Hazra Ingin Selamatkan Irama Malaysia Dengan Lazuli


Hazra 3 Juara tidak ingin rasa bersalah atas kematian lagu etnik yang semakin kurang diberi perhatian oleh generasi muda zaman sekarang disebabkan munculnya lagu-lagu berentak pop, balada dan sebagainya. Hazra mengambil inisiatif sendiri untuk menyelamatkan lagu etnik daripada terus ditelan zaman dengan mengeluarkan single sulungnya yang bertajuk "Lazuli".

Lagu ini dihasilkan oleh Ijan Perkusi dan Totoy, manakala liriknya pula oleh Che Kem. Ramai yang bertanya apakah maksud Lazuli? Lazuli bermaksud batu permata berwarna biru sekaligus memberi makna sesuatu yang berharga. Hazra mengambil masa setahun untuk menyelesaikan sesi rakaman disebabkan Hazra ingin mengenal pasti nada yang sesuai untuk lagu tersebut.

Lirik Lagu "Lazuli by Hazra"

Bagai gerhana suram siang kegelapan
Cahaya cinta yang sinarnya ku damba
Akulah perindu mencari wajahmu
Meskipun ku tahu di lubuk hati adanya dirimu

Warnai dengan warna cintamu 
Sinari dengan sinar kasihmu
Sirami ku dengan kata indahmu
Dengarkanlah kasih sesungguhnya kekasih

Jujur ku akui
Salah ku mentafsir
Pada kaca bercahaya

Engkaulah lazuli
Dambaan dihati
Sungguh aku sungguh

Engkaulah Lazuli dihatiku
Lazuli dambaan di hati

Official Lyric Video Lazuli - Hazra


Meskipun bersusah payah mengahsilkan Lazuli, Hazra meluahkan rasa lega dan puas hati kerana dia berjaya memiliki sebuah single berentak pop tradisinal sendiri. Hazra berharap agar lagu Lazuli ini mendapat tempat dan sokongan di hati semua pendengar. 

Social Media Hazra 3 Juara




Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. masa intro tu dengar suara hazra ni macam suara kak ani.

    BalasPadam