Starlela Dari Ifa Raziah Bersama Zizi Kirana Dan Bella Astilah - Faiq Najmi

09 July 2019

Starlela Dari Ifa Raziah Bersama Zizi Kirana Dan Bella Astilah


Artis versatil Ifa Raziah telah membuat satu sidang media untuk memperkenalkan MTV rasmi single terbarunya bersama Zizi Kirana dan Bella Astilah yang bertempat di Red Box Garden, Mid Valley semalam. Single ini hasil ciptaan dari penyanyi dan komposer terkenal Hafiz Hamidun dan liriknya oleh Hafiz dan Zizi Kirana yang diedarkan oleh Sony Music Malaysia dan hak sepenuhnya oleh Star


Single ini dijadikan sebagai lagu tema untuk Star Vendors Sabah Mega Fest 2019 yang bakal berlangsung di Sabah Trade Centre bermula 3 & 4 Ogos 2019. Star Vendors Sabah Mega Fest 2019 bakal menghimpunkan artis-artis, selebriti dan usahawan-usahawan top brand kesayangan Malaysia selama dua hari. Antara artis dan selebriti yang terlibat Zizi Kirana, Bella Astilah, Tya Ariffin, Kila Fairy, Datin Rebecca, Jihan Muse, Ungku Haris dan ramai lagi. 

MTV Starlela - Ifa Raziah, Zizi Kirana & Bella Astilah




Untuk pengetahuan anda semua, single ini telah tersedia di kesemua platform muzik digital seperti Spotify, Joox, KKBox, iTunes dan lain-lain. 



Bagi usahawan-usahawan yang ingin menyertai Star Vendors Sabah Mega Fest 2019 ini boleh menempah Booth sekarang. Untuk perkembangan mengenai Mega Fest boleh ke akaun instagram rasmi Starvendors atau hubungi 019-696 8959 (Miss Lily).


Klik Gambar Untuk Ke Akaun Rasmi Star Vendors


Jom ramai - ramai kita memeriahkan Star Vendors Sabah Mega Fest 2019.

4 comments: