13 Penyanyi Bakal Bertanding di Gegar Vaganza 6 - Faiq Najmi

24 September 2019

13 Penyanyi Bakal Bertanding di Gegar Vaganza 6


Memecahkan kebuntuan orang ramai, senarai peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6) akhirnya rasmi diumumkan tadi. Pada tahun ini, Farm Fresh menjadi penaja utama manakala Cuckoo, Adabi, Digi dan Uphamol menjadi penaja bersama untuk Gegar Vaganza musim keenam. 

Antara nama-nama besar seperti, Wann, Sham Visa, Roy, Jatt Ali, Noorshila Amin dan Ameer (Sofarz) bakal bersaing di Gegar Vaganza musim keenam. Malah penyanyi wanita yang pernah popular sekitar 90-an dan awal 2000 seperi Mazleela, Feeza dan Nur Fatimah turut bertanding sekali.

Masih mengekalkan dua pasangan serasi Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos yang bakal mengemudikan setiap minggu. Manakala Bell Ngasri dan Fizza Frizzi pula sebagai hos belakang tabir. Sementara itu, Dato Ramli MS dan Hetty Koes Endang dilantik sebagai juri yang akan mengadili persembahan peserta setiap minggu.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2019

1. Sham Visa
Lagu Popular : Dalam Gerimis

2. Roy
Lagu Popular : Ratnaku

3. Ameer Sofarz
Lagu Popular : Dan Bila Esok

4. Naqiu Boboy
Lagu Popular : Episod Cinta

5. Jatt Ali
Lagu Popular : Gadis Ayu

6. Hady Mirza
Lagu Popular : Angkasa

7. Wann
Lagu Popular : Bossanova

8. Mazleela
Lagu Popular : Tabah

9. Feeza
Lagu Popular : Ungkapan Berkata Bernafas Cinta

10. Noorshila Amin
Lagu Popular : Rambu Ramba

11. Nur Fatimah
Lagu Popular : Selembut Sutera

12. Kool
Lagu Popular : Bebas

13. One Nation Emcees
Lagu Popular : Raja Gelek

Gegar Vaganza 6 bakal bersiaran selama 8 minggu bermula 13 Oktober secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ia akan disiarkan secara langsung di Astro Ria, Astro Ria HD dan Astro GO setiap Ahad jam 9 malam.


No comments: