Apa Persediaan Perlu Ada Jika Australia Menjadi Destinasi Pelancongan Anda?



Pernah tak anda terfikir untuk melancong ke Australia? Australia merupakan salah satu negara yang terletak di bahagian selatan hemisfera. Ia juga terdiri daripada tanah besar yang merupakan benua terkecil di dunia. Walaupun demikian, negara ini mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang membuatkan pelancong datang saban tahun ke negaranya.

Apabila sebut sahaja mengenai Australia, pasti bayangan yang keluar di kepala kita adalah kangaroo dan bentuk bangunan yang megah di Sydney itu. Jadi hari ini saya nak kongsikan sedikit tips atau panduan jika anda memilih Australia sebagai salah satu destinasi pelancongan anda.

Disebabkan Australia merupakan negara yang mempunyai 4 musim, anda perlu merancang terlebih dahulu tarikh anda hendak ke sana kerana ianya sangat penting untuk anda menempah tiket penerbangan dengan lebih awal. Saranan saya, tiket tu anda boleh book setahun awal untuk rebutkan harga yang lebih murah. Anda juga boleh bandingkan tiket di web traveloka dan lihat penerbangan murah yang disediakan di situ salah satunya adalah  scoot airline. Scoot airline ni merupakan penerbangan kos rendah dibawah Singapore airline. Walaupun ianya berkos rendah, tidak bermaksud ianya tak selamat tau. Kat web tu juga anda boleh lihat route penerbangan yang lain jika anda berminat. Salah satunya penerbangan ke Eropah menaiki Qatar Airways airline. Yang ni pun anda boleh buat perbandingan di situ.
Jadi amatlah penting tarikh untuk tempah tiket penerbangan ni. Kalau boleh, cari yang murah sikit so anda boleh habiskan duit untuk shopping di Australia nanti. Kalau boleh ambil la penerbangan pagi, bila sampai nanti terus boleh jalan-jalan sekejap. Tak ada bazir masa.

Wajib ada VISA


Untuk ke Australia, anda sangat diwajib untuk membuat VISA ye tuan-tuan dan puan-puan. Ha. Sebab bukan apa, Australia ni sangat ketat undang-undangnya. Mungkin sebab banyak kes yang masuk dan tak keluar kerana bekerja secara haram di negara mereka. Jadi mereka sangat menitik beratkan VISA ni.
Nak apply VISA ni ada dua cara. First, anda boleh apply VISA direct dengan mereka secara online. Just masukkan info yang mereka mahukan dan anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM60+ atau anda boleh memohon dengan agensi pelancongan yang berdekatan dengan anda dimana harganya lebih murah. Bergantung kepada anda untuk percaya dan pilih yang mana satu. Yang penting, VISA lepas.

List down makanan dan ubatan


Mungkin kerana Australia ini merupakan negara yang bebas dari wabak-wabak penyakit, maka mereka sangat tegas dengan makanan dan ubatan yang dibawa dari luar negara. Jadi anda wajib untuk declare bersama arrival card dengan menyenaraikan terlebih dahulu setiap makanan dan ubatan yang anda ingin bawa dari Malaysia.
Ini amat penting kerana ia merupakan salah satu undang-undang mereka. Saya nasihatkan anda bahagikan barangan tersebut mengikut jenis dan label. Ini memudahkan lagi kerja-kerja pihak imigresen di sana. Saya pasti anda taknak sebarang masalah timbul dan tersadai lama di airport gara-gara mereka curiga dengan barang yang anda bawa.

Sediakan pakaian mengikut musim percutian


Seperti yang saya katakan tadi, Australia merupakan negara yang mempunyai 4 musim, jadi amat penting untuk anda tahu musim apa tarikh yang anda pilih itu. Jika musim sejuk, anda wajib untuk membawa pakaian sejuk yang sesuai seperti baju thermal, jaket tebal, sarung tangan dan penutup kepala. Dan jika musim panas, anda boleh bawa baju seperti anda pakai di Malaysia sahaja. Anda boleh rujuk bulan mengikut musim di bawah
Musim panas: Disember – Februari
Musim luruh: Mac – Mei
Musim sejuk: Jun – Ogos
Musim bunga: September – November 

Penginapan


Pemilihan penginapan adalah satu perkara yang paling penting sepanjang percutian. Bagi penginapan di Australia, anda boleh memilih sama ada menginap di hotel atau pun apartment. Tapi saranan saya, lebih baik ambil apartment kerana jika anda menginap apartment, ada ruang tamu dan tempat memasak. Saya yakin anda tidak akan makan di luar sepanjang percutian di sana. Memasak juga dapat mengurangkan kos selain itu dapat juga tekak merasa hidangan seperti di Malaysia. Tambahan lagi kebanyakkan apartment, mereka ada sediakan microwave, dapur elektrik, toaster dan banyak lagi peralatan memasak. Mudah je kan?
Jika anda pergi bercuti dengan family yang besar, menginap di apartment lebih selesa dengan bilik dan ruang tamu yang lebih luas untuk semua ahli keluarga berkumpul. Terdapat banyak juga apartment yang disediakan di sekitar bandar. Anda boleh survey sahaja melalui apps seperti traveloka, booking.com atau agoda.

Pengangkutan


Ada dua cara untuk anda pusing-pusing di sekitar bandar di sana iaitu sama ada menyewa kereta ataupun menaiki pengangkutan awam. Jika anda berjalan dalam kumpulan yang besar, adalah lebih baik anda menyewa kereta sahaja. Ia lebih memudahkan untuk pergerakan secara berkumpulan. Tetapi tak salah untuk sama-sama merasa menaiki pengangkutan awam di negara orang. Lebih menarik dan baru la melancong nama nya.
Untuk naik pengangkutan awam ni, anda perlu membeli Myki dimana fungsinya sama sahaja seperti TnG jika di negara kita. Kad ini digunakan sebagai pas untuk anda naik tram, skybus, teksi dan ianya boleh ditambah nilai. Tetapi jika anda bersama keluarga, anda boleh beli sahaja pakej tiket seperti family rider pass. Ianya sangat berbaloi dan ianya sah sepanjang hari.

Internet dan Simkad


Jika anda tidak mahu menggunakan data roaming, anda boleh sahaja dapatkan simkad sebaik sahaja anda landing di airport atau dimana-mana cawangan 7E di sana. Anda boleh minta staf mereka untuk aktifkan simkad tersebut. Pemilihan data terpulang kepada anda. Jika beli satu dan hotspot sahaja atau seorang satu pun tak ada masalah. Yang penting masing-masing dapat internet untuk akses google dan social media.

Info Tambahan

        Sila bawa siap-siap adapter untuk plug ya. Sebab kat sana soket dia lain dari yang ada di negara kita.
        Untuk pertukaran wang, dinasihatkan untuk anda menukar terlebih dahulu di Malaysia. Ia akan memudahkan lagi kerja anda kalau perlu beli apa-apa barang sebelum check-in.
        Kalau anda menyewa kereta, sila ikut peraturan jalan raya di sana, lebih-lebih lagi mengenai had laju dan lampu isyarat. Sangat ketat!
        Untuk pembelian apa-apa tiket masuk ke tempat menarik di sana, sila beli online untuk dapatkan discount. Kalau beli kat kaunter lagi mahal.

Habis sudah beberapa tips yang saya boleh kongsikan kepada anda jika anda ingin bercuti di Australia. Saya harap ada sedikit sebanyak membantu anda. Semoga perjalanan anda dilancarkan semua. Ingat! Jaga keselamatan di negara orang okay. Jumpa lagi. Selamat bercuti!


Catat Ulasan

2 Ulasan