungguh-sungguh dalam setiap tugasan yang diterima. Beliau sanggup berhabis bagi untuk memberikan persembahan yang menarik dan gah. Gegar Vaganza telah mengembalikan populariti Haida yang telah dicipta suatu ketika dahulu.


Alhamdulillah Haida masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan dalam GV4 ini pada minggu ke 4 Ahad ini. Pada minggu pertama, Haida membawakan lagu Zapin Usik Mengusik , pada minggu kedua pula beliau membawakan lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu, pada minggu ketiga beliau membawakan lagu yang berlainan genre iaitu Kenangan Bersamamu dan pada minggu ini beliau akan berduet bersama Ezad Lazim dan akan membawakan lagu Memori Daun Pisang.



Haida bukan hanya mempunyai lagu berentak pop etnik dan balada malah beliau juga mempunyai satu single Dangdut yang telah dilancarkan pada 20 Mei 2016. Single itu berjudul Kekasihku Milik Orang yang dibuat oleh komposer berpengelaman iaitu Wido dan Yuni Shara sebagai Produser untuk single ini. Single ini telah dirakamkan di bawah naungan syarikat milik Yuni Shara. Lagu ini telah menaikkan nama Haida Hafiz di Indonesia. Haida telah menjelajah 17 buah stesen radio dangdut di Indonesia untuk mempromosikan lagunya. Selain mempromosikan di stesen radio, dia juga diberi peluang mempromosikan lagu di beberapa stesen televisyen tempatan di Indonesia. Antaranya Trans7 dan Global TV. Haida juga antara salah seorang ahli Persatuan Bintang Dangdut Malaysia yang diketuai oleh Ifa Raziah.

Media Social Haida Hafiz

Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan terkini Haida boleh ke Akaun Instagram beliau di:


Bagi anda yang ingin menjadi salah seorang dari teamhaida boleh pergi ke akaun Fansclub beliau di:


No comments:

@way2themes